19 June 2010
Peranan Belia Penting
Belia-belia harus sedar pentingnya peranan mereka untuk sama-sama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan bermoral.
Justeru peranan mereka penting dalam membantu mengatasi masalah sosial dan pengaruh aktiviti yang tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah.
Ketika merasmikan kursus kesedaran dan kepimpinan Dun Kubu Gajah, saya turut menekan pentingnya masarakat belia terutamanya melihat gejala pembungan bayi oleh remaja terutamanya dan penderaan kanak-kanak sebagai masalah yang serius,
Belia-belia juga harus bersedia untuk bersaing dalam arus dunia global pada masa ini.
Kursus dua hari itu anjuran pusat khidmat masyarakat Adun Kubu Gajah untuk memberi kesedaran penting peranan belia dalam konteks pembangunan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya berpendapat dua kursus yang amat penting.
Dalam kursus yang pertama tentukan yang belia telah mendafatarkan nama sebagai pengundi (Inilah yang dikatakan KPI output). Tak guna berkerusus jika tidak digalakkan mereka beranggungjawab sebagai pengundi.
Kursus yang kedua kepada guru2 Cina dan India yang mengajar di sekolah dan juga AJK MCA dan MIC di ADUN Kubu Gajah. Belia Cina dan India yang ramai tak faham perlembagaan.
Kursus tersebut hendaklah juga disetakan penerangan asal usul orang Melayu daripada GUGUSAN PULAU-PULAU melayu BUKAN Indonesia, seperti pendapat Cina yang memberi komen dalam blog YMDS.
Saya telah membaca ada di antara orang Cina yang anti Melayu dan Islam dalam komen mereka tentang berita YMDS siarkan.
Mereka ingat mereka champion tapi orang Yahudi lebih champion daripada orang Cina. Orang Yahudi lebih kaya di US disebakan sifat penabong dan espirit de corp mereka. Kalau bercakap tentang rajin orang Melayu jadi rakyat Amerikan pun rajin juga.
Saya rasa Ginni koefisien orang Yahudi tidak sebesar orang Cina di Malaysia kerana orang Cina Malaysia asyik pandang Melayu bukan duit pada masa sekarang ini.Pada zaman Raja Bilah di Papan mereka pandang duit. Di Amerika orang Yahudi tak lawan Christian tapi mereka bantu orang mereka (espirit-de-corp). Adakah CEO Genting beri kerja eksekutif kepada orang Cina Rantau Panjang, Selama?
Yang paling banyak tomahan orang yang bukan Melayu adalah diskriminasi kerajaan.
Ini bermakna mereka tidak tahu perlembagaan Malaysia, asal usul orang Melayu dan positif diskriminasi.
Sebagai analogi (kiasan) jika se orang bapa mempunyai 4 orang anak. Seorang daripadanya menjadi doktor, seorang lagi menjadi CEO Genting Highlang, seorang lagi OKU dan seorang lagi tiada kerja.
Adakah bapa tersebut memperuntukan belanja kewangan yang sama banyak kepada keempat2 anak mereka.
Kalau sama banyak inilah yang dikatakan tidak adil. Macam bapa ayam. Tak patutlah kita katakan orang bukan Melayu hendak melahirkan 'bapa ayam" (sebagai bidalan saya sahaja). Kita takut anak yang tak kerja selalu melawan bapanya (demonstrasi di Baling dan Selama) kerana bapanya memberi wang samarata.
Jadi si bapa perlu memutuskan tindakan 'positif diskriminasi', bermakna memberi lebih wang kepada anaknya yang tidak bekerja dan OKU.
Perkara ini semua orang tahu. Tapi yang tidak mahu keamanan pura-pura tidak tahu.
Saya bersyukur CINA di kawasan ADUN Kubu Gajah yang saya jumpai tidah pernah bercakap demikian kepada saya.
Saya nampak ramai juga Cikgu Cina di daerah Selama yang tidak faham perlembagaan.
Saya pernah mengajar di Sekolah Cina Rantau Panjang seketika dahulu. Ada pelajar darjah 4 suruh saya balik hutan.
Begitu juga di Chung Ling mereka beri poster tentang banyak perankap yang dikenakan kepada pelajar Cina supaya mereka tidak lulus peperiksaan.
Tapi keluarga saya yang tak dapat naik darjah ialah disebabkan tidak lulus Matematik atau Sains pada zaman itu. Dan seterusnya Bahasa Inggeris. Sebaliknya apa yang terjadi 40 pelajar saya dapat distinction dalam Bahasa Melayu SPM semasa saya mengajar di Chung Ling. Adakah BM jadi perangkap? Walhal saya dan Muniandy dan Ah Chong di Kubu Gajah cakap Melayu bukan Bahasa Inggeris kalau tak percaya jumpa saya di kedai kopi Kubu Gajah apabila becakap dengan orang India atau Cina. We in Kubu Gajah talk in Malay. Kalau you cakap Inggeris Muniandy yang mula-mula meninggalkan meja kedai kopi
Sekian YMDS.
Post a Comment