Template by:
Free Blog Templates

6 May 2012

Sukan


























Remaja diingatkan, penyertaan dalam program sukan itu lebih baik dan mendatangkan faedah daripada terbabit dengan demonstrasi yang bukan sahaja merugikan diri mereka, tetapi juga bertengangan dengan Undang-Undang.

Sukan boleh membantu membentuk nilai displin yang tinggi dan menjadikan diri sesorang itu lebih bermoral dan ada harga diri.

Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap meresmikan majlis perasmian penutup Liga Sukan untuk semua anjuran Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kecil Selama, petang tadi.

Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Azini Ismail dan Penolongnya, Nasaruddin Mawi serta Pengerusi Gabungan Belia Daerah, Zaidi Dollah di padang Majlis Daerah Selama.

Beliau menyeru para remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan aktiviti yang tidak menguntungkan mereka seperti berdemonstrasi dan berhimpun secara haram yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan Negara.

Mengenai kemudahan sukan, beliau berkata remaja harus merebut segala peluang untuk meningkatkan mutu sukan dengan pembabitan secara menyeluruh dalam aktiviti sukan.

Sambil mengalu-alukan pembinaan padang tiruan bernilai RM 1.5 juta di Kubu gajah, beliau menegaskan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan tidak lagi boleh dijadikan alasan atlit dan ahli sukan di luarbandar sebagai alasan tidak boleh meningkatkan tahap pencapaian sukan yang terbaik.

Sebanyak tiga jenis sukan dipertadingkan dalam sukan tersebut termasuk futsal yang disertai 36 pasukan manakala 11 bagi bola jarring dan 24 sepak takraw.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah muncul Juara dalam acara Bola jaring manakala futsal DUN Batu Kurau.

Keputusan liga sukan untuk semua bola jarring pertama-Teratak RP

Kedua- Felda Ijok A

Ketiga- Rantau Panjang FC

Keempat- pasukan taman Nesa

Futsal,pertama-puspen b

Kedua-retro spects fc

Ketiga-syakila A

Keempat-ole FC

Kelima- SG dendang B

Keenam-taman sri selama.

Ketujuh-campera A

Kelapan-eagle nine fc

untuk keputusan sepaktakraq liga sukan untuk semua PKT daerah selama no 1: Plus no2: Selama,no3: MPT taiping

0 comments: