23 June 2010
Cerun membimbangkan
Merisaukan. Itu adalah riaksi awal saya melalui jalan Ulu Mengkuang-Teras di mana tebing jalan semakin runtuh.
Jalan ini adalah laluan pengguna dari Ijok ke Ulu Selama. Sejak pengambilan balak jalan ini semakin rosak.
Saya minta JKR segera ambil tindakan. Ramai pengguna mengadu mengenai jalan tersebut.
Saya akan bangkitkan pekara ini dalam mesyuarat tindakan yang akan datang.
Jalan Ulu Mengkuang-Teras kini menjadi tumpuan pengguna yang berulang alik dari kedua-dua kawasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Bukan itu saja YMDS. Jalan ke kawasan yang ekonominya pesat berkembang seperti di kawasan S. Dendang dan Sg Lompong banyak yang berlopak2 hingga kerita saya sangkut.
Jalan Sg Lompong ke FELDA saya sudah baiki tapi ada lori besar rosakkan jalan tersebut. Orang kampung pun tak tegur tauke lori tersebut. Kalau orang Cina pekerja saya cepat2 mereka tegur.
Bila kerajaan hendak membantu membaiki jalan 'leterite' yang kami telah bina di kebun kelapa sawit dan getah. Nampaknya kerajaan hanya bina jalan di tempat yang tidak dapat cukai ekspot/pengeluaran. Bila kita beritahu JKKK mereka katakan jalan hanya boleh dibina dikawasan perumahan.
Berapakah cukai yang dapat dari kawasan perumahan di kampung?
Banyak cukai yang diperolehi daripada tanaman getah dan kelapa sawit.
Sebagai contoh sebanyak 292 bilion ringgit cukai yang diperolehi daripada daripada hasil produk yang dihasilkan daripada kayu getah/getah dan minyak dan batang kelapa sawit sejak tahun 2007.
Saya rasa jalan yang perlu dibaiki memerlukan hanya sepuluh lori batu kecil dan besar untuk dituang ditempat yang dirosakkan (lopak2) oleh lori-lori besar yang lalu lalang di situ.
Tapi jawapan JKKK tiada rumah di situ. Nak tambah batu pun tak boleh.
Sama seperti RISDA. Kalau kita nak tanam getah di tanah seperti tanah Allahyarhamu YMR Hj. Omar sudah tentu tidak lulus (kerana tak ada pokok getah). Cuba tanya Encik Ishak RISDA Selama kalau YMDS tidak percaya, tapi di Sabah dan Serawak hutan (tanpa pokok getah) utk tanaman getah pun diluluskan. Cuba tanya YB Bong Raden (Kinabatangan) kawan karib YMDS kalau tidak percaya.
Sekian untuk makluman YMDS supaya dapata mengemukan kriteria 'undang2 kecil' untuk membina jalan leterite diperpanjangkan di tempat2 di mana kerajaan mendapat cukai yang banyak.
Terima kasih YMDS.
Post a Comment