Template by:
Free Blog Templates

8 June 2010

Haji Ibrahim di Bagan Kolam



Ketika singgah di Kampung Bagan Kolam, Kampung Mesjid, Ijok Saya tidak melepas peluang berjumpa dengan bekas tokoh Kampung di situ, Haji Ibrahim bin Ahmad.


Haji Ibrahim, 84 tahun masih sihat dan kuat dan kaya dengan senyuman ketika saya bertemu beliau. Beliau amat senang menerima tetamu. Sepanjang hayatnya beliau cuma menghisap rokok daun.


Saya beruntung dapat bertemu dengan Haji Ibrahim, ketika singgah di majlis kenduri perkahwinan anak Haji Mohd Radziman bin Othman, 78 tahun, seorang yang amat disegani di Kampung Bagan Kolam.


Haji Ibrahim amat gembira dengan kedatangan saya, sambil bertanya khabar. Katanya, beliau akan terus memberikan sokongan dalam membangunkan Kampung Mesjid bagi faedah penduduk tempatan.


Haji Mohd Radziman dan isteri, Hajjah Rozinah binti Ahmad serta keluarga juga gembira dengan kehadiran saya. Saya ambil kesempatan beramah mesra dengan mereka.

3 comments:

Wake UP! said...

Setiap pemimpin perlu mesra rakyat seperti Tun Dr Mahathir.

Walaupun di zaman pentadbiran Tun ramai yang dikenakan ISA, tapi kerana sikap mesra Tun kepada rakyat, rakyat masih menghargai jasa dan ketegasan pentadbiran beliau.

It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

Saya sendiri juga menghadiri majlis kenduri yang dianjurkan oleh bukan orang umno, sekdar mengeratkan perpaduan ummah.

Anonymous said...

YMDS,

Ada baiknya juga YMDS berbual dengan anak cucu mereka kerana mereka ini dalam golongan 68% yang berdiri atas pagar. Kalau tak silap yang 34 % pun akan mengundi PAS di pilihan raya yang akan datang.

YB Kamalanatan menggunakan teori ini semasa pilihanraya Hulu Selangor baru2 ini tapi beliau tiada masa untuk bertemu mereka.

!5 % yang betul2 sangat tegar mengundi akan tetap mengundi PAS. Tak boleh buat apa2.

34% lagi tidak bencikan UMNO tapi suka komen tentang pemimpin UMNO. Kumpulan ini masih boleh diberikan penerangan tentang pemimpin yang mereka tidak sukai.

Terima kasih YMDS