Template by:
Free Blog Templates

10 June 2010

Orang Kuat PAS Menyertai UMNO Larut







Orang Kuat PAS di Bagan Bahru hari ini secara resmi mengistiharkan masuk UMNO dan menyerahkan borang keahlian.


Mat Arop bin Samah, 64 tahun Ketua PAS Bagan Bahru menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO bersama 26 yang lain di pada persidangan Agung UMNO Cawangan Bagan Bahru.


Turut menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Bagan Bahru, Shamsuddin Ibrahim.


Petang tadi, sebanyak 13 borang yang telah siap disisi telah diserahkan kepada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut manakala yang lain bahkan ramai lagi akan turut berbuat demikian tidak lama lagi.


Mat Arop yang kelihatan gembira ketika menyerahkan borang tersebut adalah seorang yang berpengaruh. Beliau adalah juga Pengerusi Mesjid Bagan Bahru dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Bahru.


Usaha sedang dibuat untuk menyerahkan borang keahlian Mat Arop dan keluarga kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam satu majlis khas.


Ini adalah kerana Dr Zambery pernah bermalan di rumah Mat Arop ketika mengadakan lawatan dua hari ke DUN Kubu Gajah baru-baru ini.


Kehadiran Dr Zambery yang juga ADUN Pangkor itu cukup istimewa kepada keluarga Mat Arop dan barangkali sentuhan peribadi Menteri Besar itu jugalah yang telah menambat hari Mat Arop menyertai UMNO.


Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya amat mengalu-galukan kemasukan Mat Arop dan ahli-ahli PAS yang lain dan ini jelas membuktikan bahawa UMNO semakin diterima oleh ramai kerana percaya hanya UMNO sahajalah parti yang mampu membelaa nasib rakyat, terutamanya orang melayu.


Perubahan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razsk yang juga Presiden UMNO semakin diterima oleh rakyat.


Dasar UMNO yang mengutamakan perpaduan Ummah juga barangkali menarik dan memikat lebih ramai orang melayu termasuk daripada parti Pembangkang menyertai UMNO.


Sebelum ini, UMNO Bahagian Larut juga menerima ahli-ahli baru di Cawangan-cawangan Tanjung Lengkong dan Taman Kota Wira.

5 comments:

jebat said...

Salam YB Dato' Seri,

Cerita ahli-ahli PAS masok UMNO telah lama kita dengar. Tapi BN selalu kalah dalam PR.

Kenapa? Ahli PAS ini bukan sebenarnya ikhlas masok UMNO. Tapi mau mengabui mata orang-orang UMNO.

Oleh itu waspada lah. Jangan alpa. Siasat latar belakang mereka dengan teliti.

Awas !! UMNO bukan parti rojak !
Semua Tarok Dalam.

Ingat. Jangan pisang berbuah dua kali !!

JEBAT - benci orang munafiq.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih pandangan yang ikhlas.insyallah akan menjadi peganggang.

Anonymous said...

YMDS,

Saya takut jadi macam Sg. Malau Dalam. Ramai juga yang sokong UMNO tapi bila kita bilang kertas undi di sekolah sebaliknya berlaku.

Saya pernah menjadi Ketua Pilihan Raya di kawasan YB Karpal Singh. Kita perhatikan ramai pengundi di pondok hangat MCA manakala hanya satu dua orang sahaja di pondok hangat DAP tapi yang menang ialah DAP.

Perkara inilah yang kita takutkan di Bagan Daru. Perjumpaan PAS di Darul Tak Alim menunjukkan hampir semua penduduk Bagan Baru ke sana.

Sampai saya hendak ke kebun kelapa sawit sata pun di tangkap gambar (kereta saya).

Jika kita menghayati ISLAM agama itu sendiri amat lengap-all in one (POLITIK, EKONOMI, SOSIAL DSBNYA). Tak perlu ada satu lagi parti ISLAM.

Jika YB Perdana Menteri melahirkan satu Malaysia. Allah pula melahirkan 1 Agama.

Sekian untuk makluman YMDS.

GuruBashid said...

Tahniah Dato' Seri. Tahniah juga kepada mereka yang menyertai UMNO. Walaupun ada yang memandang sinis tentang kemasukan ahli PAS ke dalam UMNO, tetapi kali ini suasananya agak berbeza sebab pada masa yang sama lebih ramai ahli PKR, rakan pakatan PASD yang telah dan akan keluar dari parti itu

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih kepada gurubashid dan yanglain atas pandangan, semoga ia akan terus memberi semangat dan kekuatan parti umno.