Template by:
Free Blog Templates

18 May 2012

Longkang

































Hasrat penduduk Bagan Bahru dalam Dewan Undangan Negeri (dun) Kubu Gajah untuk mendapat kemudahan longkang yang sering mendatangkan masalah banjir akhirnya tercapai juga.

Mereka amat berterima kasih kepada Kerajaan diatas pembinaan projek sepanjang kira-kira enam rantai yang menelan belanja berates ribu ringgit itu.

Akan tetapi, yang menimbul rasa tidak puas hati penduduk ialah cara projek itu dilaksanakan dan mereka berharap agar Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dapat mendalamkan lagi longkang tersebut bagi menggelakan air melimpah keluar jika berlaku banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar melawat sambil meninjau perlaksanaan projek tersebut petang tadi selepas menerima aduan daripada penduduk berkenaan yang melahirkan rasa tidak puas hati cara projek longkang itu dilaksanakan.

Saya telah menghubunggi beberapa pihak yang terlibat dengan projek termasuk Jabatan Kerjaraya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), nizar Saidin.

Sementara itu, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga meninjau projek membina longkang sepanjang kira-kira 10 rantai yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian yang sama di Kampung Sungai Dendang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat longkang nombor satu di bina ialah di Sungai Malau luar depan rumah ahli penyokong kuat PAS (En. Hashim ) dekat rumah keluarga En. Bidin Bajuri penyokong UMNO.

Tapi kenapa ia terlalu pendek. Tak sampai dua rantai?