Template by:
Free Blog Templates

25 June 2010

Sabtu hari penentuan Jelai






Besok, Sabtu 26 Jun adalah hari penentuan samada Kampung Jelai menang dalam pertandingan Keindahan kampung peringkat Kebanagsaan 2010.


Ini adalah kerana penghakiman akan dibuat pada hari tersebut oleh sekumpulan panel yang dipilih oleh Kementerian berkenaan.


Begitupun, Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut Saya berbangga dengan pencapaian JKKK Jelai yang mewakili Negeri Perak.


Kemenangan di peringkat Negeri itu ternyata kecemerlangan kepimpinan Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar, 70 tahun yang tidak jemu-jemu untuk membawa perubahan di kampung tersebut.


Salah satu faktor, kemenangan Jelai, kata Ali adalah kerana keharmonian penduduk berbilang kaum terutama dalam penyertaan mereka dalam program yang dianjurkan.


Mereka beruntung kerana ada ramai penduduk cina dan India, selain masyarakat Melayu itu sendiri. Ada sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Cina di Jelai, tetapi pelajarnya rata-rata anak orang melayu dan Siam.


Petang tadi, Saya dijemput oleh JKKK Jelai untuk minum petang dan dalam ucapan Saya mengulanggi saranan bahawa hanya melalui perpaduan Negara akan terus maju.


I Malaysia yang diilhamkam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sama sekali tidak akan menjejas kepentingan dan hak keistemewaan orang melayu, sebalikya konsep tersebut adalah untuk membakar semangat perpaduan.


Turut hadir ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan termasuk dari Selama.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya rasa faktor kemenangan Kampung Jelai ialah kerana penduduknya ramai yang dapat meluangkan masa untuk membersihkan kampung mereka.

Kampung kami orang2nya hilang waktu siang dan hanya balik waktu petang atau malam. Mereka asyik bekerja di kebun mereka. Jadi tak dapatlah kami hendak bersihkan halaman dan persekitaran.

Kedua, ialah faktor ketua kampung. Ketua kampung kami asyik duduk kedai kopi. Sepatutnya beliau hendaklah merancangkan sesuatu seperti yang dapat dilihat di pondok polis semasa minum kopi.Depan kedai Cina sangat kotor. Mereka asyik cari duit saja. Tiada keceriaan. Sepatutnya mereka belajarlah dengan tukang kebun pondok polis Kubu Gajah untuk mencantikkan kawasan seperti Kubu Gajah ini.

Barangan kedai pun berselerak macam sarang tikus. Susah nak menang pertandingan kampung cantik.

Sekian pendapat saya.