Template by:
Free Blog Templates

20 May 2012

Futsal







Gelanggang pelbagai di tapak majlis daerah Redang Panjang dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah akan dinaikan taraf tidak lama lagi.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata ada permintaan supaya gelanggang yang sekarang lebih tertumpu kepada permainan bola keranjang dijadikan juga untuk futsal.

Bagi tujuan tersebut perancangan untuk gelanggang tersebut ialah pembinaan bumbung,pagar,tiang gol dan tempat duduk bertangga.

Kos anggaran bagi menaikkan taraf gelanggang tersebut ialah sekitar RM 150,000 dan ia akan dipohon dibawah kementerian perumahan dan Kerajaan tempatan.

Lampu limpah tidak perlu kerana kemudahan sudah ada.

Permainan futsal mampu menarik lebih ramai terutama anak muda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan khususnya.

Futsal amat digemari dan paling laris di DUN Kubu gajah dan Larut pada leseluruhannya.

Gelanggang futsal itu amat sesuai diwujudkan di Redang Panjang kerana untuk kampung baru ia belum ada begitu banyak.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita perlu meminta JKKK mengadakan satu pasukan futsal bagi setiap kampung mereka supaya padang dapat digunakan sepenuhnaya. Jangan jadi padang gajah putih sudahlah..atau padang indah khabar dari rupa.

Anonymous said...

YMDS,

Jikalau YMDS hendak mendampingi belia lekas2 jalankan pertandingan futsal antara kampung. Kalau tidak mereka ini tidak akan datang mengundi.

Hadiahnya minta sokongan CSR Genting Planttion, Sime Darby, Boustead, Riverview dll yang ada diLMS.

Saya harap nama calon YMDS kemukakan untuk dipilih janganlah mereka kuat berpolitik sahaja macam PAS. Carilah mereka yang dapat berbuat baik dengan lembaga pengarah Sime Darby, Genting Plantations, River View dll.

Saya hairan ketua PAS tempat kita pass kursus pelaburan tapi kurang bijak menggunakan kepakaranya untuk menarik pelaburan ahli PAS menanam mnodal di ADUN Kubu Gajah. Ramai hartawan PAS di ADUN Kubu Gajah tapi beliau tidak dapat mengemblingkan mereka untuk menanam modal (DDI) di ADUN Kubu Gajah.

Inilah kelemahan pemimpin PAS Kubu Gajah. Ada kepakaran tapi tak guna langsung.


Saya masih hairan ramai orang Melayu kita masih memilih pemimpin yang cakap berdegar2 tahi sangkut digelegar.

Sebagai contoh lulus ekonomi tapi tidak tahu meggunakannya untuk meniningkatkan ekonomi masyarakat. Lulus pendidikan tapi masih ramai orang tempat mereka tak masuk universiti.

Puncanya ialah mereka asyik berpolitik sahaja.Tidak mahu menggunakan kepakaran mereka untuk membangunkan kawasan.