Template by:
Free Blog Templates

31 May 2009

Pelajar Universiti Teknologi Petronas Berkampung

Ahad, 31 May 2009 - Seramai 29 orang pelajar Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah hari ini berkampung di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah kerana menghadiri program Rakan Muda selama empat hari Anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Ketika melancarkan program tersebut di Tebing Tinggi yang turut disertai enam pelajar dari Pakistan dan satu dari Suidan dan Yamen. Saya telah menekankan betapa pentingnnya program tersebut.

Ini adalah kerana bilangan mereka semakin bertambah dan menjadi sebahagian besar penduduk Malaysia pada hari ini. Kepentingan mereka tidak boleh dipandang ringan oleh agensi-agensi kerajaan.



Saya turut menasihatkan mereka agar tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang bagaikan "menang sorak, kampung tergadai." Mereka perlu memilih aktiviti yang tidak bertentangan dengan agama, budaya dan adat resam ketimuran.

Saya juga menyarankan agar setiap program yang dianjurkan perlu membuat tindakan susulan untuk mengetahui kesan program tersebut. Janganlah aktiviti yang diadakan itu hanya semata-mata untuk memenuhi kalendar tahunan.

Saya turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada FELCRA Gugusan Sungai Marlow dan JKKKP Tebing Tinggi yang terlibat menjayakan program ini.

Pada majlis pagi tadi, saya juga menyaksikan penyerahan anak angkat kepada keluarga yang terpilih dalam program tersebut.

Kenduri Kahwin


Seperti mana yang kita tahu, musim cuti persekolahan baru bermula. Banyak kenduri kahwin yang diadakan dekat Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Pada 30 Mei ( Sabtu ) dan 31 Mei ( Ahad ), saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas undangan kenduri kahwin di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah, DUN Batu Kurau, Selama dan juga Parlimen Larut.

Saya sekeluarga juga sempat hadir kenduri kahwin anak perempuan, Encik Megat Jamil Yahya Shahir di Kampung Baru Aulong, Taiping. Encik Zainal Amin (Nor Panjang) merangkap Pengerusi JKKKP di Kampung Panta Besar di DUN Batu Kurau dan Ramli Mahmud merangkap Pengerusi JKKKP FELDA Ijok juga tidak ketinggalan melangsungkan perkahwinan anak mereka.

Kita doakan kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka, semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Di kesempatan ini saya juga ingin memohon maaf kepada mereka yang mengundang saya ke majlis perkahwinan mereka, tetapi saya tidak dapat menghadiri ke majlis tersebut kerana atas sebab-sebab tertentu.

30 May 2009

Miskin dan Buta Hati

Jika benar bilangan kemiskinan tegar di Perak masih tinggi, dibandingkan dengan negeri-negeri lain, ia merupakan isu yang sepatutnya dipandang serius dan diberikan tumpuan khusus oleh semua pihak dan membantu Kerajaan Negeri.

Dalam erti kata lain, inilah masanya kita sama-sama gembelingkan tenaga dan menghulurkan bantuan, membantu masyarakat yang daif agar dapat mengubah kehidupan mereka supaya tidak menimbulkan masalah lain. ( seperti demonstrasi, mogok lapar dan baring tengah jalan) bagi kepentingan politik pihak tertentu.

Kerajaan Negeri perlu mencari sumber pendapatan untuk meneruskan program meningkatkan kemudahan luar bandar seperti membina dan menaikkan taraf jalan-jalan, membina dan memperbaiki serta menggantikan titi-titi gantung yang tidak lagi sesuai di zaman serba moden ini.

Di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah sendiri banyak lagi yang perlu diberikan perhatian. Banyak rumah-rumah yang daif dan memerlukan bantuan. Kawasan yang sering dilanda banjir juga perlu mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki saliran dan sungai yang mendatangkan masalah.

Banyak lagi DUN yang lain yang perlu diberikan tumpuan termasuk Kawasan Menteri Besar Perak sendiri. Tetapi jika pihak tertentu asyik dengan ragam dan sikap yang tidak bertanggungjawab ini berterusan akan menimbulkan kacau bilau, bagaimana program pembangunan boleh dilaksanakan dengan lancarnya?

Justeru, usaha pihak pembangkang untuk terus mendesak DUN dibubarkan hanyalah untuk kepentingan politik mereka dan yang rugi hanyalah rakyat itu sendiri.

Lebih membimbangkan kita ialah jika ada pelabur yang berminat hendak datang ke Perak, terpaksa mengubah fikiran mereka jika keadaan yang tidak stabil ini berlarutan.

Semalam, saya tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh iman sebuah masjid bahawa Allah S.w.t. telah menganugerahkan kita pancaindera yang seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin dan betul.

Mata dan mata hati itu adalah anugerah besar Allah S.W.T jadi pergunakanlah ke jalan yang mendatangkan menafaat yang berguna.

Saya masih ingat Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak sebelum ini, bahawa Baginda ada mata bukannya buta, ada mulut bukannya bisu dan ada telinga bukannya pekak.

Oleh itu Fikir-Fikirkan lah.

Orang Besar 16 Perak Meninggal Dunia

Sabtu, 30 Mei 2009 - Orang besar 16, Toh Seri Lela Paduka, Abdul Rashid bin Uda Mohamed meninggal dunia di Hospital Besar Ipoh awal pagi tadi, Sabtu 30 Mei.

Beliau adalah orang besar paling senior di Perak berdasarkan umurnya 93 tahun. Allahyarham Rashid adalah bapa kepada Encik Ghazali, bekas Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan lain termasuk Pengarah Jabatan Pengangkutan (JPJ) Wilayah.

Ghazali juga dikenali Malim Ghazali adalah seorang penulis fikir merangkap Jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (PENA). Katanya, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah mereka di Sungai Rokam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan, kampung halaman Allahyarham di Malim Nawar sebelum Zuhur.

Saya dan beberapa orang teman termasuk Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Annuar Zaini, Ahli Perniagaan, Datuk Ismail Mokhtar Mohd Noor, bekas Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak, Encik Razali Khalid dan Dr Murshid Che Chik menziarahi jenazah Allahyarham.

Takziah diucapkan kepada Ghazali semoga roh Allhahyarham bapanya diletakan disisi orang-orang yang Solleh. Al-Fatihah.

29 May 2009

MT Sah Dr Mahathir Diterima Kembali Dalam UMNO

Jumaat. 20 May 2009 - Majlis Tertinggi UMNO hari ini, Jumaat 29 Mei 2009 sahkan terima kembali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Dr Siti Hasmah dan anaknya, Mokhzani masuk UMNO.

Juga diterima kembali ialah penulis blog, Zahrin Mohd Yasin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai.

Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga mengumumkan selepas MT petang ini beberapa keputusan lain termasuk mana-mana pemimpin UMNO yang di hadapkan ke Mahkamah digantung jawatan mereka hingga kes selesai.

Perhimpunan Agung UMNO dari 13 hingga 16 Okt. hanya ada usul penghargaan ucapan Presiden. Sebelum itu akan ada Perhimpunan Agung khas bentang pindaan Perlembagaan Parti.
MT yang dipengerusikan oleh Najib, juga bersetuju tambah 5 lagi anggota Jawatankuasa Displin UMNO. Diantara mereka ialah Datuk Ismail Said, Datuk Zuraida Atan dan Datuk Wahab Wahid serta dua bekas Pegawai Polis.

Manik Urai, Datuk Mustapa Mohamad dilantik pengarah pilihanraya DUN Manik Urai manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Penyelia bagi pihak MT.

Miskin Tegar di Perak Tinggi?

Kemelut Politik Perak, semakin menjadi perhatian. Di mana-mana, ramai yang asyik bercakap mengenai masa depan negeri tersebut, jika tiada pelaburan, sedangkan agenda untuk membasmi kemiskinan masih menjadi keutamaan.

Satu persoalan yang timbul di kalangan beberapa orang individu ialah mengenai kedudukan kemiskinan tegar di Perak yang dikatakan bilangannya yang tertinggi di kalangan Negeri-Negeri di Semenanjung hingga ke paras melebihi 3,000 orang.

Jika benar usaha untuk membasmikannnya tidak lagi boleh dilenggahkan. Saya sendiri berharap perhatian yang lebih serius wajar diberikan kerana ia amat mengejutkan saya setelah setahun menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) selepas menang dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu.

Justeru, pelaburan amat penting, jika rakyat ingin melihat pembangunan terus berjalan lancar dan dilaksanakan mengikut jadual terutama bagi membasmi kemiskinan tegar di kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian serius termasuk di DUN saya sendiri di Kubu Gajah.


Tetapi, jika suasana politik di Perak masih bercelaru, bagaimana ia dapat memikat dan meyakinkan pelabur? tanya Ahli Perniagaan, Datuk Ismail Mokhtar Mohd Noor dan Encik Razali Khalid, bekas Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Perak, kini Ahli Perniagaan yang disambut oleh Encik Mohd Ghazali Tan Sri Osman yang juga Ahli Perniagaan,Dr Murshid Che Chik serta bekas Pengarah Penguatkuasa Imigresen Malaysia, Datuk Ishak Mohamed (Pak Sako), yang turut mempersoalkan mengenai angka kadar kemiskinan tegar di Perak yang dikatakan paling tinggi.

Dalam pertemuan ini kami sama-sama memikirkan masalah yang sedang dihadapi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terus menerima serangan daripada pihak pembangkang mengenai peralihan kuasa Negeri Perak kepada BN.

PPP Ada 2 Drebar

Masalah dalaman Parti Progresif Penduduk ( PPP) nampaknya sampai ke kemuncak. PPP kini ada dua drebar.

Datuk M. Kayveas tetap mempertahankan haknya sebagai Presiden PPP yang sah manakala Senator T. Murugiah yang baru menerima gelaran Datuk Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dipilih sebagai Presiden baru dalam Mesyuarat Agung luar biasa (EGM).

Masalah mereka kini mencetuskan masalah kepada Barisan Nasional (BN) dan adalah tidak adil jika ia dibebankan kepada Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri yang saya percaya banyak lagi agenda lain yang lebih penting yang perlu diberikan keutamaan.

Tetapi, masalah PPP tidak boleh juga dipinggirkan begitu sahaja kerana ia boleh mejejaskan BN yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil di Manik Urai, Kelantan bulan Julai depan.

Saya harap kedua-dua tokoh PPP ini segera berdamai. Jika tidak, selagi masalah mereka tidak selesai, adalah dicadangkan agar BN menggantung sementara kehadiran mereka ke Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) BN.

Sukar bagi BN untuk memanggil Wakil PPP ke mesyuarat tersebut jika mereka ada dua Presiden, kerana yang mana satu yang sah.

Kemelut PPP ini pernah berlaku sebelum ini di mana seorang pemimpin mereka di pilih sebagai Presiden dalam EGM selepas mendiang bekas Presidennya, Pramjit Sing meninggal dunia dan ketika itu jawatan masih disandang oleh S.I Rajah.

Saya masih ingat, disebabkan masalah dalaman PPP ketika itu tidak selesai, perlantikan politik yang melibatkan wakil mereka telah ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri.

28 May 2009

Pelabur Asing Masih Minat ke Perak


Khamis, 28 Mei 2009 adalah tarikh berakhirnya mogok lapar selama tiga hari pembangkang di Perak.

Persoalannya di sini ialah apakah mogok yang dilancarkan Selasa lalu merupakan drama terakhir mereka! Kalau ia alhamdullilah dan memang itulah yang selalu kita berdoa. Tetapi saya fikir "tidak", barangkali ada lagi aktiviti lain yang akan diteruskan bagi menimbulkan huru hara hingga Dewan Negeri (DUN) dibubar dan diadakan pilihanraya baru.

Apapun, rakyat hari ini dapat melihat dengan kepala dan mata mereka sendiri gelagat pembangkang yang tidak mahu menerima realiti, setelah kehilangan kuasa sebagai kerajaan untuk mentadbir Negeri Perak.

Saya rasa cukuplah, kenapa tidak kita berpakat menumpukan kepada meningkatkan ekonomi Negeri Perak. Jika pun mahukan pilihanraya, tunggu sahajalah bila tempuh sekarang berakhir kelak. BN pernah mengajak sebuah parti pembangkang berpakat, tetapi mereka menolak.

Jadi bila BN berpeluang memerintah, sokong sahaja lah, kenapa hendak timbulkan masalah. Masa mereka diberi peluang menjadi Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihanraya Umum (PU) ke-12, BN tidak pun menganggu mereka. Tetapi bila BN menjadi majoriti, mereka yang menjadi minoriti kenalah terima dengan rasa penuh hormat.

Saya merasa simpati dengan seorang usahawan tempatan yang ghairah hendak membantu membawa masuk pelabur asing ke Negeri Perak, tetapi merasa sedih dengan kemelut politik yang sedang melanda negeri ini.

Katanya, pelabur bimbang jika keadaan tidak stabil. Ekoran lawatan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali ke sebuah negara, beliau telah berjaya mengikat pelabur untuk datang ke Negeri Perak dalam bidang ICT.

Bila Kerajaan BN jatuh ke tangan pembangkang selepas PU ke-12, beliau masih tidak berputus asa. Sekarang, beliau sekali lagi berharap usahanya itu menuju kejayaan selepas BN berkuasa semula, tetapi beliau masih bimbang jika keadaan tidak menentu.

Namun, saya menasihati beliau agar segera berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi menyampaikan hasrat beliau itu. Saya sendiri bersedia membantu jika beliau temui jalan buntu. Tetapi, saya percaya Dr Zambry bersedia mendengar cadangan beliau itu jika ia membawa faedah kepada Negeri Perak.

Tiada kerajaan yang akan menolak sebarang pelaburan jika ia mendatangkan sumber hasil. Tetapi katanya, pernah berlaku kerana terlalu lama menunggu, Negeri Perak terlepas peluang mendapat satu projek besar.

Saya bersetuju dengan beliau, jika kemelut politik sekarang berterusan dan pelabur tidak datang, yang akan rugi nanti ialah rakyat Perak itu sendiri kerana jumlah pembangunan yang hendak dilaksanakan bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Di kawasan saya sendiri, DUN Kubu Gajah pun masih banyak lagi projek yang perlu dilaksanakan.

Dalam keadaan sekarang, Kerajaan Negeri sebenarnya tidak lagi boleh bergantung 100 peratus kepada Kerajaan Pusat. Justeru Kerajaan Negeri perlu berikhtiar mencari sumber pelaburan bagi memperkukuhkan kedudukan kewangannya.

Negeri Perak pernah berbangga suatu ketika dengan hasil bijih timah, sehinggalah ke tahun 1982 apabila pasarannya di peringkat antarabangsa semakin terjejas dan menyebabkan bekas Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib terpaksa berhempas pulas menarik seberapa banyak pelabur asing ke Negeri Perak.

27 May 2009

Awang Adek Yang Tidak Mudah Mengalah


Rabu, 27 Mei 2009 - Saya menemui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Husein di pejabat Putrajaya dan berpeluang membincangkan masalah yang boleh membantu rakyat.

Beliau yang kelihatan ceria menyifatkan dirinya bagaikan "mati hidup semula" dalam politik. Setahun Dr. Awang menggangur, selepas kalah dalam Pilihanraya Umum (PU) ke-12 yang lalu di Parlimen Bacok. Tetapi, dalam pembentukan kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, beliau dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Kewangan menggantikan Datuk Seri Husni Hanadzlah, yang dinaikkan pangkat menjadi Menteri Kewangan kedua.


Dr. Awang amat berterima kasih kepada Najib yang telah melantik beliau sebagai Senator. Beliau yang berjaya menggekalkan Majlis Tertinggi (MT) juga diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dr. Awang yang saya kenali adalah seorang pemimpin mudah dihubungi dan tidak perlu buat sebarang temu janji. Beliau kerap turun ke padang untuk mendekati rakyat. Ramai ahli parti yang senang dengan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara ini yang kuat bekerja. Pernah ketika saya menghubungi beliau, beliau masih lagi berada di pejabat.

Bagi Dr. Awang, kawan-kawan adalah sumber inspirasi dan tanpa mereka siapalah beliau hari ini.

Pak Sako, Masih dirindui

Masih ingatkah dengan Pak Sako atau Datuk Mohamed Ishak, Pengarah Penguatkuasa Imgresen Malaysia yang sangat tidak disenangi oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Pak Sako disenangi oleh media dan sering menjadi tumpuan bila ada operasi. Namum publisiti yang terlalu luas diberikan, mencetuskan rasa tidak senang oleh pihak atasan, menyebabkan beliau ditukarkan serta merta ke Selangor. Beliau tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima, akhirnya mengambil keputusan bersara awal dari perkhidmatan kerajaan lebih 30 tahun.

Anak kelahiran Parit ini, bukanlah seorang selebriti seperti A.R. Tompel tetapi amat popular di golongan tertentu di Negeri Perak khususnya. Beliau adalah seorang Penglipurlara dan Pengacara yang sering menjadi undangan majlis yang dihadiri oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Bahkan, beliau yang kaya dengan telatah lucu sering mendapat undangan dikalangan korporat. Yang terbaru ialah ketika majlis perkahwinan anak bongsu, Datuk Zainal Abidin Kadir, Presiden Persatuan Pelancong Malaysia di Ipoh.

Kemana Pak Sako menghilang?

Beliau yang sering saya temui di Ipoh kini adalah seorang tauke minyak. Semalam, beliau yang ditemani beberapa orang rakan yang lain,termasuk Usahawan, Datuk Ismail Mokhtar Mohd Noor, Dr Murshid dan Cikgu Azizan Hashim sempat memberi pandangan dan melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mogok Lapar yang dilancarkan oleh pembangkang.

Katanya ringkas, barangkali ada hikmahnya apa yang berlaku supaya rakyat dapat lihat dengan mata dan kepala mereka sendiri kerenah pembangkang bila kehabisan modal.

Kalau dahulu beliau berkuasa menahan dan menangkap orang, bezanya sekarang walapun masih tidak cukup tidur, beliau masih boleh tersenyum dan tidak lagi dikutuk, tetapi " masyukkkk" banyak.

Sesiapa juga yang mengenali Pak Sako akan merasa senang, kerana beliau gemar bergurau dan kaya dengan cerita-cerita yang melucukan.

26 May 2009

Ismail Sabri Ketepi Protokol

Semalam, Isnin 25 Mei 2009, Saya berpeluang bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri da Hal Ehwal Pengguna (KDNDHP), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang sudi melapangkan masa bertemu dengan kawan-kawan lama (bukan di Pejabat), sambil membincangkan isu-isu semasa terutama mengenai perkara di bawah bidang kuasa beliau.

Pertemuan yang tidak dirancangkana itu, ternyata Ismail Sabri sanggup turun ke bawah dan mudah didekati bagi mendengar masalah orang ramai. Perjumpaan semalam adalah kali pertama kami bertemu semenjak dilantik Menteri Kabinet selepas pilihanraya Umum (PU) yang Mac 2008.

Ketika menerima panggilan telefon Ismail Sabri, Saya sedang berbuat dengan Datuk Ir Hasni Mohamed, Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) Benut. Sebelum PU 12, Hasni adalah Ahli Parlimen Pontian. Hasni dan Ismail Sabri, ketika Saya menjadi Pengerusi Kelab Penyokng Kerajaan Parlimen Malaysia (BNBBC), mereka berdua adalah Penolong-Penolong Setiausaha Kepada Kelab.

Kami sering berbincang di luar masa Parlimen. Semalam bila berjumpa banyak lah yang sempat kami bualkan. Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian masih lagi menjadi Pengerusi Perbadanan Nenas Nasional.

Barulah faham bahawa tidak semua hal di bawah bidang kuasa KDNDHP, kecuali harga pasaran runcit, misalnya mengenai masalah ayam, Ismail Sabri memberitahu ianya terserah kepada Kementerian Pertanian. Ianya timbul apabila beliau mengambil keputusan membenarkan ayam di bawa masuk ke Negara bagi menggelakan harga ayam dinaikan sewenang-wenangnnya.

Ismail Sabri binggung kerana kedegilan Penternak yang masih mahu naik harga ayam, sekalipun kerajaan tidak membenarkannya. Masalah mengatasi kemasukan ayam,katanya telah diserah kepada Datuk Noh Omar yang juga Menteri Pertanian.

Banyak lah juga hal-hal yang dapat kami bincangkan dan Saya merasakan jika lebih ramai Menteri yang bersikap seperti Ismail Sabri yang tidak mementingkan protokol, KPI yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan dapat dilaksanakan dengan lebih licin dan berkesan.

Namun tidak keterlaluan jika dikatakan, ada juga mereka yang telah dinaikan pangkat, mula lupa kawan-kawan. Ada yang bukan sahaja sukar hendak membuat temu janji, tetapi lebih mendukacitakan, enggan menjawab telepon, itu daripada kenalan, bagaimana agaknya mereka melayan orang biasa?

Bagi Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera barangkali banyak pelajari pengalaman dan dapat sama merasai ketika kami sama-sama pernah menjadi Ahli Parlimen dahulu dan melihat bagaimana rakan Menteri lain sering ditegur.

Ismail Sabri, bekas Setiausaha Politik Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, sebelum ini adalah Menteri Belia dan Sukan dan pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Barangkali sudah ketentuan Allah S.W.T, kerana ketika kami sedang berbual, muncul pula Menteri Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Kesihatan di tempat yang sama.

Sebelum ini pun, saya pernah terserempak dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor yang singgah makan tengahari di sebuah gerai ikan bakar di tepi jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur.

Bagaimanapula dengan mereka yang telah menghilangkan diri selepas digugurkan daripada Kabinet Najib?

Saya di fahamkan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jerjis, yang juga bekas Menteri yang bertanggung jawab, menghantar rakyat Malaysia pertama ke Angkasa Lepas, akan dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri. Katanya ke USA?

MB teruskan agenda

Saya harap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jangan melayan kerenah pembangkang, sebaliknya memberi tumpuan kepada agenda Barisan Nasional (BN) yang lebih utama dan penting sebagai mana yang telah diatur untuk memajukan negeri.

Kita ada agenda kita sendiri dan sudah terbuang banyak waktu lebih setahun berpolitik semenjak pilihanraya umum (PU)bulan Mac 2008 dan kini Barisan Nasional (BN) tidak punya banyak masa untuk memperbetulkan keadaan sebelum PU ke 13.

BN mempunyai agenda sendiri yang perlu dilaksanakan, biarlah pembangkang dengan kerenahnya. Mereka pun ada juga masalah dalaman, sebab itu tidak hairan jika mereka asyik hendak menutup kain sendiri yang koyak.

Seharusnya, bila BN tidak bertanding di Penanti, mereka akan merasa lega kerana tiada tentangan, kecuali dari calon-calon Bebas. Kuat ke Bebas ini?

Hairan juga bila BN tidak bertanding, kata mereka BN pengecut. BN, juga kata mereka masih menjadi musuh mereka dalam di Penanti?

Tidak hairanlah Jika isu Menteri Besar Perak di jaja di Penanti, padahal Dr Zambry dah sah dan kekal Menteri Besar oleh Mahkaman Rayuan, Jumaat lalu dan BN kini mempunyai suara majoriti di DUN Perak, justeru apa lagi yang hendak di kelirukan kepada rakyat. Saya rasa rakyat pun dah naik jemu dengan kerenah mereka.

Kita tunggu keputusan di DUN Penanti, jika PKR berjaya mempertahankan kerusi tersebut bermakna, mereka masih releven di situ, tetapi jika berlaku sebaliknya, tidak hairanlah jika mereka akan menuding jari sekali lagi.

Bila BN tidak bertanding di Penanti, perhatian umum barangkali tidak lah serancak yang dijangkakan, umpama bila Peninju lagenda, Muhammad Ali tidak berada di tengah gelanggang, perlawanan tidak lagi menjadi tarikan.

Saya harap Dr Zambry teruskan tanggung jawabnya dan agenda yang telah dirancangkan, kami Ahli Dewan Negeri (ADUN) BN sentiasa berada di belakang bagi membantu beliau memikul amanah parti dan rakyat. Berilah beliau peluang mendamping dengan rakyat dan mendengar segala masalah mereka, tidak kira bangsa, agama dan keturunan.

Disamping itu, kita perlu banyak lagi pelaburan bagi meneruskan kegiatan pembangunan. Tanyalah siapa juga, mereka akan bersetuju, kerana rakyat Perak dahagakan kemajuan dan masalah kemiskinan yang perlu diberikan tumpuan dan perhatian. Justeru kemelut politik yang tidak menguntungkan ini wajarlah diberhentikan.

Saya percaya Dr Zambry, seorang pemimpin yang bukan mudah mengaku kalah dalam perjuangan kerana darah perjuangan sudah menjadi sebati dalam tubuhnya.

25 May 2009

Mimpi Ngeri dan Mogok Lapar

Semenjak dilantik menjadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir rasanya bukan sahaja tidak lena tidur, tetapi asyik 'mengigau dan mimpi ngeri'. Apa tidaknya, sejak hari mengangkat sumpah jawatan pada 6 Februari lagi, sudah ada kekacauan dan demonstrasi,

Kemudian, diikuti dengan sidang Dewan Negeri (DUN) bawah pokok oleh pembangkang. Datuk Seri Nizar Jamaluddin membawa isu perlantikan Menteri Besar ke Mahkamah. Tidak setakat itu, beliau dan Enam EXCO Negeri juga telah dikenakan tindakan gantung oleh Speaker DUN ketka itu V.Sivakumar hingga menambahkan lagi kontrovesi.

Lebih parah lagi ialah ketika sidang DUN yang berlangsung pada 7 Mei apabila pembangkang menimbulkan kekecohan yang menyebabkan bukan sahaja majlis perasmian tertangguh berjam-jam, tetapi juga menghina DYTM Raja Muda Perak yang berangkat selaku Pemangku Sultan Perak.

DUN Perak kini bukan sahaja majoriti diwakili oleh Barisan Nasinal (BN), tetapi Mahkamah Rayuan Putrajaya juga Jumaat lalu telah membuat keputusan bahawa Dr Zambry sah dan kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Justeru, apa lagi yang tidak memuas hati pembangkang. Hormatilah keputusan Mahkamah. Apabila mahkamah membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar pada 11 Mei, Dr Zambry akur dan menghormatinya dan meninggalkan Pejabat Menteri Besar.

Tetapi, bila Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak memihak kepada pembangkang kenapa mereka tidak boleh menerimanya dan merancang mengadakan mogok lapar sebagai protes dan mendapatkan simpati rakyat?

Saya rasa cukuplah dengan sandiwara politik yang menjemukan itu. Ada baiknya kita bersama-sama memikirkan soal membangun dan memajukan Negeri Perak yang telah setahun tertinggal dengan kemelut politik yang amat merugikan..

Saya rasa ada baiknya Nizar duduk semeja dengan Dr Zambry membincang jalan terbaik bagi menjaga kepentingan Negeri Perak darpada cuba memaksa DUN dibuarkan yang tidak menampakan apa-apa kebaikan. Pembangkang kenalah terima hakikat yang mereka sudah tidak ada lagi suara majoriti di Dewan. Tunggu sahajalah Pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi.

Mogok Lapar, Apakah Fatwanya

Isu mogok lapar yang dirancang oleh Pakatan Pembangkang Perak hanyalah mainan politik mereka yang semakin kehabisan modal untuk meraih simpati dan belas ihsan rakyat selepas Kerajaan Pakatan hilang kuasa di Perak.

Isu mogok ini adalah modal terbaru pembangkang selepas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disah dan kekal sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, Jumaat lepas.

Saya hendak bertanyakan Mufti dan para ulamak termasuk yang ada dalam parti politik untuk mengeluarkan fatwa atau ulasan-ulasan tentang mogok lapar ini, jika melibatkan masyarakat Islam.

Fatwa dan ulasan sedemikian penting bagi menggelakkan sebarang perpecahan dan gambaran yang boleh mengelirukan generasi muda hari ini.

24 May 2009

Terkini,Debat Zambry-Nizar Hampir Pasti

Debat Zambry-Nizar, Sudah ada tanda-tanda ianya akan menjadi kenyataan. Kedua-dua pihak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersetuju dengan debat tersebut sebagaimana yang dicadangkan.

AgendaDaily yang pernah terlibat dengan penganjuran program debat yang disiarkan secara langsung oleh TV 3, telah menemui Dr Zambery dan Nizar mengenai hal tersebut.

AgendaDaily, sebuah berita portal Ibu Negara yang dikenali pernah menganjurkan Debat antara Ahmad Shabery Cheek dan Anwar Ibrahim yang juga disiarkan secara langsung oleh TV 3 dan mendapat sambutan mengalakkan.

Dr Zambry sudah menyatakan persetujuan berdebat mengenai kemelut politik Perak dan Nizar pula meminta agar ianya diadakan selepas Muktamar PAS tidak lama lagi.

Saya dalam blog ini pernah mencadangkan debat Zambry-Nizar dan ramai juga yang memberi reaksi positif dan mengalu-alukannya.

Sementara itu, Nizar telah pulangkan kenderaan resmi Menteri Besar Perak ke Suk.

Siapa Yang Tidak Adil

Telah menjadi asam garam pembangkang mencari yang suka menunding jari kepada orang lain kerana tidak puashati dengan sesuatu keputusan yang tidak memihak kepada mereka seperti kes Menteri Besar Perak.

Pada hal Mahkamah Rayuan Putrajaya hari Jumaat, 22 Mei 2009 telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal dan sah Menteri Besar Perak. Tetapi reaksi mereka (pembangkang) lebih kepada pendapat-pendapat yang negetif termasuk menyalahkan Kerajaan Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Apabila Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan, Dr Zambry terima dengan hati yang terbuka. Justeru kita berharap di pihak pembangkang kenalah juga gentleman menerima keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan perasaan yang serupa.

Saya tidak setuju dengan kenyataan seorang pemimpin pembangkang yang bukan sahaja tidak boleh menerima keputusan berkenaan, sebaliknya cuba menyalahkan Najib dan meniupkan rasa benci rakyat kepada keadilan.

23 May 2009

Lawatan Warga Tua Terlantar Sakit

Selepas menerima sms dari seorang penduduk di dun saya, saya bergegas ke melawat seorang warga tua, Puan Rokiah binti Mohamed, 85 tahun yang terlantar sakit di rumahnnya di kampung Bagan Bahru, petang ini.

Menurut anaknya, Puan Siti Doyah binti Abdullah, 66 tahun ibunya mengalami sakit tua sejak akhir-akhir ini dan tinggal sendirian dirumah. Justeru beliau amat memerlukan bantuan bagi menanggung sakit.

Bantuan

Bersama saya tadi ialah wakil pejabat kebajikan masyarakat Selama, Cik Nurul Wahida binti Hassan yang telah mengambil laporan.

Saya juga menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mengenai bantuan yang diperlukan itu dan beliau sendiri akan mendapatkan segala maklumat

Siti Joyah yang terpaksa menutup kedai kopi kerana menjaga ibunya, juga mengharapkan bantuan saraaan daripda kebajikan..

Saya juga berharap proses bantuan seumpama itu dapat disegerakan dan tidak tertanggung begitu lama.

Rumah-Rumah Daif Perlu Bantuan Segera


Saya telah dihubunggi oleh Pak Lang Halim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persukutan (JKKKP) Sungai Ara dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah mengenai Rumah-Rumah Mohd Zafri bin Kassim, Rozana binti Abdul Wahab, Shamsiah binti Yoep, Sum dan Zol bin Wahab yang berkeadaan daif.

Saya telah mengarahkan agar pihak berkenaan mengambil tindakan segera dan jangan terlalu banyak birokrasi kerana bantuan berkenaan telah agak lama diminta. Saya sendiri akan membangkitkan semula hal ini dengan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi dan Encik Zamberi Mohamed, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah.

22 May 2009

Dr Zambry Kekal Menteri Besar Perak


Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Raus Sharif hari ini umum tiga hakim telah meluluskan permohonan Dr Zambry.

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditolak.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T Datuk Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menerima rayuan ADUN Pangkor itu selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur buat keputusan mengenai isu MB 11 Mei yang lalu.

Keputusan Mahkamah rayuan ini jelas proses Demokrasi dan Undang-undang mengenai perlantikan Dr Zambry tidak lagi wujud pertikaian.

Dr Zambry dilantik oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Febuari yang lalu.

Dengan Keputusan itu juga Dr Zambry boleh tumpu kepada tugas hariannya.

Saya juga harap keputusan ini diterima dengan hati yang terbuka serta rasa hormat oleh semua pihak.

Al-Fatihah

Saya dan keluarga mengucapkan takziah di atas kepulangan Allahyarham-ADUN PAS Manek Urai Kelantan, Ismail Yaacob meninggal dunia pagi ini.

Dengan doa semoga rohnya berada disisi orang-orang yang solleh-AL-Fatihah...

21 May 2009

Mereka Yang Digugurkan Hilang?

Saya hairan kenapa susah sangat hendak menghubungi rakan-rakan Wakil Rakyat yang telah digugur atau tidak dipilih semula dalam kabinet baru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Kalau sebelum ini, mereka ini sangat senang hendak dihubungi dan bertemu, tetapi selepas tidak lagi dilantik semula dalam kabinet, mereka hilang entah kemana. Kiriman sms juga tidak mendapat balasan.

Saya memahami keadaan mereka, tetapi diharap mereka jangan lah merajuk atau membawa diri. Yang saya tidak faham ialah sebelum ini semangat mereka begitu berkobar-kobar memberi nasihat, tetapi sekarang jati diri mereka entah ke mana?

Jika hendak dikira mereka yang kecewa tidak terpilih atau dilantik dalam jawatan kerajaan, masih ramai. Itu tidak dikira dengan individu yang menjadi payung terjun dan mencetuskan rasa kecewa dan tidak puas hati kepada orang-orang tempatan yang telah lama bertungkus lumus memperkuatkan menjaga bahagian.

Saya menyeru kepada rakan-rakan tadi agar tampil ke hadapan dan membantu barisan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib dalam membuat persediaan menghadapi PU ke 13.

Ingatlah nasihat saya ini walaupun ada di kalangan mereka yang hilang jawatan dan pangkat, tetapi jangan lah sampai diantara kita hilang kawan.

Semantara itu, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin dan bekas menteri yang menghantar rakyat Malaysia yang pertama ke Stesen Angkasa Lepas, Saya difahamkan beliau akan dilantik menjadi Duta, mudah-mudahan menjadi kenyataan.

Bertemu JKKP Sungai Jernih DUN Kubu Gajah


Semalam Selasa, 20 Mei 2009 Saya mengadakan perjumpaan dengan JKKP Kampung Sungai Jernih dalam DUN Kubu Gajah. Pengerusinya, Jamaluddin Mohd Isa memberitahu mereka membincangkan mengenai program angkat Kolej RISDA Kuala Lumpur pada 28 Mei ini.

Jamaluddin juga mohon sebuah bangunan baru Dewan Orang Ramai berharga RM150,000 bagi menggantikan bangunan sekarang yang telah dibina kira-kira 30 tahun lalu..

20 May 2009

Melawat Warga Tua Uzur di DUN Kubu Gajah

Hari ini, Selasa 20 Mei 2009 saya melawat warga tua yang terlantar uzur di Dewan Undangan (DUN) Kubu Gajah yang memerlukan perhatian daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama. Saya juga telah menghubungi Pegawai berkenaan, Encik Zamabri Mohamed mengenai perkara hal tersebut.


Puan Siah binti Pian, 86 tahun di Kampung Sungai Jernih, Ijok, DUN Kubu Gajah. Beliau tinggal bersama suaminya, Ayub Mat Isa, 88 tahun.



Puan Safiah binti Haji Lebai Mahyuddin, 84 tahun tinggal di Kampung Kelian Gunung, Ijok dalam DUN Kubu Gajah.



Kassim bin Taif, 77 tahun tinggal di Kampung Kelian Gunung, Ijok DUN Kubu Gajah. Beliau baru kehilangan isteri yang meninggal dunia kira-kira 7 bulan yang lalu.

Zambry Tenang Menghadapi Semua Dugaan

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan majlis baca yassin dan solat hajat pada hari ini Selasa, 20 Mei 2009, kebetulan 100 hari menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau dan isteri mengadakan majlis kesyukuran di kediaman Menteri Besar, di Jalan Sultan Idris Shah pada hari ini, Selasa 20 Mei 2009.

Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Negeri (DUN) Pangkor mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada hari Jumaat 6 Februari 2009 di Istana Iskandariah yang turut disaksikan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Selepas itu, kemelut politik Perak berpanjangan hingga ke hari ini dan esok . 21 Mei 2009 Mahkamah Rayuan Putrajaya akan membuat keputusan berhubung dengan rayuan Dr Zambry ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mei lepas berhubung isu Menteri Besar.

Mengikut sejarah politik Perak, Krisis ini adalah yang kedua. Selepas Pilihanraya UMUM 1974 tercetus krisis bekas Menteri Besar Perak, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi dengan Istana berpanjangan beberapa tahun.

Dr Zambry ketika menemui ketua-ketua UMNO Bahagian di mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri. Semalam kelihatan optimistik bahawa kemelut itu akan dapat ditangani secara bijak, cuma menunggu ketikanya sahaja.

Beliau berharap sokongan padu rakan-rakan Ketua UMNO Bahagian selepas dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang baru.

Dr Zambry yang tidak bertanding Majlis Tertinggi (MT) mendapat sokongan Timbalan Pengerusi UMNO Perak yang baru, Datuk Seri Husni Hanazlah yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Bendahari UMNO Malaysia.

Beliau bagaimanapun, menangguhkan pengumuman Perlantikan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan serta Pengerusi Biro-Biro ke suatu masa. Mesyuarat berakhir sekitar 12.30 malam.

Dah Masuk 100 Hari Zambry Jadi MB

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir malam tadi, Selasa 19 Mei 2009 mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Neger Perak dengan memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihanraya UMUM (PU) ke 13.

Mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhhubungan UMNO Neger, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah, yang juga Menteri Kewangan kedua, membincangkan isu-isu semasa dan tindakan-tindakan awalan bagi memkemaskan Jentera Parti.

Dr Zambry lebih banyak mendengar dan memberi peluang kepada Ketua-Ketua Bahagian mengemukakan pandangan masing-masing. Saya juga mengambil kesempatan, memberi pandangan dan tindakan-tindakan yang perli dilakukan oleh Parti dalam mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO khususnya dan Baarisan Nasional (BN) sebagai Parti yang masih lagi releven untuk membela nasib rakyat.

Badan Perhubungan itu juga memberi mandat dan kepercayaan penuh kepada kepimpinan Dr Zambry dalam menangani kemelut politik Perak. Besok. Khamis 21 Mei 2009, adalah saat-saat penting keputusan Mahkamah Rayuan, Putrajaya mengenai isu Menteri Besar.

Ketua-Ketua Bahagian yakin dengan kepimpinan Dr Zambry dan Husni dalam memulihkan semula kekuatan Parti di landasan yang betul dan tidak lagi tergelincir dalam PU ke 13.

Mesyuarat itu yang pertama dipengerusikan oleh Dr Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut semenjak dilantik memegang jawatan tersebut, turut menekankan pentingnnya sokongan dan kerjasama padu dari kalangan Ketua-Ketua Bahagian, jika ingin melihat Parti itu terus kukuh.

Mesyuarat itu yang berakhir lebih tiga jam menyaksikan Dr Zambry telah memegang jawatan Menteri Besar selama 100 hari, semenjak di lantik pada 6 Februari yang lalu atas perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Ketua Wanita UMNO Perak yang baru, Datuk Rosnah Kassiam yang juga Ahli Dewan Ngeri (DUN) Ulu KInta serta Ketua Pemuda dan Puteri Negeri yang baru juga hadir di Mesyuarat yang berlangsung di Bangunan UMNO Negeri di Ipoh. Hanya dua daripada Enam EXCO Kerajaan Negeri yang dilantik adalah Ketua UMNO Bahagian. Mereka ialah Datuk Ramly Zahari yang pada masa ini adalah Setiausaha Perhubungan dan Datuk Mohd Zaim Abu Hassan, ADUN Belanja merangkap Bendahari UMNO Perak.

Sebelum itu, Dr Zambry mengetuai majlis mengangkat Sumpah menyimpan rahsia.

19 May 2009

Debat Zambry-Nizar Positif



Debat Zambry-Nizar, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi reaksi positif mengenai perkara tersebut ketika ditanya selepas di temui di istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke 81 DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada hari ini Selasa, 19 Mei 2009.

Beliau yang sempat Saya temui sebentar, melemparkan senyum, sebelum menaiki kereta pacuan 4 roda bertolak balik. Dr Zambry ditemani isterinya.

Apa pun perbincangan terpinci akan diadakan terlebih dahulu. Debat itu jika dipersetujui akan dicadangkan di Ipoh dan dibuat secara langsung oleh stesyen TV tempatan.

Agendadaily, Berita Portal yang berpengkalan di Ibu Kota Kuala Lumpur pernah terlibat dalam penganjuran debat seumpama itu sebelum ini bersama TV 3.

Berita Ringkas dan Terkini

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam persidangan akhbar (PC) di Ibu pejabat UMNO sebentar tadi (Selasa,19 Mei 2009) nafi Barisan Nasional (BN) menaja mana-mana Calon Bebas tanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 mei ini.

Siasat, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan minta agar diadakan siasatan berhubung politik wang dalam PAS kerana ada penagakuan yang telah dibuat oleh pemimpin tertentu dalam parti itu sendiri.

Tak Tanding, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak hari ini sahkan tidak bertanding Timbalan Presiden atau Naib Presiden PAS, walaupun dah layak, tetapi hanya untuk Majlis Tertinggi (MT).

Reaksi ADUN di Gantung, Datuk Seri Dr Khir Toyo dalam reaksi segera dakwa hukuman gantungnya daripada sidang DUN sebagai cubaan tutup mulutnya dedah kepincangan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa DUN Selangor juga syur gantung beberapa orang lagi ADUN BN.

RM Sampai Pingat

Hari ini, Saya menerima undangan ke istiadat Penganugerahan Bintang Kebesarn dan Pingat bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke 81 di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

DYTM Raja Muda Perak, Raja Datuk Seri Nazrin Shah berangkat menyampaikan Darjah Kebesaran dan Pingat kepada seorang penerima Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP), Dr Alagappa Muthiah yang membawa gelaran dato', 3 penerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 20 penerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PM), 2 penerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 55 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 74 penerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 88 penerima Pingkat Jaksa Kebaktian (PJK) dan 3 penerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Cikgu Othman Yahaya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan Bahru, Ijok yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut menerima AMP. Turut juga menerima PPT ialah Haniff Ahmad, Ketua Kampung Changkat Perah dan Hambali Zolaawal, Ketua UMNO Cawangan Pantai Besar dan Rokiah Ismail dari Kampung Simpang Empat Batu Kurau, Manakala PJK penerimanya pula termasuk Abu Ismail, Puan Enah Razalli.

Di Istiadata yang sama Selasa lepas, Hajjah Sawifah Yahya, Ketua Wsnita UMNO Bahagian menerima PMP.

Diantara Penerima Jaksa Pendamai ialah bekas Ahli Parlimen Gerik, Datuk Wan Hashim Wan Teh dan bekas Ahli Dewan Negeri (DUN) Kamunting dan Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Abdul Khalid Nasir yang juga Bapa kepada Zahir, Anggota EXCO Kerajaan Negeri.

Turut juga berangkat ke istiadat tersebut ialah DYTM Raja Puan Besar Perak, DYAM Raja DiHilir Perak dan DYAM Raja Puan Muda, selain Menteri Besar perak, Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir dan Isteri serta EXCO dan ADUN BN dan Ketua-Ketua Jabatan.

Pada hari ini juga ialah istiadat Menutup Kerja.

BN Tidak Tanding Di Penanti

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam mesyuaratnya, Isnin 18 mei 2009, memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, kerana pilihanraya itu hanya mainan politik Pembangkang, demikian umum Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Keputusana itu mendapat reaksi positif dari kalangan pemimpin UMNO. keputusan tepat, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang menganggap keputusan tepat agar boleh terus fokus membela rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Mazlan sifatkan keputusan BN bijak dan jadi YB Kerajaan nak berkhidmat kepada rakyat bukan mainan politik.

Keputusan BN itu, kita hendak tenguk apa kah Pakatan Pembangkang akan berjaya mempertahankan kerusi DUN Penanti yang dimenanggi pada pilihanraya UMUM 2008 atau akan ada Calon protes dari kalangan mereka sendiri? Kita tunggu pada hari Penamaan Calon.

Saya hendak ucapkan Terima Kasih juga kepada mereka yang telah memberi pandangan dan komen-komen yang membina dalam blog Saya ini.

18 May 2009

Cacatan Mingguan



Pagi semalam (16 Mei 2009, Sabtu), Saya singah di sebuah kedai mamak jual roti canai di bandaraya Ipoh untuk minum pagi. Saya gemar ke situ, kerana dekat dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak (SUK) tempat lama semasa bertugas dengan bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib. Saya berkhidmat dengan beliau lebih kurang 17 tahun lamanya.

Ketika sedang bersarapan lagi, seorang yang memperkenal dirinya persara menegur dan memberi salam, sambil bertanya khabar? Beliau selanjutnya ingin tahu mengenai kemelut politik Perak. Begitupun, beliau berdoa agar segala-galanya selesai dengan cara yang baik.

Beliau amat kesal kerana insitusi Raja-Raja yang menjadi teras dan kemegahan ketuanan melayu kini telah dicemari atas tindakan mereka yang rakus untuk berkuasa secara paksaan dan menyulitkan rakyat.

Kenapa tergamak ada orang yang sanggup menderhaka kepada Raja sendiri? tanya lagi. Beliau juga merasa malu dengan kejadian di sidang Dewan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei lalu. Ia bukan sahaja kecoh, tetapi ganas dengan tindakan serang menyerang.

Bagus, katanya, berdasarkan laporan dan tontonan vedio, ADUN Barisan Nasional (BN) tidak bertindak balas. Rakyat dapat lihat gelagat buruk mereka yang terlibat.

Secara ringkas, Saya beritahu, kemelut itu boleh selesai jika Pembangkang menghormati proses demokrasi kerana sudah hilang suara majoriti di DUN. Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Bekas Speaker, V. Sivakumar pun begitu juga, jika mereka ini dan barisan Pembangkang yang lain menerimanya dengan hati yang terbuka, segala kemelut itu selesai.

Mereka tidak perlu menegak benang yang basah. Semasa, mereka memiliki majoriti selepas Pilihanraya UMUM (PU) yang lalu, bila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli mencadangkan bubar sahaja DUN, mereka menolak dengan tegas kerana mereka adalah majoriti.

Justeru, kenapa sekarang mereka pula yang beria-ria mahukan dewan dibubarkan. Persara itu sebaliknya bertanyakan kepada Saya, jika mereka yang dahulu mahukan DUN di bubarkan, sanggupkah mereka dahulu yang menggosongkan kerusi masing-masing, kalau mereka hendak sangat berbuat demikian?

Agaknya, kata beliau lagi Pakatan Pembangkang merasa terkejut dan malu barangkali selepas kehilangan kuasa, akibat tiga wakil mereka, 2 daripada Keadilan dan 1 DAP, bertindak keluar, dan sekarang menjadi BEBAS?

Pergaduhan dalam DUN, sebuah Insitusi penggubal dasar pun mereka tidak dapat mengawal diri, apa kah jika ada pilihanraya, mereka boleh menjamin keadaan aman dan tenteram?

Justeru, katanya pembubaran DUN bukanlah jalan penyelesaian, banyak yang akan rugi dripada untung. Takdirnya mereka kalah, sekiranya diadakan pilihanraya, apa kah mereka akan berpuas hati dan akan minta supaya diadakan pilihanraya semula?

PU 2004-2008, beza PAS - BN di Kelantan,cuma ssatu kerusi, tetapi BN tidak desak bubar DUN, tetapi di Perak BN kini memperolehi majoriti 3. Ini bukan soal BN takut.

17 May 2009

Zambry Umum JK Perhubungan UMNO Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dijangka mengumumkan perlantikan Jawantankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak pada mesyuarat Selasa ini (19 Mei 2009).

Mesyuarat tersebut adalah yang pertama dipengerusikan oleh Dr Zambry selepas dilantik Pengerusi UMNO Perak yang baru. Di mesyuarat itu, beliau akan mengumumkan Setiausaha Perhubungan yang sekarang disandang oleh Anggota EXCO, Datuk Ramly Zahari yang juga ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Bendahari Datuk Haji Mohd Zaim Abu Hassan, Ketua UMNO Bahagian Parit dan Ketua Penerangan sekarang dipegang oleh Datuk Azian Osman yang juga Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur dan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak ialah Datuk Seri Husni Hadzlah yang juga Menteri Kewangan 11 dan Ketua UMNO Bahagian Tambun.

Dr Zambry, yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut juga dijangka menubuhkan Biro-Biro dan melantik Pengerusi-Pengerusinya. Ketua-Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Negeri yang baru juga dijangka hadir di mesyuarat tersebut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan berpendapat tidak perrlu diadakan Pilihanraya Negeri Perak. Cara terbaik selesai krisis ialah dengan adakan sidang khas Dewan Negeri DUN (undi tidak percaya pada Nizar).


Status Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Muurugiah jadi tidak menentu bila beliau dan 6 lain disingkir dari PPP oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu semalam.


Lima disahkan layak bertanding Timbalan Presiden PAS. Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Dr Harun Din, Datuk Husam Musa, Mat Sabu dan penyandang Nasharuddin Mat Isa.


Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi UMNO Selangor semalam mengumumkan perlantikan Datuk Satim Diman sebagai Setiausaha, Datuk F D Iskandar Bendahari, Shukur Idrus Ketua Penerangan dan Datuk Seri Dr khir Toyo selaku Ketua Pemikir badan Perhubungan UMNO Selangor.

16 May 2009

Debat Zambry-Nizar


Setuju atau tidak sekiranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berdebat dengan Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung kemelut politik Perak?


Debat itu Saya cadangkan dibuat secara siaran langsung oleh mana-mana stesyen televisyen tempatan di Bandaraya Ipoh. Penganjurnya diserahkan kepada Agendadaily, Berita Portal yang berpengalaman dalam hal ini.


Agendadaily pernah menjadi penganjur bersama TV 3 dalam debat antara Ahmad Shabery Cheek VS Anwar Ibrahim yang diadakan di Bangunan Dewan Bahasan dan Pustaka, Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat.


Jika debat ini diadakan Saya percaya umum dapat penjelasan sebenar punca krisis politik di Perak, selepas Kerajaan Pakatan Pembangkang kehilangan suara Majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Runding No Syarat


Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ulangi nak jumpa bos-bos Pakatan pasal Perak tidak boleh ada SYARAT di pc lepas mesyuarat perhubungan UMNO Selangor di Shah Alam, (16hbMei 2009).
Dairi:
1)YAB Menteri Besar Perak akan merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan Bahagian Lumut pada hari Ahad (17hb Mei 2009) pada pukul 8.30 pagi di Dewan Merdeka, Manjung.

2.Pinda Tarikh: Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri Perak yang dijadualkan pada 18hb Mei 2009, hari isnin kepada 19hb Mei 2009, pukul 8.30 malam di arass 6, bangunan UMNO Perak,Ipoh.
3.Pertemuan dengan YAB Perdana Menteri, merangkap Presiden UMNO, Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 5hb Mei 2009, hari Selasa di Kuala Lumpur.
4.Pertemuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Timbalan Presiden UMNO pada 11hb Mei 2009, hari Isnin di Kuala Lumpur.
5.Bertemu YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 29hb April 2009, hari Rabu di Kuala Lumpur.
6.Istiadat Penganugerahan Pingat Bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Selasa 19hhb Mei 2009, Jam 9.30 pagi.
7.Mesyuarat Jemaah Pengarah PPK pada Selasa 19hb Mei 2009, jam 2 petang.

15 May 2009

Dr Mahathir Pun Tidak Setuju Bubar DUN Perak


Ramai yang bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahaathir Mohamed bahawa rakyat dah bosan dengan pilihanraya jika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarbarkan. Justeru beliau mencadangkan Barisan Nasional (BN) kemukakan undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin di DUN.

Bekas Perdana Menteri yang berkhidmat lebih 20 tahun itu pasti lebih faham dengan situasi politik sekarang maka sebab itu tidak setuju DUN Perak dibubar sebagaimana pendapat setengah pihak termasuk Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, kelmarin.

Pilihanraya bukan jalan penyelesaian Krisis Politik di Perak, sebaliknya kekalutan adalah disebabkan pihak Pembangkang,masih berkeras tidak mahu menghormati kedudukan majoriti yang diperolehi oleh BN di DUN pada masa ini.

Jika Pembangkang bersikap Gentleman dan bekerjasama dalam hal ini, isu kemelut tersebut telahpun lama selesai. Rakyat keliru disebabkan mereka lah yang mengelirukan fakta yang sebenar.

Soal 3 ADUN Pakatan Pembangkan yang keluar menjadi ahli BEBAS dan menyokong BN, itu adalah keputusan mereka sendiri. Kenapa, mereka keluar daripada Pakatan, tanyalah mereka sendiri, mereka yang lebih tahu.

Mereka bukan melompat masuk BN, mereka masih menjadi ADUN Bebas, tetapi menyokong Kerajaan BN. Tetapi bagaimana pula, bila ada seorang daripada ADUN BN (Datuk Nasaruddin Hashim) sebelum ini menyertai mereka, mereka kata tidak salah pula???

Justeru jangan lah asyek, bila untung kepada mereka semulanya halal, tetapi kalau BN, semuanya tidak betul. Kita tidak pernah mempertikaikan keputusan Mahkamah, tetapi bagaimana pula dengan mereka?

Alfatihah Kepada Allahyarham Jamai Arop

Saya dan Keluarga ingin merakamkan raaa dukacita dan Takziah kepada Saudara Aziz, Ketua UMNO cawangan Kampung Mesjid, Ijok dalam Dewan Undangn Negeri (DUN) Kubu Gajah, diatas kepulangan Ayahndanya Allahyarham, Haji Jamai bin Arop. 66 tahun yang telah pulang ke rahmatullah, semalam.

Menurut Aziz, Jenazah Bapanya, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan, Kampung Mesjid, selepas Asar. Dengan doa semoga rohnya diletakan disisi orang-orang yang solleh. Alfatihah.

Sementara itu, masalah yang telah dibangkitkan oleh Pak Lang Halim mengenai keadaa beberapa rumah daif dan memerlukan perhatian, wakil daripada pejabat saya telahpun melawat dan mengambil beberapa gambar. Kita akan cuba membantu secepat yang boleh, bergantung kepada peruntukan yang diperolehi.

Semalam juga, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah telah turun ke Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah untuk menemui penduduk yang memerlukan bantuan segera. Terima Kasih, tetapi Saya minta maaf kerana tidak dapat bersama, kerana tugas-tugas lain berhubung kain dengan kemelut politik Perak ketika ini.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kes mengenai Menteri Besar Perak, Kami ADUN terpaksa "Stand-by" menghadapi sebarang panggilan, mesyuarat dan perjumpaan. Justeru banyak program yang telah disusun terpaksa dijadual semula mengikut keadaan. Mengikut Jadual, Saya sepatutnya mengadakan majlis Penerangan Mengenai sidang DUN pada hari Selasa lalu. Begitupun, Jika ada apa-apa mereka boleh menghubunggi pusat Khidmat Saya di Kubu Gajah. Hubunggi Pegawai Khas Saya, Mohamed Ibrahim di HP 5785462 atau Pejabat 05 8393460.

14 May 2009

Dr Teng Jangan Celupar


Saya amat kesal dengan kenyataan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan yang meminta agar Dewan Negeri (DUN) Perak di bubarkan bagi menyerahkan kepada rakyat semula untuk membuat keputusan dan memberi mandat baru.

Jika, beliau seorang ahli politik yang matang dan berpengalaman, Saya ingin bertanya kepada beliau apa kah beliau benar-benar sedar dengan kenayaan seumpama itu. Apa kah beliau faham dengan situasi yang sedang berlaku? Masalahnya ialah pihak Pembangkang yang menjadi minoriti dalam DUN Perak, semenjak 6 februari lalu, tidak menghormati Majoriti yang telah diperolehi oleh BN bagi mentadbir semula Negeri Perak.

Dr Teng seharusnya bertanyakan Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Cheng Ko Youn mengenai isu dan kemelut Politik di Perak sebelum membuat sebarang komen yang membabi buta. BN tidak gentar menghadapi Pilihanraya, tetapi Kita kena faham apa kah jaminan Keamanan dan keselamatan jika ianya diadakan?

Pada Pilihanraya UMUM (PU) ke 12, GERAKAN tidak menang sebarang kerusi samada di peringkat DUN mahupun Parlimen, tetapi Ko Youn dilantik menjadi Penasihat kepada Menteri Besar Perak. Beliau kalah bertanding di kerusi Parlimen Beruas.

Sebagai rakan komponen BN, Teng seharusnya memberikan sokongan moral kepada kepimpinan BN Perak dalam menangani kemelut tersebut. Anehnya, Presiden GERAKAN, Tan sri Dr Koh Tsu Koon sendirpun tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tetapi, kenyataan Ting seolah-oleh menambahkan lagi desakan dan serangan Pembangkang terhadap BN sendiri dalam masalah yang sedang melanda Negeri Perak berhubung isu Menteri Besar.

Saya harap rakan-rakan komponen dalam BN lebih sensitif dan jauhilah sebarang tindakan yang boleh merugikan parti tersebut yang sekarang sedang menumpukan usaha pemulihan dalam menghadapi pilihanraya UMUM ke 13 tidak lama lagi.

Sebelum ini pun, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Lian Hoe yang juga Ahli Parliamen Gerik pernah mencetuskan kontrovesi kerana terlepas cakap.

Akurlah dengan nasihat Pemimpin supaya kita mengutamakan dalam menjaga keharmonian bersama dan bukan bertindak hingga mejejaskan tali persahabatan.

Saya mendesak agar Teng segera memohon maaf kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Dr Zambry yang juga Pengerusi BN Negeri Perak.

Teng seharunya memberikan tumpuan dalam memperkuatkan parti GERAKAN di Pulau Pinang untuk merampas kembali Kerajaan Negeri dalam PU akan datang, bukan sibuk menjaga " tepi kain orang."

Teng, bekas Anggota Kanan EXCO Kerajaan BN Pulau Pinang, juga kalah dalam mempertahankan kerusi DUNnya dalam PUN ke 12 yang lalu.

Saya harap Presiden GERAKAN memanggil dan memberi nasihat kepada Teng. Saya jauga telah menghubunggi Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Juan bagi menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Teng itu.

Kekanda DYMM Sultan Perak, Almahrum Raja Bahrum Shah selamat disemadikan

Rakyat Perak hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Kekanda Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebelum Jenazah Almarhum, Raja Bahrom Shah Ibni Sultan Yussuf Shah disemadikan di sebelah makaman Bondanya Toh Puan Dewangsa, Khadijah Ahmad di Batu Gajah hari ini.

Bagianda Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri, Tuanku Bainun Mohd Ali dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah turut berangkat mengiringgi jenazah Almahrum dari Kediamannya di Taman Canning, Ipoh. Selain kaum kerabat yang lain, turut sama ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir adan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak.

13 May 2009

Ziarah Jenazah Kekanda Sultan Perak

Bersana Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak yang lain, kami menziarahi jenazah Al Mahrum, Raja Bahrun Shah Ibni Almahrum Sultan Yusof, kekanda Tuanku DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah di Taman Canning di Ipoh, tenghari tadi.

Sebelum itu, kami berkumpul di Pejabat Menteri Besar kerana ada perjumpaan dan perbincangan, selepas Dr Zambry mempengerusikan Mesyuarat mingguan EXCO di Bangunan SUK, jalan Panglima Bukiut Gantang Wahab.

Ucapan Takziah turut disampaikan kepada Tuanku Sultan. Baginda dan Tuanku Raja Permaisuri Bainun Mohd Ali serta Kerabat yang lain berada di sisi jenazah Almahrum Raja Bahrum. Jenazah Almahrum dijadualkan disemadikan berdekatan makan bonda Tuanku di Batu Gajah pagi besok (14hb Mei 2009).

Jenazah Almahrum dijangka bertolak ke Batu Gajah, kira-kira pukul 10 pagi besok. Almahrum Raja Bahrum, menghembuskan nafasnya pada pagi Rabu 13 Mei di Kediamannya di Taman Canning.

Alfatihah, semoga roh Almahrum diletakan di sisi-sisi orang-orang yang solleh.

Al-Fatihah...Kanda DYMM Sultan Perak meninggal dunia

Al-Fatihah. Kekanda kepada DYMM Paduka Seri sultan Perak, Yang Amat Mulia Raja Baharom Shah ibni Al Marhum Sultan Yusof meninggal dunia, jam 10.40 pagi Rabu (13 Mei 2009) di kediamannya di Taman Canning, Ipoh.

Jenazah Almarhum akan dimakamkan bersebelahan makam bondanya di Batu Gajah selepas solat asar.

Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

12 May 2009

Kemelut Perak Dapat Perhatian Luar

Alhamdullilah, banyak juga SMS yang diterima daripada rakyat Perak yang berada di Luar Negara yang sentiasa mengambil berat mengenai kemelut politik Negeri ini.

Saya Mengucapkan terima kasih di atas pengiriman SMS daripada Dzulkernain, rakyat Perak yang tinggal dan bekerja di Mekah Al Mukaramah yang perihatin dengan Kemelut politik Perak dan berdoa agar Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan rakan-rakan Ahli Dewan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) akan diberi kesempatan mentadbir Negeri Perak demi masa depan Negeri itu sendiri.

Doa Saya senoga Dzulkernain sentiasa dalam peliharaan Allah S.W.T. dan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Semoga dengan doa kita semua BN akan dapat meneruskan usaha memajukan Negeri Perak sebagaimana yang telah dan sedang dirancangkan.

Zambry dan BN kekal


Semalam Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kami rakan-rakan Ahli Dewan Negeri (ADUN) dalam Barisan Nasional (BN) menerima keputusan Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur berhubung dengan isu Menteri Besar Perak dengan hati yang terbuka.

Pada hari ini pula Mahkamah Rayuan Putrajaya menerima permohanan Dr Zambry menangguhkan keputusan Mahkamah Tunggi semalam. Bermakna beliau kekal sebagai Menteri Besar dan Kerajaan BN terus mentadbir Negeri Perak.

Kami menerima berita keputusan Mahkamah Rayuan itu bersama-sama dengan Dr Zambry dengan rasa penuh syukur, ketika bersama pada majlis perjumpaan di Ipoh tengah hari ini.

Justeru kami harap pihak sebelah sana faham-faham sahajalah. Bersifatlah Gentleman macam kami.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini terbukti keterbukaan undang-undang dan demokrasi. Dr Zambry dan BN akan terus nebjalankan tugas sebagai Kerajaan Negeri sesuai keputusan Mahkamah.

Dr Zambry bekata yang penting BN ada majoriti dalam Dewan Negeri (DUN) dan Pembangkang wajar menerima hakikat ini. DUN Perak mempunyai 59 kerusi, BN 28, DAP 17, KEADiLAN 5, PAS 6 dan Bebas 3.

Pihak Media yang membanjiri sidang Ahbar Dr Zambry di bangunan UMNO juga kelihatan amat memafahami kemelut yang sedang melanda Negeri Perak dan berharap mereka sama-sama membantu memperjelaskannya kepada masyarakat seluruhnya.

Kerjasama sedemikian juga diharap akan turut diperolehi daripada media-media luar. Dr Zambry turut memuji Portal Berita Agendadaily dari Kuala Lumpur.

ISU MB PERAK

Saya berharap rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Perak (DUN) Barisan Nasional agar bertenang berhubung isu Menteri Besar Perak sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kita juga berharap ahli-ahli parti dan rakyat agar bertenang. Barisan Nasional (BN) akan membuat rayuan berhubung keputusan tersebut.

Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya menyatakan Menteri Besar cuma boleh disingkirkan melalui undi tidak percaya di DUN Perak.

Saya percaya kemelut politik Perak ini akan dapat diselesaikan dengan bijaksana tidak lama lagi.

DUN baru sahaja selesai mengadakan sidang dewan Khamis lalu dan kini mempunyai Speaker yang baru.

Selamat Menyambut Ulang tahun ke 63 Tahun UMNO

Selamat menyambut Hari Ulang Tahun UMNO yang ke 63 semoga parti keramat ini akan terus subur menjadi nadi ketahanan perjuangan Bangsa, Agama dan Tanah Air.

Dalam sambutan kali ini, UMNO diterajui Presiden Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak dan barisan kepimpinannya yang akan terus memikuil tanggung jawab untuk membawa perubahan dalam mengembalikan semula maruh parti itu sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang sedikit tejejas dalam pilihanraya UMUM ke 12 yang lalu.

Kita yakin Najib yang dibantu oleh Timbalannnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakan kembali perjuangan parti itu di landasan yang betul dan kekal sebagai teras meletakan bangsa di tahap yang tinggi dan bermaruah.

UMNO adalah parti yang ditubuhkan di istana dan kita akan terus menjaga kemuliannya walau di mana dan dalam bentuk cabaran apa sekali pun yang dihadapi, institus Raja-Raja ini adalah menjadi hal dan tanggung jawab kita mempertahankannnya.

UMNO adalah milik kita dan sayangi lah UMNO sebagai sebahagian darah daging kita.

9 May 2009

RAMAI YANG INGIN TAHU CERITA DUN PERAK

Hingga ke hari ini, masih ramai yang bertanya dan ingin mendengar cerita sebenar yang berlaku di sepanjang sidang Dewan Negeri Perak (DUN) Khamis lalu.

Mereka yang bertanya termasuk dari kalangan NGO. Bahkan, semasa sidang dewan sedang berlangsung pun Saya terima banyak panggilana dan SMS, hinggakan tidak menang tangan untuk membalas.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pun ada yang telah menalipon dan meminta untuk berjumpa kerana ingin mendengar cerita sebenar. Ada beberapa orang rakan sempat "mengusik jangan pulang rumah dulu, datang sini lah, dulu, kami tunggu ni."

Seorang rakan Saya juga terpaksa menangguhkan perjalanan pulang ke Ibu Kota, Kuala Lumpur, kerana tidak sabar hendak mendengar cerita sebenar berlaku di sidang berkenaan.

Dan ternyata ketika memperjelaskan perkara sebenar berlaku di sidang dewan Khamis lalu, ramai yang merasa dukacita dan tidak terfikir langsung keadaan seburuk itu.

Mereka cukup sedih kerana Pemangku Sultan Perak yang berangkat untuk merasmikan sidang dewan telah dihina sedemikian rupa hingga terpaksa menunggu berjam-jam lamanya sebelum berjaya masuk ke dewan untuk bertitah.

Ada di kalangan mereka juga terkejut bagaikan tidak percaya dengan sikap "cool" Saya malah bertindak pula menghalang rakan-rakan ADUN BN yang lain daripada bertindak menyerang pihak Pembangkang. Saya hanya melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih.

Kata Saya, Apa yang berlaku dalam sidang dewan khamis lalu adalah sejarah dan saya tidak mahu mengotor sejarah hidup saya dengan tindakan yang berbau kotor. Berdiam diri bukan bermakna kita mengalah. Mereka yang bertindak ganas dan liar pula bukanlah seorang hero.

Seorang kenalan berbangsa cina juga menyatakan kepada Saya betapa malunya mereka melihat kejadian yang berlaku dalam sidang dewan dan mereka tidak menyangka perkara seumpa itu boleh tercetus di Negara ini.

Katanya, Masyarakat Luar Negara beliau pasti turut mengikuti insiden buruk samada melalui Internet, media elektronik atau cetak dan beliau tidak dapat bayangkan jika ketika ini sedang berada di luar Negara dan dihujani dengan pertanyaan mengenai sidang dewan Perak.

Saudara Saya yang tinggal di Negara Jiran juga merasa hairan bagaimana peristiwa seburuk itu boleh tercetus dan memalukan. katanya, beliau berdoa agar perkara seperti itu tidak berjangkit ke tempatnya.

8 May 2009

TRAGEDI PAGI KHAMIS 2

Kemudian, selepas perlantikan ganeson diistyirahkan oleh Timbalan Speaker, dan Menteri Besar memakaikan Jubah Speaker, Hamidah mengusulkan penubuhan tiga Jawatankuasa Tetap Dewan iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan, Jawatankuasa Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Kecuali Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan, Jawatankuasa yang lain adalah dipengerusikan oleh Speaker DUN.

Kemudian, dewan ditangguhkan selama satu jam. Bila disambung, Sebaik dewan disambung semula, Ganeson mahu mempengerusikan mesyuarat, tetapi dihalang oleh beberapa ADUN Pembangkang, hingga mencetuskan ketegangan dan pertikaman lidah.

Dewan ditangguh sekali lagi untuk selama sejam. Bila disambung balik, Ganeson sekali lagi dikepung oleh ADUN Pembangkang dan berlaku perbalahan. Apa yang dikesali sepanjang sidang, DUN Pembangkang bertindak menyerang hingga ke tempat duduk Anggota-Anggota Kerajaan.

Barangkali disebabkan tidak tahan dengan gelagat ADUN Pembangkang terhadap Ganeson, akhirnya, berlaku pergelutan di tempat duduk Siva pula. Siva, daripada mula kami masuk ke dewan hinggalah sampai beliau diminat meninggalkan dewan, sedikit pun tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker.

Ketika itu berlaku pergelutan. Ganeson akhirnya, berjaya mengambil tempat duduk Speaker walaupun dalam keadaan berdiri, telah menjalankan urusan memsyuarat dengan menyatakan dewan ditangguh seketika untuk beliau menjemput Tuanku Pemangku Sultan masuk bagi merasmikan sidang dewan.

Sebaik, Tuanku mengambil tempat duduk, ADUN-ADUN Pembangkang tetap berdegil dan berdiri beramai-ramai di tengah ruang berdepan tempat duduk Speaker. Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamalauddin secara spontan bertanyakan Tuanku apa kah Speaker yang dipilih itu sah? Beliau dan Pengerusi DAP Perak, kemudian dilihat dititah naik mengadap Tuanku.

Sebaik turun, kesemua ADUN Pembangkang telah diarah oleh Nizar supaya kembali ke tempat duduk masing-masing.

Disepanjang titah Tuanku, ADUN kedua belah pihak begitu khusyuk mendengarnya. Pada akhir titah, Baginda turu dan bersalaman dengan kesemua ADUN, sebelum berangkat pulang setelah lebih 5 Jam meninggu untuk melakukan majlis perasmian.

Speaker kemudian menangguhkan sidang Dewan setelah diusulkan oleh Dr Zambry hingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Kebiasaannya ialah pada meluluskan bajet tahun 2010 sebelum akhir bulan November.

Sebelum dewan ditangguhkan pihak Kerajaan juga telah mengusulkan supaya segala urusan dan sidang dewan di bawah pokokyang dikendalikan oleh pihak Pembangkang pada awal bulan Mac yang lalu adalah tidak sah.

Dewan kembali reda selepas penangguhan itu. Saya sendiri berjabat tangan termasuk dengan rakan-rakan daripada pihak Pembangkang.

Persoalannya di sini ialah, Kenapa kejadian seburuk itu berlaku? Kenapa tergamak ada di kalangan ADUN yang bukan sahaja bertindak liar dan ganas, tetapi menghina Tuanku Pemangku Sultan Perak yang berangkat dan terpaksa menunggu berjam-jam untuk merasmikan sidang DUN?

Saya tidak dapat bayangkan jika ketegangan semalam berkesudahana sebagaimana yang berlaku di sidang dewan di luar Negara?

Alhamdullilah tiada siapa yang cedera. Sepanjang Saya menjadi Ahli Parlimen dan ADUN itulah peristiwa buruk dan memalukan yang pernah Saya lalui. Dua penggal di Parlimen, tidak pernah berlaku pergaduhan seumpama itu.

Justeru fikir-fikirkan lah,

DUN PERAK, TRAGIDI PAGI KHAMIS

Saya akan menceritakan segala yang berlaku sepanjang sidang Dewan Negeri (DUN) sepanjang ingatan Saya dalam blog ini, secepat mungkin semoga kita dapat berkongsi bersama.

Detik dan peristiwa yang cukup malu, ngeri dan menakutkan. perasaan ini turut dikongsi bersama oleh bebrapa pemerhati yang hadir dan menceritakan kepada Saya.

Bekas seorang Speaker juga melahirkan rasa takut ketika menghadiri sidang tersebut. Ramai juga teman-teman ADUN termsuk di sebelah pihak pembangkang yang juga ternyata-nyatakan dan merasa hairan kenapa sepanjang sidang tersebut Saya banyak berdiam diri dan bertindak menyabarkan rakan-rakan ADUN yang lain dan tidak sebagaimana biasa bila ada sidang dewan.

Rakan-rakan daripada Media juga merasa hairan dengan perangai Saya semalam. Saya cuma tersenyum ketika memnjawab pertanyaan mereka.

Sehari sebelum sidang bermula, Kami ADUN-ADUN BN telah berkumpul di Kediaman Menteri Besar Perak, bertemu dan membincangkan mengenai hal dewan yang akan kami hadapi keesokan harinya.

Saya tiba agak lewat kerana pulang daripada Kuala Lumpur. Begitupun, Mesyuarat yang dijadual bermula jam 8.30 malam masih belum bermula kerana menunggu ketibaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir dari satu majlis lain.

Semua ADUN BN hadir dan mendengar taklimat daripada Menteri Besar. Saya dan beberapa orang rakan yang lain juga ada memberi pandangan dan pendapat semasa sesi perbincangan tersebut.

Selepas pertemuaan kami berakhir, kami semua meninggalkan kekdiaman Menteri Besar. Saya tetap seperti biasa, tidak panik dengan sidang yang akan berlangsung keesokannnya, walaupun tidak menolak berlaku ketegangan sebelum sidang dewan bermula.

Namun, bagi menenangkan fikiran Saya bersama berberapa orang teman keluar untuk minum di sebuah restoran di Bandaraya Ipoh, menjelang pagi. Kebetulan restoran itu buka 24 jam dan ramai pelanggan sedang menonton perlawanan separuh akhir bola sepak antara Kelab Chelsea dan Barcalona.

Kebetulan ada juga beberapa orang teman yang sedang minum di situ. Selepas berakhirnya perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dan riuh rendah dengan sorakan, saya percaya penyokong kedua belah kelab, jam telah menunjukan pukul 5.30 pagi. Kami pun pulang.

Pada awal pagi Khamis, 7 Mei, setelah bersiap-siap Kami berkumpul di Pejabat Menteri Besar di Banguna Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab untuk sarapan pagi bersama Dr Zambry dan tetamu yang lain.

Kami sempat lagi berborak kosong sehingga semuanya telah berkumpul, kami bergerak keluar ke bagunan sebelah bagi menyambut keberangkatan Tuanku Pemangku Sultan Perak ke majlis pembukaan sidang dewan.

Keberangkatan tiba, Tuanku disambut Menteri Besar dan Speaker DUN serta isteri masing-masing. Selepas upacara memeriksa perbarisan selesai, Kami semua beredar ke Dewan persidangan.

Semua yang hadir termasuk kami diwajibkan melalui pemeriksaan keselamatan, sekaipun kami telah disediakan pas khas oleh pejabat SUK.

Dalam dewan, seperti biasa kami akan duduk di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh pejabat Speaker. Sebagaimana amalan biasa, Menteri Besar dan barisan EXCO serta ADUN daripada Kerajaan akan duduk di barisan sebelah kanan daripada tempat duduk Speaker.

Tetapi, setibanya kami, tempat duduk kami telah ditetapkan juga di tempat lama dan kami tidak terkejut dengan keadaan itu kerana kami telah menjangkakan ia akan berlaku.

Speaker DUN (V.Sivakumar) kemudian memaklumkan bahawa beliau telah menetapkan tempat duduk semua ahli dewan termasuk termasuk tempat duduk Setiausaha Kerajaan (SUK), Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan.

Beliau juga telah memerintahkan timbalan Speaker, SUK, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan agar mengambil tempat yang telah beliau tetapkan.

Namun, kerana didapati mereka enggan berbuat demikian, Speaker telah menggunakan haknya untuk meminta mereka keluar meninggalkan dewan.

Ketegangan mula tercetus, sebaik beliau meminta Menteri Besar dan Kesemua Enam EXCO keluar meninggalkan dewan. Beliau juga mengarahkan supaya ketiga-tiga DUN yang kini menjadi ahli Bebas meninggalkan dewan.

Setiasauha Dewan cuba menjalankan tugasnya, tetapi telah di halang. daripada tempat duduk asalnya hingga lah ke mana juga Encik Abdullah Untong cuba mendapatkan micro phone di mana-mana meja ADUN untuk bercakap.

Tetapi, Speaker tetap bertegas menyatakan bahawa sidang tidak akan bermula selagi, perintah beliau tidak dituruti. Pada ketika itu, Tuanku Pemangku Raja berada di Kamar Diraja menunggu untuk bertitah merasmikan sidang Dewan.

Akhirnya, Menteri Besar terpaksa mengusulkan Perlucutan Speaker. Di sini lah drama bermula. Dalam keadaan cuba dihalang oleh segelitir ahli pembangkang, Dr Zambry tetap meneruskan usul melantik Speaker Baru dengan disokong oleh Anggota Exco Hamidah Osman yang telah disambut sebulat suara 31 ADUN sebagai tandapa majoriti memilih Datuk R.Ganesoin. DUN Perak mempunyai 59 kerusi.

Bersambung.

7 May 2009

DEWAN PERAK KECOH

Saya cukup kecewa dengan apa yang telah berlaku sepanjang sidang Dewan Negeri Perak (DUN) pada hari.

Suasana tegang dan tidak berdisplin yang tidak seharusnya dipamerkan oleh anggota-anggota pembangkang. Sebagai pengubal Dasar dan Undang-Undang, mereka seharusya akur dan berpegang kepada semangat untuk menjalankan tanggung jawab dengan penuh didikasi.

Sekalipun berdepan dengan tentangan hebat daripada pihak pembangkang, bekas ADUN Sungkai, Datuk R.Ganeson akhirnya dipilih Speaker Dewan Negeri Perak (DUN) yang baru.

Nanam beliau dicalonkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambery Kadir dan disokong oleh Exco Hamidah Osman dan disambut sebulat suara oleh 28 anggota Barisan Nasional (BN) dan Tiga dari Bebas.

DUN menjadi kecoh apabila bekas Speaker V. Sivakumar dari pakatan Pembangkang enggan memulakan sidang, walaupun Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah telah sedia menunggu bagi melakukan majlis perasmian.

Pertikaman lidah dan suasana tegang dapat dilihat di antara dua belah pihak yang tidak berpuas hati dengan cara Speaker mengendalikan urusan Mesyuarat.

Baginda bagaimanapun, akhirnya dijemput masuk oleh Ganeson bagi memulakan majlis perasmian. Tuanku Raja Muda yang diiringi Tuanku Raja Puan Besar Perak kemudian bersalaman dengan semua anggota DUN sebelum berangkat pulang.

Sidang kemudian ditangguhkan hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

5 May 2009

FAMA Buka Pusat Pembekuan Durian

Ternyata FAMA begitu peka dengan saranan untuk memperluaskan lagi skop pemasaran hasil tempatan.

Kini sebuah lagi pusat pembekuan isi buah-buahan tempatan telah dibuka FAMA di Batu Kurau, selain yang ada sekarang di Sungai Petani dan Kangar di sebelah kawasan utara.

Saya menyuarakan pandangan sedemikian demi masa depan para petani. Diharap langkah FAMA ini akan menyakinkan lagi usaha mereka. Akhirnya kita lama kelamaan tidak lagi terlalu bergantung kepada mengimpot.

Bagi para siswazah yang berminat dalam bidang pertanian, FAMA juga Saya diberitahu sedia memasarkan segala usaha merekaa dan lebih penting, membantu mereka dalam soal menghasilkan produk yang brekualiti.

Pembukaan terminal FAMA di Simpang Pulai, dekat Gopeng satu lagi ere baru dalam usaha agensi berkenaan dalam megembangkan lagi bidang pemasaran produk tempatan. Terminal ini difahamkan boleh mensasarkan segala barang yang dipasarklan nilainya hingga rm 115 juta apabila mula beroperasi tidak lama lagi.

Ketika menemui Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badaruddin Amiruddin, di pejabatnya di Selayang, beliau memberitahu terminal itu akan menggantikan pasar borong di Jalan Lahat, dekat Menglembu.

Syabas dan tahniah kepada FAMA dan diharap agensi tersebut tidak akan jemu-jemu kearah mempertingkat dan memperluaskan lagi pemasaran segala hasil usaha petani dan penternak tempatan.

2 May 2009

Makanan Simpang 3 diperkenalkan di Ipoh

Amboi-amboi dengar cerita sebuah restoran makanan padang dari Sumatera akan dibuka di bandaraya Ipoh, tidak lama lagi.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rashdi Hashim difahamkan telah mengetuai serombongan 15 orang ke Medan bagi menyasikan satu perjanjian pembukaan restoran berjanama Simpang 3 dari Sumatera. Turut hadir ialah Wali Kota Medan, Affifuddin Lubis.

Restoran Simpang 3 makanan Padang itu adalah yang pertama dibuka di Ipoh. Restoran makanan Padang pelbagai jenaman banyak di Negara jiran. Ramai rakyat Malaysia yang gemar ke rumah makan berkenaan bila berkunjung ke sana.

Sementara itu, diharapkan juga restoran berjenama dari Malaysia dapat juga di buka di Medan bagi mengeratkan lagi silaturahim serumpun yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia.