Template by:
Free Blog Templates

20 May 2012

Mesra rakyat































Impian penduduk kampung Masjid, Ijok dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah untuk melihat pekan mereka bertukar wajah tercapai juga akhirnya tidak lama lagi.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul kadir akan melakukan majlis pecah tanah projek membangunkan semula pekan Ijok 1 Jun ini.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis mesra belia dan rakyat bersama pemimpin di padang Majlis daerah Ijok, pagi tadi.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan, penolong pegawai belia dan sukan daerah, Nasaruddin Mawi dan ketua-ketua kampung di majlis yang disertai lebih 500 orang termasuk remaja.

Selama ini pekan Ijok, dikenali dengan pekan koboi, tetapi imej itu akan berubah dan bertukar menjadi era baru sebaik projek menaik imej pekan Ijok bermula.

Peringkat awal ini, sekitar 10 ke 20 buah lot rumah kedai konkrit akan dibina oleh anak syarikat perbadanan kemajuan negeri (PKNP).

Pekan Ijok adalah diantara 14 pekan kecil di Perak yang akan dinaikkan semula tarafnya sebagai usaha meningkat dan mengstabilkan ekonominya.

Dua lagi pekan kecil di parlimen Larut yang telah dikenalpasti untuk dimajukan ialah Kubu gajah dan Batu Kurau.

Dr Zambry ketika melawat Ijok pada 1 Jun juga akan melancarkan pecah tanah projek perumahan kos rendah swasta di pekan Kubu Gajah selepas solat jumaat.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kubu Gajah akan membangun jika MB dan YMDS buat baik dengan Pengurusi Sime Darby (Tan Sri Musa), Genting Plantations (Sri Tan Lim Kok Tay) dan Boustead (Tan Sri Lodin).

Mereka ini ada ladang sekeliling kita. Kalau mereka tak mahu tolong kita, memadailah mereka membina membina taman perumahan pekerja mereka di Lembah Keluang, Jalan ke Taiping, Selama dan Ijok.

Tujuan kita untuk merancakkan pembangunan supaya menjadi macam Gua Musang, Pengerang dll yang dahulunya tempat JIN BERTENDANG.