Template by:
Free Blog Templates

25 June 2010

Guru rakan ilmu





Dekatilah guru dan jadikanlah mereka rakan. Itu adalah pesanan ringkas saya ketika mengadakan perjumpaan dan makan tengah hari dengan guru-guru sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah.

Dalam kunjungan sempena hari guru, saya juga berharap dan berdoa agar sekolah tersebut mencapai keputusan cemerlang dan menjadi sekolah contoh.

Selain sekolah menengah Kubu Gajah, sebuah lagi sekolah menengah di Dun Kubu Gajah ialah Sekolah Menengah Redang panjang.

Tidak dinafikan sekolah menengah mengalami kekurangan pelajar. Justeru sebuah asrama wajar di wujudkan.

Jika tidak ibu bapa lebih berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah Redang Panjang atau sekolah menengah Datuk Haji Hussein Selama.

Perjumpaan itu adalah sebagai menggantikan majlis perasmian PIBG Sekolah Menengah Kubu Gajah yang bertembung dengan hari sidang Dun Tempoh hari.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selalunya ibu bapa murid minat mengirimkan anak mereka ke sekolah yang 'well-established'.

Ini bermakna Selama lebih 'well established' di daerah Selama.

Yang kedua Redang Panjang dan Sungai Bayor.

Tapi Sg. Bayor pernah mmemahat nama dalam bidang bukan akademik. Perkara beginilah yang kita mahu. Begitu juga Selama dalam perbahasan ia sangat terkenal.

Kubu Gajah dan Redang Panjang hendaklah berbuat sesuatu (tidak semestinya dalam bidang akademik).

Saya ingat kita perlu memotivasikan guru-guru di Redang Panjang dan Kubu Gajah selain daripada memotivasikan pelajar sahaja.

Pengelaman saya murid lemah ialah disebabkan kurang latihan kerana guru tiada masa untuk memeriksa latihan murid. Sebab itu guru tuition lebih berjaya kerana latihan menjawab selalu dipraktiskan.

salah satu cara ialah mencari pengurusi persatuan ibubapa yang 'educated' tapi ramai anaknya yang lemah dalam peperiksaan. Pengurusi begini akan mendesak sekolah berterusan kerana anak2nya lemah dalam pelajaran.

Cara yang terbaik sekali, anak2 guru yang mengajar di sekolah tersebut hendaklah memasukkan anak mereka ke sekolah yang sama (sekolah yang mereka ajar (Redang Panjang dan Kubu Gajah)). Jangan hantar ke Convent atau King Edaward Taiping.

Dari segi psikologi guru di mana anak mereka belajar akan lebih bersungguh2 mengajar murid2 di sekolah tersebut jika anak2 mereka berada di situ.

Sekian pendapat saya YMDS.

Anonymous said...

saya ingat kita perlu memotivasikan guru-guru di Redang Panjang dan Kubu Gajah selain daripada memotivasikan pelajar sahaja. p

saya rasa sedikit kecewa dengan tuduhan guru smk redang panjang dan smk kubu gajah tidak bermotivasi. tuduhan melulu begini akan membuatkan guru2 kecewa.

sepatutnya... komen terhadap smk redang panjang dan kubu gajah patut melihat masalah geografi. redang panjang terletak dipinggir hutan, tidak ada akses pengangkutan yang mebuatkan sekolah ini terpinggur. manakala kubu gajah saya rasa tersilap pemilihan tempat. mungkin tidak ada kajian mendalam terhadap pemilihan tempat dilakukan. jadi... jangan salahkan guru dan pelajar... sdalahkan juga orang mencadangkan tempat sehinga smk kubu gajah di tempat yang tak strategik...

Anonymous said...

Assalamualaikum,
YMDS,
Saya tertarik dengan komen sdr anonymous terhadap posting DS yang bertajuk "Guru rakan ilmu".

Untuk makluman DS, saya kurang bersetuju dengan komen yang membawa maksud bahawa guru-guru smk redang panjang kurang bermotivasi.

Untuk makluman DS, saya berkhidmat sejak 9 tahun lalu. Apa yang saya perhatikan dakwaan yang mengatakan guru sekolah ini kurang motivasi adalah kurang tepat. hal ini kerana, sepanjang pemerhatian, pemantauan dan penyeliaan boleh dikatakan rata-rata guru adalah bermotivasi dan bersemangat tinggi
untuk bertugas.

Pihak sekolah pula dari masa ke semasa menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan motivasi guru. Pihak pentadbiran sekolah membuat pelbagai bengkel dan kursus untuk mengupayakan guru. Kami menjemput pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran seperti dari USM,UUM,IAB dan pesara kerajaan yang berpengalaman untuk membantu pihak sekolah. Walau bagaimanapun, kita tidak pernah mewar-warkan kepada pihak luar gtentang aktiviti ini.

Selain itu, pelajar-pelajar yang masuk ke sekolah ini adalah pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana. Biasanya, pelajar cemerlang akan terpilih ke sekolah berasrama penuh, sekolah kawalan dan KRK. Jadi, yang tinggal di sini adalah pelajar yang bukan 'cream' dan perlu digilap untuk mendapat 8 A dalam PMR.

Walau bagaimana, sekolah ini mampu menghasilkan pelajar 8A dalam PMR dan tahun 2009 sekolah ini menghasilkan dua pelajar 8A dan seorang pelajar 7A 1B.

Selain itu, sekolah ini juga agak cemerlang dalam bidang kokurikulum apabila berjaya menjadi naib johan bola jaring LMS (seorang pemain terpilih mewakili negeri/perak menjadi naib johan kebangsaan), johan bola baling LMS, naib johan bolatampar LMS serta naib johan olahraga zon batu kurtau (sekolah rendah) dan wakil sekolah dinobatkan sebagai olahragawati zon.

Untuk pengetahuan DS, pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti dan program bagi mengupayakan pelajar supaya menjadi pelajar cemerlang. Program ini adalah program yang dilangsungkan sepanjang tahun dan melibatkan wang yang agak banyak. dalam sesetengah program, guru bukan sahaja terpaksa mengorbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit juga perlu dikorbankan.

Anatra masalah yang dihadapi pihak sekolah ialah:
a) pelajar kurang bermotivasi lantaran tiada model yang boleh dicontohi. semua pelajar yang berjaya tinggal dan bekerja diluar kawasan.
b) kemudahan pengangkutan. Lantaran masalah ini banyak program melibatkan pelajar tidak dapat dijalankan terutama pada hari sabtu. Selain itu, pelajar tiba lewat ke sekolah kerana tiada pengangkutan awam.

Saya rasa setakat ini pandangan saya terhadap posting DS. Keprihatinan DS dalam hal pendidikan amat disanjungi.

Sekian. Terima kasih.

Haji Abdul Malik b Hj Abd Ghani
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Redang Panjang (MK)
Ijok
Batu Kurau,
Perak