Template by:
Free Blog Templates

2 June 2010

Jumpa Bekas Adun




Walaupun, agak lewat, tetapi kerana janji yang telah dibuat, sebaik selesai perjumpaan tertutup dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein di Kediaman Menteri Besar Perak, petang semalam, Saya terus ke Sungai Ara.


Saya sebenarnya ingin menyampaikan kerusi roda kepada Warga Emas, Zulkifli Ahmad sejak sekian lama, tetapi berkali-kali Saya ingin berbuat demikian, beliau tidak ada di rumah.


Tetapi, semalam Saya menerima panggilan daripada Ketua Kampung Sungai Ara, Abdul Halil memberitahu bahawa Zulkifli sedang menunggu kedatangan Saya untuk menyampaikan bantuan tersebut.


Zulkifli amat terharu dan gembira menerima kedatangan Saya malam semalam. Sebelum itu, sebaik diberitahu mengenai keuzuran Ibu bekas Adun Kubu Gajah, ketika tiba di Sungai Ara, Saya telah langsung melawat Hajjah Bedah biinti Din, 84 tahun.


Datuk Mohd Jefri Yunus dan isteri juga berada ketika Saya tiba dan kami sempat bertanya khabar.


Datuk Jefri sebelum menjadi Adun Kubu Gajah adalah juga Adun Batu Kurau yang kini diwakili oleh Kapt. Datuk Najmuddin Elias.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Dapat kiranya YMDS mensyorkan Datuk Jefri menerajui veteren UMNO supaya lebih aktif daripada Pemuda atau Puteri.

Nampaknya bila ahli UMNO tidak terpilih menjadi AJK mereka tidak aktif lagi.

Pengelaman mereka ini amat luas dan diperlukan. Datuk Sharif dulu selepas menjadi ADO Selama barulah beliau tahu kelemahan/kemiskinan orang Melayu.

Perkara ini amat penting untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu kalau tidak orang Melayu akan meninggalkan Pulau Pinang (tempat Datuk Sharif) berhijrah ke Sg. Petani, Kulim dan Simpang EMPAT.

Kawan saya yang kuat UMNO dahulu habis berpindah ke sana, meninggalkan Pulau Pinang kecuali lah orang kita seperti cawangan Pokok Manggis dan Cawangan Komta yang diterajui oleh Allah Yarhamu YM Raja Allah Mustapha dan Puan Khairulniza dan Megat Khairuddin anak Pak Aji Dolah, dekat rumah haji Zaleha Tebing Tinggi.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

Saya hargai peranan DS dalam mendapat dan memberi bantuan tapi tengok-tengok la sikit. Kalau emak bekas YB pun dapat kerusi roda manakala yang lebih daif tak dapat, itu kureng baguih. Takkan Dato' Jefri tak mampu nak beli kerusi roda kot. Saya ingat 4 tan sawit dah boleh dapt kerusi tu. Duit banyak-banyak pun nak buat apa bukan boleh bawa mati.