Template by:
Free Blog Templates

1 June 2010

Kadar jenayah Perak menurun





Kadar jenayah lima bulan pertama di Perak semakin menurun dan bandaraya Ipoh ketara sangat dengan 28 peratus.

Ini adalah berkat kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sejak mengambil alih pentabiran.

Masyarakat terlalu risau kes ragut dan samun jalanan, namun kes semakin menurun berbanding tahun lalu.

Dalam taklimat yang disampaikan kepada Menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Dr. zambry, polis meletakkan sasaran minus 50 peratus jenayah di Perak.

Isteri Datuk Seri Hishamuddin dan Dr Zambry, ketua polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan ketua cawangan khas negeri, Datuk Sulaiman Mohamed turut hadie di taklimat tertutup itu.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS

Kadar pencuri/penyamun di DUN Kubu Gajah semankin bertambah tapi mereka yang kena tidak mahu melaporkan kepada polis sebab mereka yakin polis tidak boleh menangkapnya kerana maklumatnya tidak lengkap.

Saya rasa rumah YM Raja Omar pun telah dimasuki pencuri.

Baru-baru ini rumah saya dua chain saw hilang pada jam 11.00 pagi semasa saya keluar rumah.

Polis tak boleh buat apa2 atas alasan lambat melaporkan perkara tersebut.

Lori pun hilang dekat korner simpang Lembah Keluang.

Polis ada meronda tapi tidak pakai periman. Kalau pencuri lihat lampu biru mereka masuk ladang kelapa sawit. Pencuri kelapa sawit mencuri semasa orang sembahyang Jumaat.

Polis juga tidak mengambil maklumat mereka yang tidak bekerja setelah lewat malam.

Peronda pemburu babi lebih perihatin dan berhati-hati setelah jam 3 pagi.

Cuba yang berhormat turun padang setelah satu pagi dan lihat ke dalam hutan getah atau kelapa sawit. Manalah tahu berjumpa dengan mereka yang mencuri wire.

Sekian untuk makluman YMDS.

TK

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

datanglah jumpa saya kenapa tidak datang jumpa sama-sama kita bincang macam mana hendak atasi masalah ini.

Wake UP! said...

Saya percaya cakap Anon. Kejadian ini bukan di Perak. Pernah ibu saya diragut begnya. Di dalam beg ada cek yang sudah dibatalkan dan dimaklumkan ke bank. Bila peragut ingin menunaikan cek, pihak polis dimaklumkan. Tapi kenapa peragut itu masih bebas? Tak didakwa oleh polis pun?

Apostate and tithe.