Template by:
Free Blog Templates

6 June 2010

Utamakan Masalah Kemiskinan








Masalah kemiskinan terus diberikan perhatian oleh Kepimpinan UMNO terutama di kalangan ahli-ahlinya.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa UMNO peringkat cawangan digesa supaya mengadakan satu pengkalan data mengenai masalan tersebut bagi memudahkan tindakan seterusnya diambil.


Masih ramai yang memerlukan bantuan rumah PPRT dan modal pusingan untuk ibu-ibu tunggal menambahkan mata pencarian mereka.


Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Kelian Chenie, Saya turut meminta ahli-ahli Jawatankuasa cawangan mengutamakan perpaduan.


Semalam Saya juga menghadiri mesyurat cawangan-cawangan di Kampung Mesjid, Kelian Gunung dan Kampung Sangkut dalam Mukim Ijok sambil memberitahu bahawa usaha dan perancangan sedang dibuat bagi mencari jalan mengatasi masalah banjir yang sering mengancam kebanyakan kampung di situ.


3 comments:

Wake UP! said...

Kutipan pusat zakat setiap tahun semakin meningkat.

Seharusnya mereka yang bekerja di Pusat Zakat mencari orang Islam yang miskin dan membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga mereka mungkin dengan memberikan mereka modal untuk berniaga secara kecil-kecilan.

Kalau wang di dalam Pusat Zakat dibiarkan berkulat di sana, tidak akan dapat memanfaatkan orang Islam yang miskin juga.

DATO SERI RAJA AHMAD ZAINUDDIN said...

terima kasih pandangan yang baik

Anonymous said...

YMDS,

Masalah kemiskinan senang diatasi jika kita ada data base kemiskinan yang lengkap.

Data base tersebut perlu juga mengandungi susunan kemiskinan. Iaitu siapa yang paling miskin diletaknya di atas senarai. Program komputer yang sedia ada senang sangat menyusun perkara ini.

Sudah tentu ahli puteri yang pandai boleh menyediakan data base ini. Sepatutnya data base ini boleh disiapkan dalam sebulan jika AJK betul2 dipilih daripada mereka yang pragmatik tapi bukan retorik.

Saya cukup lemas dengan orang retorik kerana mereka pandai mengarah dan menyelia sahaja tapi tidak dapat bekerja mengikut kehendak time-line.

Kalau kerja di projek World Bank, UNICEF, IDRC, dsbnya di tempat saya bekerja dahulu orang begini sudah lama kami keluarkan dari team atau kumpulan kami.

Tapi dalam politik AJK dipilih secara pencalonan. Cuba beri taklimat sedikit cara untuk memilih pemimpin sebelum diadakan mesyuarat agong. Retorik dan pragmatik perlu kedua2nya tapi tidak semata2 retorik sahaja.

Sekian untuk makluman YMDS.