Template by:
Free Blog Templates

27 June 2010

Judi bola

Saya turut menyambut baik dan mengalu-alukan langkah kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruan sukan.

Pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri, datuk seri mohd najib tun abdul razak itu melegakan ramai pihak yang menyifatkan pertaruhan sukan bukan lah satu budaya yang sihat terutama jika ia membabitkan generasi muda.

Sejak pengumuman lesen judi itu hendak dikeluarkan ia telah mencetuskan kontrovesi dan keresahan serta ramai yang membuat bantahan.

Kerajaan Perak adalah diantara yang tidak bersetuju sekiranya lesen pertaruhan sukan itu dibenarkan oleh kerajaan pusat sebagaimana yang ditegaskan oleh menteri besar, datuk seri dr zambery abdul kadir.

Datuk Seri Najib telah memberi alasan yang menasabah kenapa kerajaan pusat tidak akan mengeluarkan lesen tersebut dan ia harus diterima demi kebaikan.


Sebarang bentuk judi tidak boleh diterima oleh mana-mana negara islam tidak seperti negara-negara lain. soal pertaruhan tetap juga berlaku sekalipun secara haram, ia bukan satu isu yang harus di timbulkan.


Dalam pertandingan bola sepak piala dunia yang sedang rancak berlangsung, ramai yang telah ditangkap terbabit dengan pertaruhan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit.


Berdasarkan laporan, malaysia adalah diantara lokasi yang membabitkan pertaruhan bola sepak piala berikutan dengan beberapa siri tangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa.


Ternyata dalam keasyikan peminat mengikuti perkembangan kejohanan yang berpristej itu, ada pula yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan pertaruhan secara haram.


Satu persoalan yang timbul di sini apa kah disebabkan pertaruhan yang terlalu besar itu, menyebabkan kejohanan piala dunia kali ini kurang berseri sepertimana piala dunia yang telah sudah termasuk yang dianjurkan oleh benua asia iaitu di korea selatan dan di jepun.

2 comments:

jebat said...

YMDS,
Salam Bahagia,

Memang sepatutnya kerajaan tidak mengelurkan lesenjudi dari awal lagi.

Ianya tidak dikeluarkan berdasarkan larangan ALLAH tentang judi. Bukankerana pendapat umum.

Kita buat seustu biarlah "kerana ALLah" Insya Allah ada keberkatan nya.

Yang ikhlas

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan.