Template by:
Free Blog Templates

25 May 2012

UMNO




















Ahli-ahli UMNO diseru agar tidak mudah merajuk hanya kerana mereka tuntutan mereka tidak ditunai.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata jangan ada mana-mana ahli bagaikan marahkan pejat bakar kelambu.

Perjuangan UMNO adalah untuk bangsa, agama dan negara dan bukan kerana kepentingan diri.

Beliau yang juga ahli dewan undagan negeri (ADUN) Kubu gajah berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Pantai Besar, petang tadi.

Turut hadir Adun Batu Kurau, Kapt (B) Najmuddin Elias dan ketua UMNO cawangan Pantai Besar, Hambali Haji Zolawal di mesyuarat yang diadakan di dewan serbaguna Pantai Besar.

Beliau mengungatkan pembangkang akan ambil kesempatan sebarang kelemahan dalam parti.

Justeru, beliau menyeru ahli-ahli UMNO menggelakkan diri dari sebarang perpecahan dan juka sebarang perselisihan harus segera diketepikan bagi menjamin kemenangan pada pilihanraya umum (PRU) ke 13.

Beliau juga merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Pantai Besar Ijok.

Turut hadir ketua UMNO cawangan pantai besar, Ijok, Ali Omar. Beliau juga hadir di persidangan UMNO cawangan Simpang Tiga Gudang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang merajuk ada dua kumpulan.

Yang pertama tidak dapat mengekalkan kedudukan.

Kita harus transparen/terus terang kepada mereka kerana mereka mempunyai ciri-ciri nafsu kuat tenaga kurang.

Sekumpuan lagi mereka yang pandai berlakun. Hadir semua mesyuarat. Bising seketika dalam mesyuarat Tapi tak buat kerja apa pun. Kawasan kampung mereka masih hutan babi dan kera sana sini.

Yang keduanya mereka yang mahu semuanya tanpa berfikir ahli UMNO ada tiga suku juta. Kalau boleh mereka kaut semuanya hingga mereka meninggal dunia/tutup mata. Umur 80 pun hendak lagi jadi pengurusi syarikat. Kononnya atas dasar lantikan dan yang lain tidak ada pengelaman.

Kita harus faham transformasi yang sebenar. Berikanlah orang lain pula yang jadi pengarah syarikat. Takkanlah orang yang sama.

Sekian