4 June 2010
Yusli pesakit kronik perlu bantuan segera
Saya amat simpati dengan Yusli bin Mohd Zaman, 37 tahun yang menderita penyakit kronik termasuk Jantung ketika melawat beliau di rumahnya peringkat 4, Felda Ijok petang tadi.
Beliau telah menghubuggi Saya untuk mendapatkan bantun kewangan menjalani pemeriksaan Jantung selanjutnya beberapa hari lagi.
Yusli, seorang pemuda yang cukup aktif di Felda begitu terharu diatas keperhatinan Saya mengenai penderitaan beliau itu. Turut sama dalam lawatan itu ialah Ketua Kampung Felda, Haji Shukur Jaman.
Saya telah menghubunggi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Zamberi Mohamed mengenai masalah Yusli dan mohon untuk mendapatkan bantuan segera.
Beliau yang sedang berkursus berjanji menghantar pegawainya seberapa segera untuk menemui Yusli yang sudah pun beristeri dan mempuyai anak tiga dan kini menumpang di rumah mertuanya seorang peneroka Felda.
Saya berharap bantuan perubatan oleh Jabatan berkenaan dapat meringankan lagi bebanan Yusli untuk meneruskan kehidupannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Pusat Zakat pun patut membantu orang yang memerlukan bantuan seperti ini, lebih-lebih lagi orang Islam yang sedang menderita sakit.
Anwar Ibrahim and KJ's a joke.
terima kasih saya amat setuju
YMDS,
Perlunya diadakan Jawatan Kuasa Kecil terdiri darpada doktor tempatan (seperti isteri ADUN Selama), mereka yang bekerja di Jabtatan Masyarakat, JP, di Jabatan Zakat dan Badan NGO untuk menangani masalah mereka yang ujur dan lanjut usia.
Sekali sekala panggil pakar GERONTOLOGY untuk memberi kaunseling supaya mereka ini tidak takut mati malahan bergembira selalu.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment