Template by:
Free Blog Templates

20 June 2010

Bersama rakyat sepanjang minggu









Sepanjang minggu selain program perasmian, melawat orang sakit, tinjau perlaksanaan projek, saya juga ambil peluang beramah mesra dengan penduduk di Dun Kubu Gajah.

Cara itu amat disenangi rakyat sambil mereka dapat bertanya dan mengemukakan masalah.

Dalam pada itu saya juga dapat lihat sendiri hasil usaha dan pengeluaran mereka.

Kuih-kuih tradisi masih menjadi kegemaran penduduk terutama bila ada majlis kenduri kahwin dan acara rasmi.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Selain daripada berjumpa rakyat YMDS boleh juga mengingat kembali atau membuat refleksi tentang kenapa kita meninggalkan DUN kawasan Kubu Gajah.

Sebagai contoh saya meninggalkan kampung saya disebabkan tanah saya sentiasa tenggelam. Tidak produktif.

Tanah yang lagi (satu ekar) satu semuanya tak jadi sebab banyak kera.

Tanah lot yang lagi satu iaitu tanah emak saya tiada jalan. Bila buat jalan lori rosakkan jalan tersebut.

Ada tanah seekar lagi kepunyaan anak saya habis tanaman dirosakkan lembu Encik Rosli, ahli Pas menjual nasi lemak di Kubu Gajah dekat BURGER. Beliau tak makan saman. barangkali YMDS sahaja yang boleh mengingatkan beliau.

Jadi lebih baik berpindah kerja ke 7-eleven dan lain2 di Bandar.

Cuba Yang Berhormat ingat kembali kenapa ramai kaum kerabat sahabat handai kita pindah ke Taiping, Ipoh, P. Pinang dan Kuala Lumpur.

Inilah sebahagian daripada sebabnya.

Babi pun terlampau banyak merosakkan tanaman. Jajahan Selama selalu dikaitkan dengan tempat memburu babi yang paling baik sekali di Negeri Perak. Mungkin tarikan pelancong bagi pemburu babi bagi rakyat Malaysia.

Saya sangat berterima kasih kepada pemburu babi terutama sekali yang datang daripada Bukit Mertalam.

Haji Rejam mempunyai lebih 300 ekar tanah. Tapi yang paling banyak ular senduk dan tedung selar ialah tanah antara Hjh Zaleha/Hj. Amin dan YM Omar dan di belakangnya mengikut pekerjanya yang saya telah temubual.

Kesimpulannya mereka pindah kerana ketakutan dan ancaman perosak pokok.

Ini salah satu sebab kemiskinan melanda daerah Selama dan Kubu Gajah.

Sekian untuk makluman YMDS.