Template by:
Free Blog Templates

19 May 2012

UMNO
















UMNO bahagian Larut akan mengadakan persidangan agung tahunannya selepas hari raya puasa.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata, naib presiden parti, Datuk Seri Shafie Afdal dijadual merasmikan persidangan tersebut di Batu Kurau.

Beliau yang juga Ahli dewan undangan negeri (AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KUBU GAJAH, DATUK SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN B. RAJA HAJI OMAR ) Kubu Gajah berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Tebing Tinggi di dewan serbaguna Tebing Tinggi, petang tadi.

Katanya pada tahun lalu, persidangan Agung UMNO bahagian tersebut dirasmikan oleh seorang lagi naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang juga menteri dalam negeri.

Sebanyak 97 cawangan UMNO dalam bahagian sedang rancak mengadakan mesyuarat agung masing-masing bermula awal bulan.

Dalam ucapan merasmikan mesyuarat agung cawangan Tebing Tinggi,beliau menyeru seluruh ahli memperkukuhkan perpaduan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negara.

BN juga akan mempastikan rekod cemerlangnya memenanggi kesemua empat kerusi parlimen dan tiga DUN terus kekal.

Beliau menggingatkan bahaya jika ada ahli BN bercakaran sesama sendiri kerana berebut kerusi.

Sebarang perselisihan harus diselesaikan secara bijak dalam meja perundingan dan bukan dengan cara menunding jari.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jemputlah mereka yang dapat membantu LMS bagi pembangunan projek mega untuk merasmikan persidangan bahagian.

Elakkan megundang mereka yang hanya memberi bantuan yang berupa 'chicken feed' seperti membesarkan dewan, masjid dan menaik taraf jalan dan yang berkaitan.

Gua musang maju daripada batu kurau kerana taman perumahannya berlipat ganda.

Semasa saya di Pahang dulu penduduknya hanya 250 orang tapoi sekarang 350,000 orang.

Kalau tapak rumah kampung tersusun dibina dengan rumah sudah tentu bandar Kubu Gajah, Redang Panjang, Pondok Tanjung dll akan maju menjadi bandar kecil.

Tapi kerajaan tidak mahu membuat satu peraturan/'undang2' supaya mereka yang mendapat tapak rumah membina rumah mereka di situ dalam masa tidak lebih setahun setelah menerimanya.

Geran hanya diberikan kepada mereka yang telah membena rumah kekal di tapak kurnia. Kalau mereka jual,juallah balik kepada kerajaan.


Buatlah seperti di Brunei. Semua tanah kurnia tapak rumah akan dikembalikan kepada kerajaan dan berikan kepada orang seperti saya yang akan membina rumah di Kubu Gajah serta merta jika diberikan peluang. Bukan menspekulasikan tanah tersebut untuk untung berlipat ganda.

Saya syorkan YMDS turun padang beri tanah kepada mereka yang dapat memajukan tanah tersebut, bukan tunggu kerajaan buat semuanya untuk mereka.

Hari ini mereka minta tanah. Lepas itu rumah. Saya takut lama2 'bini' mereka minta. Ada 2/3 orang yang saya tahu di kampung saya.