Template by:
Free Blog Templates

27 May 2012

Surau










Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berharap surau-surau yang dibina dapat dijaga sebaik mungkin oleh masyarakat Islam.

Selain Masjid, Surau dibina untuk kemudahan umat Islam beribadah dan menjalankan aktiviti bagi meningkatkan Syiar Islam.

Beliau berkata demikian selepas melawat surau di kampung Batu 85 dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu gajah hari ini.

Turut hadir bekas ketua UMNO cawangan Batu 85, Osman Ahmad yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Larut.

Peruntukan sebanyak RM 10,000 diluluskan Kerajaan untuk memperbaiki surau Batu 85 termasuk pintu yang telah reput.

Beliau juga berharap remaja dapat sama menjayakan aktiviti surau sebagai usaha mengeratkan lagi perpaduan Ummah.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap JK Masjid hendaklah juga bekerjasama memantau masjid. Misalnya singgah di masjid tersebut semasa balik bekerja atau semasa hendak ke kedai. Begitu juga masyarakat lain. Bila singgah di masjid jangan lupa pancut air di jamban supaya ia sentiasa wangi.

Boleh tidak kita adakan pertandingan surau paling bersih di ADUN Kubu Gajah. Jamban yang paling wangi dan cantik akan menerima hadiah. Yang ada bunga, gambar2 dan semerbak baunya akan menerima hadiah atau pun sijil.