Template by:
Free Blog Templates

21 May 2012

UMNO


















Kerajaan akan membelanjakan RM 60,000 bagi membina jalan asas ke ladang dalam Kampung Teras tidak lama lagi.

Pengumuman yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar itu, telah disambut dengan gembira oleh penduduk-penduduk berkenaan.

Perkara itu dinyatakan belikau ketika berucap di perasmian mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Teras, dekat Ijok, petang tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Cawangan Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam yang juga Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut di mesyuarat yang diadakan di Dewan Orangramai di Kampung tersebut.

Dengan pembinaan jalan tersebut sepanjang 20 rantai maka impian penduduk yang memiliki ladang di situ, akhirnya tercapai juga kerana pada masa ini tidak sebarang kemudahan jalan di situ.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 yang telah diluluskan oleh Kerajaan bagi membina sebuah Dewan terbuka di Kampung berkenaan.

Dewan tersebut yang dicadangkan di bina di Lata Panggung dekat Kampung Teras akan dapat memberi kemudahan kepada penduduk termasuk untuk menganjurkan majlis-majlis keramaian.

Megnenai UMNO, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian berharap sebarang pergeseran dikalangan ahli dapat dielakan bagi menjamin kekuatan parti menjelang Pilihanraya UMUM (PRU) yang akan datang.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

UMNO tak tentangkah Louis Deyfus dapat $800 juta saham FGVH.Leopold Dreyfus Yahudi Francis ialah anak Yahudi mengujudkan syarikat di Basel dan menamakannya Louis Dreyfus

Isterinya Magaritha (1992), orang Russia ialah isteri Louis Dreyfus. Louis meninggal dunia semasa umurnya 63 (leukemia).

Serge Schoen ialah CEOnya, juga Yahudi murtad. Anak syarikat mereka ada di Singapura, Starcom Pte Spore direktornya Paul Willow. Begitu juga Olam (Veyrat) di Sngapore April 2010 dan meninggalkan 2011

Mereka mempunyai pekerja 34.000 ribu di 55 negara. No2 pengurus dana pertanian yang terbesar didunia (gandum, jagung,gula kopi)

Empirenya samapai ke Brazil dan sekarang mereka akan menawan Asia

Nazi merampas kebanyakan harta mereka dan ada yang dikembalikan tahuun 1944.

Saya takut Sabri Ahmad sudah masuk poket mereka kerana fikirannya dahulu nampaknya sama macam mereka. Tapi Tan Sri belum lagi. Masih ikut2.

Semasa saya di Amerika dahulu US membuat kajian mendalam tentang musuh mereka. Universiti saya menjadi penyimpan maklumat untuk Asia hingga buku saya di cetak untuk di simpan di perpustakan bukan untuk dijual.

Kalau Soros bantu mereka turunkan harga saham Sapura, Gas dan FGVH dan mereka beli balik dengan menaikkan harga sudah tentu pilihan raya ditunda.

Bayangkan jika YMDS dan saya dapat sebahagian 800 juta saham IPO untuk Louis Dreypus sudah tentu kawasan ADUN Kubu Gajah akan jadi macam Lembah Kinta.