Template by:
Free Blog Templates

10 June 2010

MB Arah Segera Bangunkan Ijok







Beberapa tapak telah dikenalpasti oleh sebuah Agensi Kerajaan Negeri untuk memajukan Pekan Ijok dalam DUN Kubu Gajah dalam masa terdekat ini.


Ia termasuk di kiri- kanan jalan menghala ke Gerik dari Pekan Ijok, selain dari arah jalan Pantai Besar dan juga Redang Panjang.


Satu tapak berdekatan dengan Jalan baru yang sedang di bina dekat Kampung Teras, tidak jauh daripada sebuah jambatan yang sedang disiapkan, di situ, juga turut dikenal pasti untuk dijadikan bandar Baru yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.


Begitupun, segala-galanya bergantung kepada kuasa membeli. Keutamaan sudah tentu diberikan kepada penduduk tempatan.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir yang begitu perihatin dengan keadaan Pekan-Pekan kecil seperti di Ijok, telahpun mengarahkan agensi berkenaan untuk melaksanakan projek tersebut secepat mungkin.


Peringkat awal ini, barangkali dibina sekitar 10 atau 15 buah unit rumah kedai dua tingkat dengan harga sekitar rm 150,000 sebagai tanda permulaan rancangan Kerajaan Perak untuk membangun dan memajukan Pekan-Pekan kecil.


Selaku ADUN Kubu Gajah sahaja amat mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri untuk mengubah wajah Pekan Ijok bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan.


Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar yang begitu perihatin dengan keadaan Pekan Ijok khususnya dan DUN Kubu Gajah pada keseluruhannya.


Dengan pembinaan Jalan-jalan baru dari Kampung Mesjid melalui Kampung Teras di Ijok ke Ulu Mengkuang di Selama dan dari Sungai Dendang ke Kampung Lamping, setidak-tidaknya akan memberi nafas baru kepada kemajuan DUN Kubu Gajah.


Ini tidak termasuk dengan program Koridor Utara yang melibatkan projek Pusat Pembenihan Kambing Bore di Ladang Ternakan Sungai Segar dekat Pondok Tanjung.


Air Terjung di Latar berdekatan dengan Sungai Jernih, Kelian Gunung yang dikatakan ketiga tertinggi di Asean juga boleh dimajukan untuk tujuan menarik pelancong ke Ijok.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Adakah MB kita lupa tentang pembangunan pekan KUBU GAJAH?

Yang paling senang untuk membangunkan Kubu Gajah dan Pekan Ijok ialah dengan memakai istilah dalam dunia perniagaan, iaitu INTERNATIONAL BRANDING.

Sebagai contoh pepan tanda jalan raya di Interchange Bukit Merah ditambah dengan menunjukkan arah ke KUBU GAJAH, IJOK, GRIK, KOTA BAHRU, BANGKOK, CHIANG MAI.

Bangkok dan Kota Bahru sangat penting kerana mereka akan membuka mata yang mereka boleh juga ke BANGKOK melalui Kubu Gajah dan Ijok.

Nama dan Papan tanda Kubu Gajah di tukar kepada KUBU GAJAH CITY. Maksud CITY di sini bukanlah bandar yang melebihi 1 juta tapi nama KUBU GAJAH ditambah dengan perkataan CITY seperti I-CITY di Shah Alam.

Mungkin kata-kata yang mempunyai INTERNATIONAL FLAVOUR seperti D'Palma City ( kerana ada banyak kelapa sawit) atau pun Ijok THE LAND OF PARADISE atau SERENITY. Jalan tepi sungai (di Ijok) arah ke Ulu Mengkuang dinamakan OBAMA BOULEBOUARD (minta kebenaran Obama dahulu).

Bubuh sajalah, Bahasa Arab pun tidak mengapa. Tapi Orang Arab tak suka ke Ulu.

Sekian untuk makluman YMDS.