Template by:
Free Blog Templates

21 May 2012

Titi gantung

























Kebanyakan titi gantung sudah tidak lagi sesuai dan harus diganti dengan jambatan konkrit kerana ia lebih selamat.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar selepas melawat titi gantung di Kampung Sangkut, yang berkeadaan bahaya.

Titi Gantung berkenaan perlu diperbaiki segera kerana kabelnya telah terputus dan mendantangkan bahaya kepada para pengguna.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin mengadakan lawatan untuk meninjau titi gantung yang mulai senget dan berkeadaan bahaya sebaik dimaklumkan, petang tadi.

Turut hadir Ketua Kampung Kampung Sangkut, Haji Mat Zan Kassim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Tebing sungai itu juga semakin rebak dan berlaku keruntuhan tanah dan membahayakan.

Titi gantung tersebut adalah satu-satunya kemudahan perhubungan penduduk di situ dan ia perlu segera diperbaiki bagi menggelakana sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Titi itu dibina sejak tahun 1965 dan ia sewajarnya diganting dengan jambatan kontrek bagi tempuh jangka panjang.

Beliau berharap pihak yang berkenaan akan dapat mengeluarkan perutukan segera bagi memperbaiki titi tersebut .

0 comments: