Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan pemimpin dan ahli UMNO harus lebih mesra dan ketepikan protokal untuk mendekati dan menawan hati rakyat.
Kemesraan itu jugalah yang diamalkan oleh UMNO Perak yang turun begitu ramai anggota rombongan ke Johor.
Dr Zambry yang juga pengerusi badan perhubungan UMNO negeri berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra sempena lawatan kerja parlimen Gelang Patah malam tadi.
Turut hadir ketua UMNO bahagian Gelang Patah, Datuk Aziz Sapian dan pemimpin ahli UMNO tempatan.
Diantara ketua-ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Seri Raja AHmad Zainuddin B. Raja Haji Omar (Larut), Datuk Mohamad Shaarani (Lenggong) dan Datuk Kusbari Talib (Tanjung Malim).
Ketua pemuda Negeri Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua wanita UMNO Perak, Datuk Rosnah Kassim juga hadir.
Dr Zambry juga mengajak ahli-ahli UMNO menjadikan sejarah di Perak selepas Barisan nasional (BN) berjaya mendapat semula kuasa pemerintahan selepas 11 bulan ditadbir oleh pembangkang.
Apa yang cuba digambarkan oleh Menteri Besar ialah ahli-ahli UMNO jangan mengalah dalam perjuangan demi bangsa, agama dan tanahair.
Mengenai Johor, Dr Zambry yakin UMNO dan BN akan terus kekal di pilihanraya umum (PRU) ke 13.