Template by:
Free Blog Templates

21 June 2010

Elak fitnah jika ingin maju





Rakyat diminta elakan diri terjebak dan terpengaruh fitnah jika ingin mahu terus maju.

Agensi Kerajaan mengadakan program bukan untuk propaganda, tetapi menyampai dan memberikan penjelasan dasar-dasar kerajaan.

Saya berkata demikian ketika berucap menutup program sepakat komuniti Bistari peringkat daerah Larut Matang dan Selama di Sungai Bayor malam tadi.

Sebaliknya rakyat disarankan mengutamakan perpaduan untuk hidup dalam aman sentosa.

Jika rakyat faham dasar-dasar kerajaan mereka tidak akan mudah termakan hasutan kumpulan yang tidak bertanggung jawab.

Isu penarikan subsidi umpamanya diperbesar-besarkan oleh kalangan yang berpentingkan politik untuk menjatuhkan kerajaan.

Program dua hari itu anjuran jabatan penerangan daerah membabitkan lebih 30 Jabatan Kerajaan.

Pada Majlis penutup itu kumpulan klasik Adun Terong telah menghiburkan lebih seribu orang termasuk penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Suhaimi Shamsuddin yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dalam pilihan raya yang akan datang banyak fitnah akan di lemparkan.

Sepatutnya UMNO Perak hendaklah mengumpulkan lawyer2 mereka. Jika ada orang yang memfitnah seseorang, lawyer2 ini akan bangkit memperjuangkan kebenaran.

Orang kita ni kalau nasihat tak makan saman. Besok mereka fitnah lagi mengatakan kita datang dari INDON tapi kita datang dari Gugusan Kepulauan Melayu. Dulu tak ada Indonesia atau Malaysia.

Tujuan dinamakan Indonesia dan Malaysia ialah untuk menyatukan rakyat yang bercakap Melayu dan mempunyai budaya Melayu atau Indonesia di Indonesia.
Kalau tangkap mereka yang memfitnah saya rasa pilihan raya yang akan datang akan menjadi lebih aman dan damai.

Singapore terkenal kerana menguatkuasakan undang-undangnaya.

TANGKAP MEREKA YANG MEMFITNAH.
JANGAN BAGI CAN. Kalau kita tak berani tangkap bermakna mungkin kita yang difitnah itu bersalah.

Sekian untuk makluman YMDS.