Template by:
Free Blog Templates

19 May 2012

RT


























Agensi-agensi pusat diminta agar merujuk perlaksanaan projek dengan pentadbir daerah dan pemimpin tempatan.

Penjelasan diantara agensi pusat, negeri dan daerah penting bagi menggelakkan berlaku sebarang masalah timbul terutama pada peringkat perlaksanaan.

Pekara itu dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar di majlis perasmian karnival sukan rukun tetangga sektor rukun tetangga Redang Panjang pagi tadi.

Turut hadir pegawai rukun tetangga daerah Larut Matang dan Selama, mohd Radzi Kamaruddin, penegerusi penasihat panel pusat kesihatan Redang panjang, Nor Azman Mokhtar, pengerusi rukun tetangga Redang Panjang, Haji Zainuddin hamid yang juga ketua kampung Redang Panjang dan penegerusi MCA cawangan Redang Panjang, Teh Leong Hua.

Lebih 300 orang peserta pelbagai kaum mengambil bahagian dalam karnival sehari itu anjuran bersama panel kesihatan Redang Panjang yang diadakan di pekarangan dewan serbaguna Redang Panjang.

Ada pentadbir daerah yang tidak tahu projek yang dilaksanakan kerana mereka tidak dirujuk dan dibincangkan.

Begitu juga di peringkat kampung, ada pemimpin JKKK yang langsung tidak ditanya atau dihubunggi.

Mengenai rukun tetangga, Datuk Seri Raja Ahmad zainuddin berkata mereka tidak boleh memberi alasan lagi kerana semua 86 sektor rukun tetangga di daerah Larut, Matang dan Selama menerima peruntukan RM 2,800 setahun.

Pameran oleh beberapa agensi Kerajaan termasuk kesihatan turut juga diadakan sempena karnival.

0 comments: