Template by:
Free Blog Templates

12 May 2012

Ketua kampung














Agensi-agensi Kerajaan dan mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan dan bantuan disaran agar merujuk dengan ketua-ketua kampung.

Ia bagi menggelakkan berlaku pertindihan dan jika berlaku merugikan mereka yang lain yang layak menerima, tetapi tidak dapat akhirnya menimbulkan kekecewaan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bim Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian BR1M jabatan kebajikan masyarakat (JKM) di kampung Masjid pagi tadi.

Turut hadir penolong pegawai kebajikan masyarakat (JKM) daerah Larut, Matang dan Selama, Abdul Razak Yahya, penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi Ghazali dan pengerusi persatuan ketua-ketua kampung parlimen Larut, Haji Shukur Haji Jaman.

Seramai 140 termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) menerima voucer BR1M yang dianjurkan JKM di pejabat penghulu Ijok.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negeri menambahkan, ketua-ketua kampung adalah agen Kerajaan dan mereka lebih mengenali anak-anak buah mereka.

Beliau juga menggesa ketua-ketua kampung Pengkalan Data mengenai kebajikan penduduk ditempat mereka.

Selain warga emas,orang miskin dan OKU, ibu-ibu tunggal juga perlu diberikan perhatian.

0 comments: