Template by:
Free Blog Templates

5 June 2010

Jenayah Buang Bayi dan Penderaan Serious






Jenayah pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak haruslah dipandang berat dan Masyarakat wajar tampil bersama pihak berkuasa untuk membenteras perbuatan tidak bermoral ini.

Dalam menangani masalah ini, tanggungjawab kepada pihak polis semata-mata tidak cukup tanpa peranan dan penyertaan orang ramai.

Kadar jenayah janganlah hanya dilihat kepada kes-kes rompak, ragut dan rogol, tetapi juga keapda perbuatan pembuangan bayi dan penderaan.

Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis perasmian penutup program penghayatan Rukun Negara 1 Malaysia Kemas Parlimen Larut di perkarangan Bengkel PKK Kemas Pekan Kubu Gajah tengahari tadi.

Mengenai Rukun Tetangga, Saya berharap program anjuran Kemas itu akan dapat memupuk sikap dan semangat memahami, menyelami dan menghayati konsep Rukun Tetangga di kalangan generai muda supaya mereka menjadi rakyat yang berhemah dan berjiwa murni.

Rukun Tetangga diasaskan adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa di Negara ini yang mengamalkan kebebasan beragama dan budaya walaupun Islam adalah agama rasmi.

Dalam program tersebut juga diadakan pertandingan mewarna. Bagi kategori kanak-kanak Tadika, pertama dimenanggi oleh Nurul Ain, kedua Nur Izati dan ketiga Nurasitah binti Ismail.

Bagi Kategori gubahan lipatan Tenggolok johan dimenanggi oleh Sakinah binti Ariffin, Kedua Jamaliah binti Yahya dan Ketiga Zaini binti Mat Piah.

Bagi Pertandingan Masakan kuih lapis, Johan dimenanggi oleh Mahayun binti Dahalan, kedua Hanisah binti Zainan dan ketiga Salmah binti Salleh.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Bt. Sailan.

4 comments:

Wake UP! said...

Di manakah nilai-nilai kemanusiaan seorang insan di dunia ini kini?

Amat mengharukan melihat mayat bayi tidak berdosa dibuang atau ditanam tanpa sebarang pun rasa kasihan pada bayi itu.

Allow flotilla to deliver humanitarian aid.

Anonymous said...

Kita selalu mendengar maksiat berlaku di daerah Kubu Gajah malahan ketiga2 bangsa pun sama aktif.

Dua perempuan India di Kubu Gajah misalnya mempengaruhi penoreh getah di kg.saya menjadi 'pelacur terhormat' untuk mengelakkan badan tidak bau busuk getah dan duit pun dapat.

Se orang Cina di Tebing Tinggi selalu menebas sama perempuan Melayu. Sambil menebas jual minyak.

Di simping Lembah Keluang dalam kalau ada perempuan Melayu orang India mula jual minyak. Jual minyaknya lumayan juga. Kami perempuan Melayu takut nak kutip buah kelapa sawit di situ.

Musim kemarau ramai yang datang mengail. Yang mengorat pun ramai juga. Kadang-kadang polis pun ada masuk ke sana. Tapi tak pernah tangkap apa2 pun.

Kita tak berani tegur kalau ada pun anak diluar nikah kerana melibatkan pecah perpaduan dan persaudaraan.

Kalau nak tahu lagi tanyalah tukang gunting (Pak Aris) berdekatan dengan rumah Encik Nazar driver bas Jadam atau pun Encik Kim San rumah tepi Sg. Ijok Tebing Tinggi.

Orang PAS pun tak berani sebab nanti timbul perpecahan persaudaraan.

Anonymous said...

YMDS,

Rukun Negara Satu Malaysia senang difahami tapi strateginya kurang mantap.

Sebagai contoh, Orang Cina dan India masih mempertikaikan jawatan di JPA.

Tapi orang yang bijaksana mempertikaikan berapa orang Melayu, Melanau dsbnya jadi President, General Manager dan CEO syarikat yang modalnya lebih satu bilion.

Cuba bandingkan gaji ketua pengarah JPA dengan CEO Genting Highland. Jauh panggang dari api.

Gaji Ketua Pengarah JPA hanya chicken feed jika dibandingkan dengan gaji CEO CIMB mahu pun TNB.

Kenapa orang Cina dan India hendak berebut jawatan gaji yang kecil. Gila ke.

Orang Cina dan India mahulah mempunyai pandangan yang holistik dan global supaya Malaysia SATU akan berjaya. Jika mereka iri hati dengan orang Melayu bermakna mereka tidak tahu tentang perlembagaan dan di mana letaknya lombong emas. Buta kayu ke.

Bagi rukun negara pula kita misti tahu isi perlembagaan Malaysia, antara hak dan persetujuan DAN demokrsai. Orang yang lebih suara selalunya menentukan perlembagaan.

Itulah dia demokrasi.

Saya selalu nasihatkan orang Cina kahwin empat supaya mereka lebih ramai untuk tukar perlebagaan. Tapi mereka tak mahu kena ketuk isteri pertama.

Macamana nak tukar perlembagaan kalau bilangan tak ramai. Kalau tukar juga hak Melayu bermakna tiada demokrasi nanti Amerika marah pula kepada orang Cina.

Kalau YMDS pergi ke estet bertahulah orang India tentang perlembagaan. Bagitu juga Ke Kampung baru.

Harap Kemas sahaja munkin dapat menyatupadukan PAS dengan UMNO untuk kerjasama pembangunan sahaja.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Strategi pertama untuk menjayakan Malaysia SATU jemput guru2 Cina dan India dan AJK MIC dan MCA seluruh ADUN Kubu Gajah menghadiri ceramah Malaysia SATU ala KUBU Gajah.

Jemput T.S. Rahim Tambychik memberi ceramah tentang perlembagaan atau jemput ketua penerangan UMNO atau pun pensyarah Sains Politik dari USM (Seorang India). Mereka hendaklah tahu bukan sahaja kandungannya tapi asal usulnya sejarahnya sekali.

Sekian untuk makluman YMDS dengan harapan orang India dan Cina semuanya mengundi YMDS di pilihanraya yang akan datang setelah mendengar isi pati perlembagaan.

Kalau boleh jemput juga ahli sejrahawan dunia menerangkan kepada orang Cina kenapa ada revolusi hijau, kumpulan BAJU MERAH Thailand yang kebanyakannya datang dari kampung (macam orang Melayulah) dan pelarian raja2 dari Sumatera ke Malaya termasuklah Parameswara.Kita tidak mahu perkara ini berlaku kalau orang Melayu menjadi miskin.

Sekian untuk pengetahuan YMDS.