23 June 2010
Lata Panggung Pusat Pelancongan Tersohor
Adalah menjadi harapan agar Lata Panggung di Kampung Teras, Ijok suatu hari nanti menjadi tempat perkelahan yang tersohor di DUN Kubu Gajah ekoran pembinaan Jalan baru ke Ulu Selama.
Pada masa ini pembinaan jalan dari Kampung Teras melalui Kampung Mesjid, Ijok ke Ulu Mengkuang itu di peringkat menyiapkan perlaksanaan jambatan berhampiran.
Namun begitu, Lata Panggung masa kini , masih serba kekurangan dan mengharapkan peruntukan tidak kurang daripada RM 500,000 bagi menyediakan kemudahan seperti Chalet, Dewan Besar dan Bilik Persalinan serta tandas awam.
Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perkelahan bersama penduduk dan penyampaian sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim tenghari tadi.
Saya juga tidak menolak kemungkinan harga tanah yang akan melambung naik berikutan dengan pembinaan jalan Kampung Teras-Ulu Mengkuang tidak lama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Saya lihat Koridor Utara lebih banyak ditumpukan dikawasan yang telah berkembang maju.
Dari segi pelancongan misalnya tumpuan lebih ke Pulau Pinang.
Barangkali Putrajaya tidak tahu yang orang putih suka melihat seperti hutan simpan di Utara
Perak, Lata dan air terjun di ADUN Kubu Gajah dan Selama.
Kalau diiklankan seperti Pangkor Hotel Resort yang tersohor di dunia ( resort nombor satu) sudah tentu Lata Panggung akan menjadi famous seperti Pangkor Resort.
Begitu juga IPTA (modal insan untuk koridor utara). Di Kedah ada empat. Yang ke empat ialah Universiti Al-Bukhari. Macam mana Pondok Tanjung.
Nampaknya koridor utara hanya dapat lembu/kambing sahaja. Itu pun saya lihat perkembangannya sangat perlahan. Cuba YMDS pergi ke Kluang, Dr. Lembu pun ramai di sana. Saya praktikal tahun 60an di sana. Pada masa itu ia lebih maju daripada yang terdapat di Pondok Tanjung.
Ada 4 pembela kambing di daerah Selama/KubuGajah (satu Changkat Lobak dan satu lagi dekat rumah YMDS) yang gulung Tikar.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment