19 June 2010
Melayu kaya dengan seni budaya
Orang Melayu harus berbangga dengan seni budaya yang mereka miliki sejak turun temurun.
Silat salah satu budaya yang pernah mewarnai cara hidup orang-orang Melayu.
Justeru mempertahankan seni budaya orang-orang Melayu dipandang ringan.
Saya berkata demikian ketika berucap menutup kursus Silat Gayung Pesaka cawangan Ceruk Pelanduk di anak Kurau, pagi tadi.
Saya juga berharap ilmu silat yang diperoleh itu dikembangkan kepada mereka yang berminat.
Selalunya bila tamat sahaja latihan mereka malas mengembangkannya kepada remaja yang lain.
Seni mempertahankan diri bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya jadikan ia sebagai melatih displin.
Mengembangkan seni budaya adalah satu langkah yang mampu menarik lebih ramai lagi kalangan remaja terutamanya.
Dalam temasya sukan sea, silat sudah dijadikan acara rasmi dan diharapkan suatu hari nanti ia juga sampai ke sukan olimpik.
Saya tertarik dengan kegigihan kira-kira 30 peserta termasuk dari Kedah yang berlatih dengan begitu bersemangat sekalipun ketiadaan bekalan elektrik dan air.
Mereka termasuk pelajar perempuan berkhemah selama dua malam di tapak padang Ragut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
YMDS,
Saya rasa YMDS perlu menyimpan nama mereka yang pandai bersilat untuk askar Melayu simpanan.
Kalau tak salah dulu YB Dato Harun dahulu ada menyimpan nama2 mereka yang seperti hulubalang (mungkin juga bomoh) Melayu terkenal.
Kalau ada orang pijak Melayu mintalah tolong pada meraka dengan syarat kita Melayu jangan mulakan dahulu, ikut perangai macam Hang Tuah.
Orang pukul kita barulah kita hentam mereka, barulah orang lain menghormati Bangsa Melayu. kalau kita mulakan dulu macam Zionis masyarakat lain tidak lagi menghormati kita.
Sekian YMDS.
YMDS,
Saya setuju dengan saranan Anon 23:45.
Belum ada orang yang buat - kenalah kita mulakan. Orang yang mulakan itu biarlah yang bersunggoh-sunggoh.
Muga warisan bangsa kita tidak akan hilang ditelan dek zaman.
terima kasih atas pandangan insyallah akan kita usahakan.
Post a Comment