Template by:
Free Blog Templates

6 June 2011

PRU-UMNO








UMNO akan lemah jika ahli-ahlinya berpecah dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Perpaduan penting sebagai senjata dan kekuatan parti.

Lawan akan lemas jika UMNO bersatu dan tidak bercakaran.

Saya berkata demikian di perjumpaaan UMNO bahagian Larut yang diadakan di Dun-Dun Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Selaku ketua UMNO bahagian semua 97 jentera parti diperingkat cawangan diminta bersedia dari sekarang menghadapi pilihanraya.

Sebarang masalah yang timbul harus diselesaikan secara baik bagi mengelak pembangkang ambil kesempatan.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

UMNO akan kalah jika UMNO menentukan calon mengikut kriteria lama atau kriteria lapok. MCA lagi lingkup. MIC hanya harap orang Melayu nak tolong mereka. Samy Vellu pun dapat gaji lebih daripada 22,000 sebulan. Kalau orang tua lebih 70 tahun diambil bekerja hasil daripada pengelaman saya mereka hanya pandai mengarah sahaja. Saya, kalau buat projek saya elakkkan orang tua dalam kumpulan saya kerana mereka hanya pandai beri nasihat tapi tak pandai buat kerja. Kalau YMDS buat projek cubalah YMDS sekongkol dengan mereka yang berumur lebih 70 tahun. Alamatnya YMDSlah yang akan mengahabiskan projek tersebut. Yang tua asyik berkokok dengan pengelaman mereka tanpa bekerja.

Apa yang kita pelajari dari PAS mereka memilih calon PAS yang diketengahkan, bukan lagi melihat kepada 'parti PAS'

UMNO hendaklah mempelajari daripada apa yang terjadi kepada pemilihan pucuk pimpinan PAS.

Ahli UMNO sekarang sudah mula bijak memilih calon. Mereka bukan lagi hidup zaman Datuk Hj. Hussin.

Orang muda mahukan calon yang karisma, highly educated dan rajin macam Lee Lam Thye jika tidak mempunyai karisma dan qualification. Mereka tidak lagi peduli ULAMA atau janji untuk pembangunan.

Perkara sebegini sudah lapok. Yang penting mereka mahu pemimpin yang karisma macam Mat Sabu, Anuar Ibrahim, KJ. dan lain2

Kalau ada duit di tangan, calon sudah pun tahu yang mereka tetap membangunkan negara. Kalau duit tak ada macam mana nak bina Kolej RISDA, Jalan Susur Keluar Matang Pasir, Lebuhraya Selama-Jelapang.

Saya memohon kepada YMDS supaya mengemukakan calon yang nampak gayanya boleh menjadi Menteri Besar, bukan calon pak turut (ampu) Mentri Besar sahaja yang dicalonkan.

Kalau orang Kubu Gajah tak jadi Menteri Besar atau Menteri Kewangan sampai bila pun Kubu Gajah tidak membangun. Kita takut bukan babi sahaja yang banyak di Kubu Gajah, GAJAH pun mungkin datang balik. Begitu juga Selama dan Batu Kurau. Orang lama masih berpolitik dan menjaga kedudukan. Mereka tidak peduli tanah terbiar dll. isu utama. Lagi banyak turun padang lagi banyak tanah terbiar di LMS.

Nasib baiklah harga getah dan kelapa sawit naik.

Wakil rakyat kita ramai yang tidak peduli tentang harga getah yang tidak selaras.

Ada taukey getah menjual 41% dan ada pula 46% daripada harga SMR 20 di pasaran.

Harganya lari dari 5.50 sen hingga 6.10 sen.

Masih Negeri SEMBILAN DAN TERENGGANU yang mendapat harga tinggi. Mungkin kilang getah SMR berada di sana agaknya.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Berita YMDS masukkan dalam blog ini masih banyak bertujuan untuk politik dan sosial tapi amat sedikit tentang ekonomi.

Apabila saya melihat harga saham BOUSTEAD meningkat 5.80 dan Sime Darby menaikkan 20-30% gaji pekerja dan dan saham Genting sentiasa teguh dan tinggi saya terkilan kenapa wakil rakyat kita tidak melobi syarikat perladanagn ini untuk membangunkan KUBU GAJAH.

Tiap2 syarikat gergasi mempunyai peruntukan membantu masyarakat (sosial).

Estet Lembah Keluang adalah hak Boustead, Jalan Taiping-Bagan Serai hak Sime Darby manakala jalan ke Selama hak Genting.

Bolehkah YMDS melobi tiga perladangan ini membina jalan bulatan (circular) di sekeliling Kubu Gajahn supaya Kubu Gajah dapat membangun.

Orang UMNO ramai yang jadi pengarah di tiga syarikat ini.
Adakah orang UMNO yang menjadi pengarah syarikat ini hanya mahu mendengar permohonan PM. isteri PM TPM sahaja?.

Apa salahnya Sime Darby, Genting dan Boustead membantu kawasan/jajahan yang paling miskin di tiap2 negeri di Malaysia?

Saya memohon YMDS melobi untuk menjadi pengarah Bousted, Sime Darby dan anak syraikat (perladangan) Genting. Saya lihat orang kita Tan Sri Megat banyak jadi pengarah dan begitu juga yang lagi satu tu. Syarikat mereka pun tak berapa untung. Kalau tak untung kenapa Datuk dan Tan Sri sahaja diberi peluang jadi pengarag. Ketua Wanita atau pemuda kita pun boleh jadi pengarah syarikat kalau bukan keuntungan yang dikejar.

Saya harap UMNO hendaklah membahagi2kan kerja kepada semua ahli bukan Datuk dan Tan Sri sahaja yang boleh jadi pengarah. Timbalan kita pun boleh jadi pengarah sekadar untuk mendapat keuntungan 2 sen sesaham.

Saham saya banyak yang rugi kerana Tan Sri dan Datuk sahaja jadi pengarahnya.Kalau kita lantik ketua pemuda kita pun saya rasa Damansrae Reality tidak menunggu gulung tikat dan begitu juga syarikat2 lain yang boleh saya senaraikan di sini.

Sekian.