Template by:
Free Blog Templates

7 June 2010

Yusof Bekas Ketua Kampung





Saya ambil kesempatan menjenguk bekas pejuang dan pemimpin yang pernah berjasa keapda Masyarakat untuk bertanya khabar, sekalipun mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan kerana jasa mereka tidak boleh dilupakan begitu sahaja.


Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Ketika berada di Kampung Sungai Ara dalam DUN Kubu Gajah, Saya singgah di rumah Haji Mohd Yusof Dahee, 75 tahun, kebetulan ketika itu, di rumahnya sedang sibuk menyediakan masakan untuk kenduri kesyukuran keluarga mereka.


Haji Yusof masih sihat dan saya sempat bergurau dengan beliau. Beliau kini telah diganti oleh Haji Abdul Halil sebagai Ketua Kamung Sungai Ara.


Ketika menjadi Ketua Kampung, Haji Yusof seorang yang cukup aktif dan disegani ramai. Ketika beliau masih, khidmat saya adalah ADUN Batu Kurau.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Kamung di era bekas ADUN Batu Kurau, Haji Abdul Manan Mohd Ali, kini Orang Besar 32 Perak.


Haji Yusof begitu terharu dan gembira diatas kunjungan saya. Haji Yusof berharap masyarakat akan terus memberi sokongan keatas usaha Kerajaan membawa perubahan dan kemajuan.

5 comments:

Anonymous said...

kalau la semua pemimpin macam dato seri.. adalah menjadi satu kerahmatan di negara ini dan juga di bawah kepimpinan PM kita. nape la mereka x buat seperti dato seri. Sepatutnya mereka turun dari sekarang dan bukannya masa ada PRU atau PRK. Sy menyokong penuh kepimpinan PM tapi bosan pulak dengan kepimpinan bawahan. PM yang sibuk bermacam2 idea tp yang bawa pulak asyik nak kena ketuk baru berjalan. Sy tahu mereka ada kerja masing-masing tapi mana AJK2 parti yang memainkan peranan. Sepatutnya mereka ini sentiasa berjalan dan bertanya khabar. Jika dicalonkan xpayah lagi nak promote siapa dia tu dan dia ni. Orang pun suka kalau kita menonjol utk kebaikan tapi bukan utk mencari nama. Saya menyokong cara dato seri dan sy sentiasa melawat web dato seri. Sepatutnya mereka semua ada laman web or blog masing2 utk kami semua tahu apa aktiviti mereka. Thanx dato seri n work hard...

Wake UP! said...

Semua pemimpin patut turun padang agar dapat menyelami masalah rakyat.

Syabas dato seri kerana telah melakukan tindakan yang sewajarnya.

Lies by the Israeli terrorists.

Anonymous said...

YMDS,

Dapat saya rumuskan di sini lawatan YMDS lebih kepada pepentingan politik daripada ekonomi.

Memamnglah baik. tapi kalu hendak betul2 berpolitik mestilah YMDS pergi berjumpa mereka yang atas pagar.

Ramai YM lawati ialah mereka yang sudah tidak berbelah bagi.

Lagi satu yang saya pelajari dalam Sains Politik ADUN, ahli parlimen dan Senator lebih mementingkan pembahasan dan pembentukan rang undang-undung.

Banyak kerja yang YMDS buat ialah kerja Kebajikan Masyarakat,Ketua Kampung, Penghulu dan
ADO. Adakah mereka ini tidur. YMDS datang barulah mereka bangun.

Cuba bahaskan rang undang2 untuk memajukan tanah terbiar. Undang2 yang berkaitan dengan tanah terbiar terlalu ketat hingga kita tidak boleh berbuat apa2 kepada tanah terbiar.

Lagi satu tentang peraturan kecil perhilitan. Banyak monyet dibuag di hutan simpan Pondok Tanjung. Tak bolehkah dibuang ke Pulau. Dendalah perhilitan jika mereka buang di Pondok Tanjong kerana monyet ini banyak datang ke ADUN Kubu Gajah.

Kenapa perhilitan boleh mendenda kita sahaja. Bahaskan supaya kita boleh denda mereka jika monyet ini membiak di Tebing Tinggi, misalannya.

Begitu juga Pengurusi Majlis Perbandaran. Gantkan mereka jika cukai tidak boleh dipungut melebihi 50% seperti di Kuala Kangsar dan Grik. Ramai lagi orang kita yang pandai mengutip cukai.

Peraturan dan rang undang2 kecil yang perlu YMDS mantapkan,bukanlah buat kerja kebajikan masyarakat kecualilah hari Sabtu dan Ahad dan waktu malam, iaitu masa diluar pejabat.

Itulah yang saya pelajari daripada pelajaran Politikal Sains. Kalau salah bermakna pensyarah sayalah yang tak pandai mengajar.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas sokongan dan pandangan, semoga ia menjadi pendorong dan kata-kata semangat keapda saya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih didikasi.

Alkhatab said...

Tahniah, Dato Seri...dari dulu lagi saya bangga dapat pemimpin mcm dato seri...semoga kebaikan & amanah yg dato seri lakukan Allah membalas dgn diberi kejayaan di dunia & akhirat!!! WELDONE Dato seri.