Selasa, 30 Jun 2009, Rakyat Perak rata-rata menyambut baik program turun padang Menteri Besar Perak, Datuk Seri dr Zambry Abdul Kadir.Pendekatan itu membolehkan Menteri Besar melihat dengan lebih dekat masalah rakyat dan bertindak segera supaya tidak terus membebankan mereka.
Dalam perjumpaan dengan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Perak di Bangunan UMNO di Ipoh, beliau berkata dengan turun ke bawah, membolehkan rakyat tampil mengemukan masalah mereka dan ini akan dapat menggurangkan birokrasi.
Dr Zambry yakin dengan pendekatan sedemikian dan terus memberi khidmat setiap masa, Barisan nasional (BN) tidak akan menghadapi masalah untuk terus kekal memerintah, sekalipun Pembangkang tidak berdiam diri mencetusan rasa tidak puas hati mereka.
Hari ini, Menteri Besar mengadakan program bersama rakyat di Daerah Manjong dan Mesyuarat EXCO di Batu Gajah.
Beliau berkata, ramai juga ADUN yang turun ke bawah mendekati rakyat untuk meninjau keadaan mereka, terutama mereka yang masih dalam keadaan daif danmemerlukan perhatian segera.
Saya sendiri telah mengatur beberapa siri program Kebajikan bersama Masyarakat di DUN Kubu Gajah, selain mengadakan lawatan sendiri.


























































