Template by:
Free Blog Templates

21 May 2012

Malam mesra


























Masyarakat diseur agar meminggirkan mana-mana pihak atau individu yang cuba mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat.

Perbuatan mereka ini samalah dengan mereka yang menolak keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis Malam Mesra bersempena dengan penyampaian hadiah-hadiah Karnival bersama pemimpin di perkarangan Dewan Serbaguna Kampung Mesjid, Ijok, malam semalam.

Turut hadir Ketua-Ketua Kampung dan pemimpin masyarakat tempatan.

Justeru, tambah beliau, program yang boleh mengeratkan silaturahim dan perpaduan harus digalakan kerana ia dapat mencetuskan kesederan dikalangan masyarakat.

Dalam hubungan ini, ketepikan sebarang perbezaan kefahaman politik demi mencapai perpaduan.

Pada majlis tesebut bersempena dengan Hari Ibu, seorang penduduk, Hajjah Jauriah binti Muhaiyuddin, 70 tahun dari Sungai Jernih di Ulu Ijok telah dipilih sebagai ibu contoh.

Jauriah mempunyai sembilan orang anak.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kenapa Yahudi tidak berpecah tapi orang Melayu atau Islam berpecah?

Soalan saya yang pertama bila mengajar tamadun dunia?.

Elok banyakkan perjumpaan mesra rakyat dengan cabutan bertuah.