Template by:
Free Blog Templates

16 May 2012

UMNO














UMNO semakin mendapat sokongan kerana rakyat begitu tertarik dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat kagum dengan kerja keras Datuk Seri Najib yang kerap turun padang dan mengutamakan kebajikan rakyat terutama yang miskin.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam UMNO cawangan kota Wira malam ini.

Turut hadir Adun Batu Kurau, Kapt (B) Datuk Najmuddin Elias, yang juga bendahari UMNO bahagian dan ketua UMNO bahagian dan ketua UMNO cawangan Kota Wira, Sidek Mat.

Barisan Nasional (BN) berpeluang mencapai kejayaan cemerlang pada pilihanraya umum (PRU) memandangkan sambutan terhadap pendekatan yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri termasuk Br1M.

Mengenai mesyuarat Agung cawangan-cawangan, beliau yang juga Adun Kubu Gajah mengingatkan mereka mengadakan sidang tersebut sepertimana yang telah dijadualkan.

Mesyuarat agung termasuk pemuda,wanita dan puteri mesti selesai sebelum 15 jun sepertimana yang telah ditetapkan majlis tertinggi (MT) UMNO.

Mesyuarat Agung perwakilan bahagian akan diadakan selepas selesai semua sidang cawangan yang akan derasmikan oleh salah seorang naib presiden di dewan astaka Batu Kurau.

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein merasmikan mesyuarat agung UMNO bahagian tahun lalu di Selama.

0 comments: