Template by:
Free Blog Templates

26 June 2010

Puteri dan kuasa






Pentingnya orang melayu bersatu jika mereka ingin terus berkuasa di negara ini.

Bila orang melayu berpecah, orang lain akan ambil kesempatan, kata saya di Majlis perasmian persidangan Agung perwakilan Puteri UMNO bahagian Larut pagi tadi.

Orang melayu tidak boleh memandang ringan soal ini dan tiada pilihan melainkan bersatu.

Mesyuarat yang dihadiri lebih 80 orang perwakilan dari 20 cawangan diadakan di sekolah kebangsaan Bagan Bahru dalam Dun Kubu Gajah.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamad Yusof.

Puteri penting dalam UMNO dan diharap mereka akan terus memainkan peranan dalam memperkasakan parti.

Ketua Puteri bahagian, Azariah Bidin dan pemerhati daripada Puteri Bahagian Lumut turut hadir.

3 comments:

jebat said...

YMDS,

Cantik cantik belaka wajah Puteri di DUN Kubu Gajah. Tak Patut kalau DUN KUBU GAJAH hanya menang tipis. Kecantikan PUTERI GAJAH tak seimbang kekuatan nya.

Saya sedar kemenangan bukan terletak kepada bahu PUTERI sahaja. Banyak perkara lain perlu diambil kira.

Kerana itu marilah kita sama sama berusaha supaya KECANTIKAN putri ini tidak di sia sia kan begitu sahaja.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan. sebenarnya itu adalah puteri umno bahagian larut bermesyuarat di bagan bahru dalam dun kubu gajah. mereka bermesyuarat bergilir-gilir tahun lalu di dun batu kurau.

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya Melayu berpecah sebab ramai hendak jadi pemimpin tapi nafsu kuat tenaga kurang.

Saya pernah hendak dicalonkan jadi timbalan tapi saya lihat lawan saya boleh buat kerja lebih kuat daripada saya. Kalau saya dipilih saya banyak mendelegasikan kerja saya kerana saya lebih menumpukan kerja saya di agensi kerajaan daripada kerja politik.

Mungkin kerja sebegini pernah dialami ADUN Selama kerana beliu juga kontraktor A. Macam mana nak buat kerja kontrak dan menjadi ADUN serentak. Saya ingin mendengar ceramah beliau tentang bagaimana hendak mengatasi perkara ini.

Perkara beginilah yang saya tak boleh buat. Jadi bagilah pada orang lain buat kerja (jadi pemimpin).

Kalau kita tidak berebut untuk menjadi memimpin sudah tentu Melayu dapat bersatu.

Sebagai contoh perebutan Ketua Bahagian antara YMDS dengan Timbalan Menteri Ahli Parliman Larut Selama.

Kalau pemimpin asyik menyuruh 100% pembantu mereka buat kerja/JKK eloklah ahli kita mencalonkan/mencari orang lain jadi pemimpin supaya kita dapat bersatu.

Sekian pendapat saya.