Template by:
Free Blog Templates

7 May 2012

Jambatan bahaya


















Jambatan ke Kampung Sungai Jernih berada dalam keadaan bahaya dan boleh runtuh pada bila-bila masa jika masalah tanah berlubang berdekatan dengan tebing sungai yang berdekatan dengan jambatan tersebut tidak segera dikambus.

jika jambatan tersebut roboh ia akan mendatangkan kesulitan kepada penduduk berkenaan kerana jambatan itu adalah satu-satunya kemudahan perhubugan di situ.

perkara ini dijelaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang membuat lawatan mengejut ke jambatan berkenaan, petang tadi.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunung, Zulkifli Hussein.

Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah digesa agar dapat mengambil tindakan segera bagi mempastikan tanah yang berlubang di tepi jambatan tersebut dapat segera dibaiki bagi menggelakan penahan konkrik di tebing sungai yang berkenaan turut runtuh.

Jika ia berlaku, jambatan tersebut pasti roboh dan perkara ini harus dielakan bagi menggelakan berlaku sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, peruntukan sebanyak RM 50,000 telah diluluskan Kerajaan bagi pembiinaan Titi Gantung di Sungai Jernih dalam tidak lama lagi.

Pembinaan titi gantung itu akan member kemudahan kepada beberapa buah rumah di siitu untuk berulang alik.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin turut meninjau masalah perparitan di Sungai Jernih yang sering menghadapi masala terseumbat bila berlaku banjir.

0 comments: