Template by:
Free Blog Templates

24 June 2010

Mana bantuan Abdul Rahman?



Petang semalam, sekalipun dalam hujan, saya sekali lagi ke rumah warga emas, Haji Abdul Rahman Bin Ismail yang terlantar uzur di rumahnya di kampung Sangkut di Ijok.

Sedihnya dua kali pegawai jabatan kebajikan masyarakat (JKM) datang buat penyiasatan, tapi hingga kini belum ada apa-apa jawapan.

Dan sebelum saya sampai, ketua kampung Sangkut, Mohd Zan Bin Mohd Kassim yang turut binggung memberitahu pegawai JKM ada datang lagi. Bermakna sudah 3 kali.

Abdul Rahman, 83 tahun yang tinggal sendirian terlalu uzur dan kalau sebelum ini beliau masih mampu bangun dan berjalan, tapi tidak lagi sekarang.

Yang menjadi tanda tanya kenapa sampai tiga kali pegawai JKM datang buat penyiasatan, tapi masih tiada sebarang jawapan?

Saya akan bangkitkan pekara ini dalam mesyuarat tindakan daerah minggu depan.

Abdul Rahman yang menangis, sebak dan hiba dengan kedatangan saya adalah seorang cukup aktif dalam kegiatan kemasyarakatan sebelum uzur.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Mungkin kriteria Jabatan Masyarakat tidak sama dengan kriteria YMDS.

Pengelaman saya ada orang yang uzur tapi anak2 mereka sangat lumayan. Munkin kerana berkahwin dengan isteri yang dah kontrol, jadi mereka tak dapat pulang untuk melihat ayah mereka yang uzur.

Hendak bawa bapa yang uzur bapa tersebut pula tidak mahu meninggalkan rumahnya. Terlalu sentimental. Inilah orang Melayu.

Saya tak tahu dengan kebajikan masyarakat. Selalunya peruntukan tidak selaras dengan perancangan PERSEKUTUAN. Mungkin kerajaan persekuatauab memberi peruntukan yang sama kepada semua daerah mengikut kepadatan penduduk tetapi bukan mengikut daerah yang paling miskin di tiap2 negeri seperti Selama di Perak, Baling di Kedah, Ulu Kelantan, di Kelanatan, Penggerang di Johor dll.

Sepatutnya daerah yang miskin dilebihkan, tak semestinya mengikut kepadatan.

Munkin Jabatan Masyarakat Selama membuat perancangan berdasarkan unjuran mengikut kadar yang tetap bagi tiap-tiap tahun.

Akhir sekali munkin YMDS tidak rapat sangat dengan Pegawai Masyarakat Selama seperti Pegawai RISDA kita

Kalau kita tak rapat dengan Menteri Besar atau Menteri Kewangan mungkin Selama tidak akan maju sampai bila2 walaupun YMDS adalah ADUN yang paling rajin sekali turun padang.

Cuba lihat D.S. Rahim Tamby Cik. Beliau sangat rapat dengan Perdana Menteri yang dahulu. (macam anak angkat saya lihat). Sebab itu Melaka membangun walaupun ia sebesar negeri Perlis.

Pengelaman saya kerja kuat pun tak menjadi kalau tiada 'net-working'.

Saya kerja siang malam di kebun tapi tiada kawan. Macam itulah sampai bila2.