Template by:
Free Blog Templates

3 June 2010

Bersyukur Sukarelawan Malaysia Selamat

Kita bersyukur sukarelawan Malaysia dalam misi membantu di Gaza selamat dan berdoa mereka segera sampai pulang ke Tanahair.

Semalam dalam satu program secara langsung di RTM Ipoh, Saya turut menyeru tindakan segera semua pihak untuk membawa pulang mereka dengan ke tanahair dalam apa cara sekalipun.

Kerisauan teman Saya, Datuk Azuma Tak, bekas Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat menegenai anak beliau, Ahmad Faisal salah seorang sukarelawan yang turut sama ke sana, kembali lega dengan perkhabaran baik itu serta usaha Kerajaan Malaysia untuk membawa mereka pulang.

Beliau yang juga bekas Senator menghubunggi Saya sejak hari Selasa lagi meminta agar masalah yang menimpa sukarelawan malaysia itu segea diatasi kerana kerisauan beliau dan seluruh keluarga.

Begitulah juga dengan Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan mengenai kerisauan beliau keatas Timbalan beliau, Mohd Niza Zakria yang juga Ahli Parlimen Parit.

Terima kasih kepada semua media cetak dan elektronik yang memberi kerjasama penuh dalam memberi maklumat mengenai terfkini untuk pengetahuan keluarga terlibat dan juga rakyat malasia seluruhnya/

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita harus melihat dalam
kontek yang lebih luas untuk menangani regim Israel.

Apabila saya berjumpa orang Arab saya lihat mereka sombong sedikit kepada orang kita.

Orang putih diberi gaji lebih daripada orang kita.

Di lapangan terbang orang putih masuk tanpa sekatan dan dengan senyuman tapi kita masuk banyak soal.

Kecualilah negeri2 Arab yang pernah berperang dengan orang putih.

Kalau orang Arab sombong macam mana kita hendak bersatupadu.

Kalau saya tengok orang Arab di sini mereka mahu pergi ke rumah yang besar2 sahaja dan jumpa hanya mereka yang berpangkat tinggi/boss. Saya mereka tak pandang langsung. Macam seleberiti Hindustan. Kita yang melompat2 melihat mereka tapi mereka tak pandang langsung pun kita semasa mereka datang ke sini.

Kalau YMDS jumpa orang Arab beritahu mereka pengelaman saya ini.

Jika kita tidak bersatupadu kita akan sepanjang masa akan menggunakan dolar Amerika untuk berdagang.

Saya rasa lebih baik guna dolar Singapura darpada Amerika.

Amerika kaya bukan kerana hasilnya tapi Saddam Hussein pun pakai Dolar Amerika walaupun beliau anti Amerka. Kita anti mereka tapi kita kayakan mereka. Tak bolehlah anti kalau begini caranya.

Sekian. Untuk makluman YMDS.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih atas pandangan, insyallah jika saya berpeluang bertemu mereka akan saya sampaikan pandangan saudara itu. saya amat setuju orang islam mesti ikhlas dalam memjuangkan nasib umat islam itu sendiri.