25 June 2010
JKKK Badan Penting
Petang semalam, selepas berkelah di Lata Panggung, Kampung Teras, Saya mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung DUN Kubu Gajah, dan meminta mengemas kini pengkalan data mengenai kampng masing-masing.
Mereka hendaklah megnenal pasti bilangan keluarga miskin, Ibu tunggal dan menyediakan senarai projek yang telah dipohon, sedang dilaksanakan dan juga dalam perancangan.
Turut hadir adalah Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Kubu Gajah yang turut diminta menyediakan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang harus diberikan keutamaan dan diambl tindakan segera.
Senarai bilangan Ibu tunggal juga dikehendaki untuk dipanjangkan kepada Yayasan Bina Upaya bagi mendapatkan modal pusingan dan bantuan yang sesuai untuk mereka.
Mengenai perlaksanaan projek, perjumpaan itu mahu agar setiap projek yang hendak dilaksanakan itu dirujuk terlebih dahlulu kepada JKKK untuk tujuan penyelarasan dan menggelakan sebarang pertindihan.
JKKK adalah penting jika tidak untuk apa ia ditubuhkan oleh Kerajaan. Justeru setiap Agensi Kerajaan haruslah merujuk setiap projek yang hendak dilaksanakan terutama kepada ketua-Ketua Kampung.
Perjumpaan tersebut adalah aktiviti ADUN yang diadakan dari masa ke semasa bagi melihat pernacangan, membincang dan mengenal pasti masalah yang wujud.
Ia juga bertujuan menyelaras dan memperjelaskan dasar-dasar Kerajaan supaya rakyat di peringkat akar umbi faham dan sedar akan tanggung jawab bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Munkin pendapat saya ini salah.
Tapi untuk mengelakkan supaya kerja tidak bertindih elok kita bezakan JKKK dengan JKK Cawangan/Bahagian UMNO (Untuk Selama/Larut/ BK dan KG)..
Kerja JKKK ialah untuk pembangunan ekonomi. Manakala JKK Cawangan/Bahagian UMNO untuk tujuan 'politik' (undang2).
Sebagai contoh kerja ADO ialah untuk menjayakan Koridor Utara, MEB, NKRA dsbnya - lebih kepada kerja proaktif, lebih kepada pembangunan.
Wakil rakyat pula ialah lebih untuk meluluskan rang undang2, peraturan, by-laws dan sepertinaya - lebih kepada reaktif (menyelesaikan masalah) lebih kepada untuk keamanan.
Sebagai contoh kerja wakil rakyat ialah untuk membahaskan rang undang2 (termasuk undang2 tempatan, Kampung.) supaya orang yang membela lembu (sebagai contoh) hendaklah menyediakan pagar jika tidak lembu mereka akan dirampas atau dipindahkan ke Pondok Tanjong.
ADO (atau vertiner) pula tidak akan memberi lembu kepada mereka yang tidak menyiapkan pagar walaupun mereka itu miskin.
JKKK (di bawah DO/Penghulu) hendaklah memantau pembangunan dan melihat supaya bantuan yang diberikan betul2 sampai ke sasaran.
JKK Cawangan UMNO hendaklah mengumpul masalah dan membuat peraturan2/syarat2/undang2 kecil tempatan/kriteria yang perlu diikuti oleh orang kampung supaya saya (sebagai contoh) tidak berkelahi dengan pembela lembu. Semua syarat/undang2 kecil tempatan ini hendaklah dipaparkan di balai raya, dewan atau di masjid2.
Kesimpulannya ialah apabila wakil rakyat dapat menjaga keamanan barulah ekonomi yang dimajukan ADO/DO dapat berkembang atau dibangunkan dengan syarat JKKK dan JKK politik memantau kemajuan dan keamanan yang hendak dicapai.
Kalau kerja JKKK dan JKK Cawangan bertindih tentulah merugikan masa dan wang kerajaan.
Sekian pendapat saya yang tidak sepertinya ini.
Post a Comment