Template by:
Free Blog Templates

26 May 2012

Arahan











Kaedah pemberian dibawah E-kasih dirombak semula atau diganti dengan pendekatan bagi menggelakkan berlaku pertindihan.

Jika ketua-ketua kampung tidak digunakan untuk sebarang rujukan makan akan terus berlaku pemberian bantuan kepada orang yang sama.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar menegaskan perlu ada arahan kepada semua ketua-ketua jabatan bertapa perlunya mereka mengiktiraf ketua-ketua kampung.

Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin yabg juga ketua UMNO bahagian berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Sungai Jernih di Ulu Ijok, petang tadi.

Katanya ketua-ketua kampung dilantuk oleh Kerajaan negeri atas nasihat Menteri Besar, justeru janganlah anggap mereka kelas kedua dan tidak penting.

Beliau mengulas aduan mengenai rasa tidak puas hati ramai pihak ada pegawai KEMAS dan ketua kampung tersenarai sebagai penerima bantuan E-kasih.

Pekara ini akan hanya memburuk imej Kerajaan jika keadaannya tidak diperbetulkan.

Mengenai perhimpunan haram anjuran pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, beliau berkata ia bukan sahaja melanggar undang-undang dan menyusahkan rakyat, tetapi menjejaskan ekonomi negara.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,
Perkara bertindeh ni selalu berlaku dalam semua aspek.

Dalam pendidikan sebagai contoh orang yang sama dapat kurnia biasiswa dari UMN0, Koperasi RISDA, Sekalah dan badan-badan yang lain. Munkin perkara ini tidak terjadi ditempat kita. Tapi pernah juga berlaku.

Lagi satu yang bertidih ialah bapanya pun dapat, anaknya pun dapat dan abangnya pun dapat. Kita ada 61% Melayu dan lebih 3 juta ahli UMNO.

Anonymous said...

YMDS.

DAP menentang BN kerana bantuan pertindihan. Saya harap YMDS selalulah membaca isu yang dibangkitkan DAP.

Jika perkara ini masih berlaku kawasan MCA tidak akan menang dalam pilihanraya 13.

Kalau YMDS turun padang betul2 dan wakil rakyat yang akan datang ialah mereka yang bermastutin sepanjang masa di kawasan ADUN masing2 sudah tentu perkara ii tidak berlaku.

Kalau mereka berbuat demikian sudah tentu mereka tahu siapa yang betul2 miskin tegar. Saya masik sangsi kerana yang saya takutkan keluarga JKKK yang dapat semuanya.

Yang rajin dan yang miskin ketinggalan. Yang malas yang dapat bantuan. Kadang2 saya lihat muscles mereka lebih kuat dan besar dari saya tapi dinding rumah mereka masih terpelohong.