22 June 2010
KEMAS kempen 1 Malaysia
KEMAS adalah agensi Kerajaan yang membantu mambangunkan masyarakat luarbandar.
KEMAS bukan agensi propaganda semata-mata, tetapi menjadi mata dan telinga kerajaan.
Saya berkata demikian ketika merasmikan seminar 1 Malaysia peringkat Dun Kubu Gajah anjuran KEMAS di Kampung Masjid, Ijok petang semalam.
Program turun padang anjuran KEMAS harus disambut baik oleh masyarakat.
Selaku Adun, saya turut menyentuh program menaikkan taraf pekan Ijok.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir telah mengarahkan sebuah agensi Kerajaan agar segera malaksanakan pembinaan rumah-rumah kedai di pekan Ijok.
Ia bertujuan meningkatkan lagi ekonomi dan menarik lebih ramai orang datang melabur di Ijok khususnya dan Dun Kubu Gajah pada keseluruhannya.
Agensi berkenaan telahpun mengenal pasti tapak untuk pembinaan rumah-rumah kedai tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Disamping kita membangunkan Ijok YB Menteri Besar kita juga ada membuat komen 'untuk' memajukan Kubu Gajah.
Saya memohon supaya beliau dan YMDS jangan lupa Kubu Gajah kerana tak lama lagi pilihan raya. Saya lihat penyokong PAS tiap2 malam Jumaat berusrah. UMNO buat apa pula...
Bangunkanlah Kubu Gajah.
Saya fikir Kubu Gajah boleh jadi lebih cepat membangun kerana ia terletak di 4 pesimpangan (Utara Selatan Timor Barat.
Kenapa pekan Briah lebih cepat membangun. Briah terletak dalam kawasan terendam tapi dibangunkan hingga membanggakan kita.
Lagi sekali saya memohon penduduk Kubu Gajah membina rumah di tanah kurnia.
Diharap kerajaan dapat memantau perkara ini.
Kebanyakan mereka dari generasi kedua. Munkin generasi yang pertama dulu kebanyakan masih miskin. Tapi sekarang ni tak bolehkah anak mereka tolong.
Tapi anak mereka munkin boleh membantu membuat rumah seperti saudara mara saya, semua anak mereka yang membina rumah untuk ayah mereka.
Ada seketika dulu harga sawit mencecah 700 ringgit setan. Masih tak boleh buat rumah ke. Kalau mereka tak buat rumah bagaimana Kubu Gajah dapat membangun.
Di Brunai semua tapak rumah yang tidak dibangunkan diambil balik oleh kerajaan. Kalau Kubu Gajah hendak membangun buatlah seperti Negara Brunei.
Nampaknya kita beri tanah kepada spekualator seperti di Tasik Bt. Merah. Kalau kita bagi spekulator susahlah BT Merah dan Kubu Gajah hendak membangun.
Sekian pendapat saya untuk perhatian YMDS.
Post a Comment