Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad
Zainuddin bin Raja Haji Omar meminta Jabatan Parit dan Saliran (JPS) agar dapat
membaiki segera tebing sungai dekat Jambatan Kampung Teras Seberang yang rebak
akibat hujan lebat.
Beliau yang melawat dan melihat sendiri keadaan tebing tersebut merasa
bimbang jika tebing berkenaan tidak dibaiki segera, ia boleh mendatangkan
bahaya kepada jambatan yang berdekatan.
Jika jamabatan itu runtuh ia akan menimbulkan kesulitan kepada penduduk
kerana ia merupakan satu-satunya perhubungan penduduk di situ.
Kebanyakan rumah di Kampung Teras terletak berdekatan dengan Sungai.
Turut hadir Ketua Kampung Teras, Abdul Wahab Mat Yatam.