Template by:
Free Blog Templates

20 June 2010

Kelab Belia ADUN Kubu Gajah Ditubuhkan






ADUN Kubu Gajah hari ini menubuhkan Kelab Belianya sendiri bertujuan untuk mendekatikan lagi hubungan dengan para remaja dan membantu menjalankan aktiviti yang berfaedah kepada mereka.

Perkara itu Saya umumkan di majlis penutup kursus kepimpinan belia peringakt DUN Kubu Gajah anjuran Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, tenghari tadi yang disaksikan oleh Ketua-Ketua Kampung dan Ibubapa.

Seramai 40 orang peserta kursus tesebut dipiih secara otomatik sebagai ahli Kelab tersebut dan seorang Pengerusi serta beberapa orang Jawatankuasa akan dilantik bagi menyelaras aktiviti yang akan diadakan.

Kelab tersebuit akan terbabit dengan program Pendidikan, Kebudayaan, Sukan dan Kemasyarakatan. Pengumuman mengenai penubuhan Kelab tersebut disambut dengan tepukan gemurah para peserta.

Sebuah Badan Kesenian termasuk penubuhan kumpulan Nasyid, Kompang, Kombo akan ditubuhkan yang akan dikendalikan oleh seorang Guru muzik bertauliah.

Kumpulan ini kelak akan mengadakan persembahan secara percuma di majlis-majlis kenduri kahwin dan keramaian yang lan.

Ahli-ahli yang terdiri dari kalangan anak muda juga akan dilatih untuk menjadi Mentara untuk majlis-majlis kenduri kahwin.

Kelab belia ADUN Kubu Gajah akan mengadakan perjumpaan pertamanya tidak lama lagi untuk menarik lebih ramai lagi remaja menganggotainya.

4 comments:

Wake UP! said...

Inilah sebaiknya agar belia dapat menjalankan aktiviti berfaedah dan tidak melakukan tindakan negatif yang merosakkan diri.

jebat said...

YMDS,

Teruskan mendekati golongan muda supaya mereka mendapat bimbingan yg sempurna.

SELAMAT HARI BAPA !

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak diadakan kursus motivasi supaya mereka melihat kerja seperti CEO, AGM dan President Syarikat lebih baik daripada jadi doktor, lawyer atau Menteri.

Masa saya dulu ramai nak jadi cikgu sahaja. Sebelum itu nak jadi polis dan askar. Kesihan KUBU GAJAH !

Macam mana nak jadi jutawan seperti CEO CIMB, RHB, Genting dll. yang penting dimotivasikan. Katakan pada mereka gaji CEO Genting $72,000 seminit dalam motivasi tersebut.

Begitu juga gaji President PETRONAS melebihi gaji Perdana Menteri. Kebanyakannya lulus Perakunan. Tapi tak semestinya.

Networking marketing dan global thinking lebih baik daripada lulus perakaunan. Kalau lulus akaunting tapi tak tahu pemasaran macam saya tanam nenaslah.

Ada CEO lulus perakaunan tapi tak pernah tulis 'annual report' pun ada, jadi beliau sentiasa menyuruh akauntannya menerangkan apa yang dia tak faham. Kadang2 saya ketawa juga melihatnya.

Sebab itu kompani mereka bankrap.

Panggil CEO memberi ceramah tentang bagaimana mereka naik hingga menjadi CEO Sime Darby misalannya atau syarikat2 lain
diceramah motivasi. Peserta mahu melita role model. Apa kata panggis Senator YB Idris Yala (orang Sarawak) buat permulaan.
Saya susah hati di Selama masih ramai hendak jadi doktor, lawyer dan engineer di Selama.

Buat masa sekarang memadai belia2 ini (ADUN KUBU GAJAH) menubuhkan koperasi/syarikat membela ikan IRWANA atau memebela burung layang2. Yang paling sesuai membela ikan ini ialah di kawasan depan markas PAS hingga membawa ke arah Sungai KRIAN kerana ada air jernih mengalir ke sungai tersebut

Perbelanjaannya (Kewangannya) bolehlah diperolehi dengan memberi tender untuk pengeluaran pasir dari sungai tersebut.

Cuba tanya taukey Cina/Melayu pengusaha pengeluaran pasir di Sg. Malau LUAR depan estet Sg. Malau. 4 bulan dulu ada brokernya bertanya saya untuk mengusahakan pengeluan pasir di hadapan rumah Encik Nazar Tebing Tinggi.

Dalam sukan galakkan mereka bermain tenis (sekali johan dunia sudah jadi jutawan)

Kesimpulannya, jadikan belia2 ini jutawan bukan lagi berebut2 hendak jadi wakil rakyat, akhirnya yang bekerja untuk mereka hanya JKK sahaja jika mereka jadi wakil rakyat. Mereka hanya lambai tangan belanja di kedai kopi sahaja.

Sekian supaya dapat membuka minda dan mengubah paradigma belia KUBU GAJAH.

Itulah harapan saya YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan, setuju sangat dengan komen tersebut. insyallah kita akan usahakan dari peringkat ke peringakt.