Template by:
Free Blog Templates

7 June 2010

Lawat dan Ziarah









Selepas menziarahi jenazah Allahyarham, Haji Abang Hamid bin Haji Ali, 73 tahun yang telah pulang ke rahmatullah di rumahnya di Kampuing Sungai Sumut, Selama, Saya singgah melawat seorang pelajar yang terlibat dengan kemalangan jalanraya.


Mohd Firdaus bin Mohd Saufi, 21 tahun adalah pelajar sebuah Kolej dan tinggal bersama keluarganya di Taman Permai, Selama.


Kemudian, selepas mesyuarat Agung UMNO Caangan Kampung Kelian Chenie, Saya melawat anak Abdul Karim, Setiausaha JKKK Sungai Ara, Abdul Muiz, 18 tahun seorang OKU di rumah beliau di Kampung Haji Mat Asit.


Saya terpegun melihat sebuah Perpustakaan keluarga Abdul Karim yang dibina di dalam rumah Abdul Karim sebagai galakan kepada pelajar Kampung untuk membaca dan membuat rujukan.


Beliau turut memohon bantuan untuk menyambung kerja-kerja menambah ruang bilik di rumahnya bagi kegunaan tetamu.


Kemudian, di Kampung Nangka, Batu 20, Saya melawat Ibu Tunggal yang juga warga emas, Gayah binti Musa, 76 tahun, yang tinggal bersama anaknya seorang oku, Noriah binti Abdul Rahman, 51 tahun dan Munah binti Ishak, 78 tahun, sebelum ke rumah Tajul Saaran bin Abdul Rahman, 48 tahun yang terlantar sakit.


1 comments:

Anonymous said...

YMDS.

Di Brunei elaun bersara adalah sejumlah separuh gaji akhir dan apabila umur meningkat 60 tahun elaunnya balik sejumlah gaji akhir.

Di Sweden, Norway dan Denmark orang tua2, OKU, orang sakit mendapat perhatian yang diutamakan. Mekeka boleh naik bas percuma, tengok wayang percuma, mendapat elaun sara hidup warga emas. Rumah orang tua2 macam hotel 3 bintang.

Saya lihat dalam perhatian saya YGDS sangat perihatin tentang golongan ini. SYABAS.

Tugas wakil rakyat seperti yang saya pelajari ialah untuk membahaskan rang undang2 bagi kepentingan kumpulan ini, dll.

Kita tak payah ikut BBRUNEI atau Sweden negara yang pernah saya lawatai.

Memadailah memberi elaun serupa seperti johan masabakah 'Al Quran atau elaun sara hidup yang diberikan kepada bintang filem yang bersara kepada mereka yang sakit tua, sakit payah diubati seperti kencing manis, cancer dll.

Jika mereka pernah bekerja, elaun pencen mereka dinaikan seperti gaji akhir yang mereka perolehi.

Perkara ini yang perlu YMDS bahaskan di persidangan dewan.

Kalau YMDS asyik buat kerja jumpa orang tua2 bagaimana hendak menilai KPI yang berhormat kerana rakyat mementingkan Koridor Utaara dan MEB.

Macamana hendak memperbandarkan Kubu Gajah dan IJOK, Institusi tinggi di Pondok Tanjung. Dan banyak lagi yang lain2 bolehkah buat?. Setakat ini tak nampak bayang pun...