Template by:
Free Blog Templates

25 May 2012

Jalan MDS






Ahli-ahli politik yang dilantik menjadi ahli majlis daerah harus memantau setiap perlaksanaan projek bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi.

Sekurang-kurangnya mereka tahu apa perkembangan dibawah aktiviti pihak berkuasa tempatan (PBT) di tempat masing-masing.

Mereka adalah dilantik untuk membuat dasar mewakil rakyat dan bersuara memberi pandangan dalam mesyuarat majlis.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar selepas melawat jalan majlis daerah di Bagan Bahru berdekatan Ijok.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut menambah, kewangan PBT bergantung kepada peruntukan Kerajaan, selain kutipan cukai.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin tidak menafikan banyak lagi kemudahan termasuk jalan dan longkang yang perlu dilaksanakan di kawasan PBT.

Begitupun, Ia bergantung kepada kedudukan kewangan PBT berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila saja YMDS sebut fasal jalan saya teringat Jalan Jelapang-Selama.

Saya masih sangsi keupayaan IDR yang merancang jalan ini.

Projek ini datangnya dari pinjaman Sukuk bukan dengan duit kerajaan yang ada sekarang,

Sepatutnya ia sudah dimulakan. Saya sangat sangsi keupayaan IDR untuk memantau projek ini. Begitu juga MB kita

Maksud saya ia boleh dimulakan dengan membina jambatan, kemudian di kawasan2 estet. Tempat kita tiada masalah kerana estet banyak. Sudah tentu bantuan sosial korporat mereka boleh membantu pembinaan tersebut.

Sekian