Template by:
Free Blog Templates

30 June 2010

Elaun JKKK



Peranan JKKK akan terjejas sekiranya masalah mereka tidak selesai.

Saya terkejut apabila diberitahu JKKK dalam Dun Kubu Gajah sudah tiga bulan tidak menerima elaun.

Selepas menerima aduan tersebut, saya telah membangkitkannya dalam mesyuarat tindakan daerah semalam.

Pegawai daerah Larut Matang dan Selama, Datuk Mahmud Murshidi yang mempengerusikan mesyuarat telah meminta pekara itu segera diselesaikan.

Saya juga akan membawa pekara itu ke pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan setiausaha Kerajaan.

29 June 2010

Ribut





Ribut Kencang yang melanda Kampung Haji Mat Ashed, sabtu lalu telah merosakan atap rumah Rafidah binti Wahab, 33 tahun.

Begitupun, Rafidah yang tinggal bersama suaminya bersyukur kerana mereka selamat dan amat memerlukan bantuan untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Dalam satu lagi kejadian, gerai makan milik Razali bin Awang Kecik atau lebih dikenali sebagai Pak Su Mat di Batu 14 Batu Kurau, juga musnah dilanda ribut pada petang yang sama.

Beliau dan isteri bagaimanapun, bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat. Pak Su Mat berharap mendapat bantuan segera untuk memulakan semula perniagaan beliau.

Sebuah rumah berhampiran rumah Pak Su Mat juga rosak teruk dilanda ribut tersebut.

Tengahari tadi, Selepas mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) Saya telah melawat Pak Su Mat dan Rafidah untuk menghulurkan sedikit sumbangan.

Beberapa buah rumah termasuk di Taman Hijrah, turut dilanda angin kencang dan mengakibatkan berlaku kerosakan.

28 June 2010

Kongres F.A.M



Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kewangan persatuan bola sepak (F.A.M) di Kelana Jaya, Pagi tadi.

Mesyuarat yang berlangsung di Wisma F.A.M itu untuk menyiapkan laporan kewangan sempena kongres F.A.M di sebuah hotel di Shah Alam 31 Julai depan.

Pengerusi jawatankuasa tersebut adalah KDYMM Tuanku Sultan Pahang yang telah memperkenalkan saya mewakili Baginda selaku Timbalan Pengerusi.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah setiausaha Agung F.A.M, It-Jeneral Datuk Azzuddin Bin Ahmad, Datuk Seri Aziz Abdul Rahman dan Datuk S.Subramaniam.

Lawat penduduk tertua



Warga emas, Kamariah Binti Buyong, 93 tahun cukup terharu bila saya mengunjungi beliau di rumahnya di jalan Baru, sungai Segar dalam Dun Kubu Gajah.

Beliau yang ditemani anak perempuan dan cucu dikatakan penduduk tertua di kampung tersebut.

Begitu pun Kamariah yang cuma mengalami masalah pendengaran masih boleh berjalan.

Beliau amat berterima kasih atas keperhatinan saya.

27 June 2010

Judi bola

Saya turut menyambut baik dan mengalu-alukan langkah kerajaan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruan sukan.

Pengumuman yang dibuat oleh perdana menteri, datuk seri mohd najib tun abdul razak itu melegakan ramai pihak yang menyifatkan pertaruhan sukan bukan lah satu budaya yang sihat terutama jika ia membabitkan generasi muda.

Sejak pengumuman lesen judi itu hendak dikeluarkan ia telah mencetuskan kontrovesi dan keresahan serta ramai yang membuat bantahan.

Kerajaan Perak adalah diantara yang tidak bersetuju sekiranya lesen pertaruhan sukan itu dibenarkan oleh kerajaan pusat sebagaimana yang ditegaskan oleh menteri besar, datuk seri dr zambery abdul kadir.

Datuk Seri Najib telah memberi alasan yang menasabah kenapa kerajaan pusat tidak akan mengeluarkan lesen tersebut dan ia harus diterima demi kebaikan.


Sebarang bentuk judi tidak boleh diterima oleh mana-mana negara islam tidak seperti negara-negara lain. soal pertaruhan tetap juga berlaku sekalipun secara haram, ia bukan satu isu yang harus di timbulkan.


Dalam pertandingan bola sepak piala dunia yang sedang rancak berlangsung, ramai yang telah ditangkap terbabit dengan pertaruhan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit.


Berdasarkan laporan, malaysia adalah diantara lokasi yang membabitkan pertaruhan bola sepak piala berikutan dengan beberapa siri tangkapan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa.


Ternyata dalam keasyikan peminat mengikuti perkembangan kejohanan yang berpristej itu, ada pula yang mengambil kesempatan untuk menganjurkan pertaruhan secara haram.


Satu persoalan yang timbul di sini apa kah disebabkan pertaruhan yang terlalu besar itu, menyebabkan kejohanan piala dunia kali ini kurang berseri sepertimana piala dunia yang telah sudah termasuk yang dianjurkan oleh benua asia iaitu di korea selatan dan di jepun.

26 June 2010

Puteri dan kuasa






Pentingnya orang melayu bersatu jika mereka ingin terus berkuasa di negara ini.

Bila orang melayu berpecah, orang lain akan ambil kesempatan, kata saya di Majlis perasmian persidangan Agung perwakilan Puteri UMNO bahagian Larut pagi tadi.

Orang melayu tidak boleh memandang ringan soal ini dan tiada pilihan melainkan bersatu.

Mesyuarat yang dihadiri lebih 80 orang perwakilan dari 20 cawangan diadakan di sekolah kebangsaan Bagan Bahru dalam Dun Kubu Gajah.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamad Yusof.

Puteri penting dalam UMNO dan diharap mereka akan terus memainkan peranan dalam memperkasakan parti.

Ketua Puteri bahagian, Azariah Bidin dan pemerhati daripada Puteri Bahagian Lumut turut hadir.

25 June 2010

Sabtu hari penentuan Jelai






Besok, Sabtu 26 Jun adalah hari penentuan samada Kampung Jelai menang dalam pertandingan Keindahan kampung peringkat Kebanagsaan 2010.


Ini adalah kerana penghakiman akan dibuat pada hari tersebut oleh sekumpulan panel yang dipilih oleh Kementerian berkenaan.


Begitupun, Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut Saya berbangga dengan pencapaian JKKK Jelai yang mewakili Negeri Perak.


Kemenangan di peringkat Negeri itu ternyata kecemerlangan kepimpinan Ketua Kampung Jelai, Mohd Ali Awang Besar, 70 tahun yang tidak jemu-jemu untuk membawa perubahan di kampung tersebut.


Salah satu faktor, kemenangan Jelai, kata Ali adalah kerana keharmonian penduduk berbilang kaum terutama dalam penyertaan mereka dalam program yang dianjurkan.


Mereka beruntung kerana ada ramai penduduk cina dan India, selain masyarakat Melayu itu sendiri. Ada sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Cina di Jelai, tetapi pelajarnya rata-rata anak orang melayu dan Siam.


Petang tadi, Saya dijemput oleh JKKK Jelai untuk minum petang dan dalam ucapan Saya mengulanggi saranan bahawa hanya melalui perpaduan Negara akan terus maju.


I Malaysia yang diilhamkam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sama sekali tidak akan menjejas kepentingan dan hak keistemewaan orang melayu, sebalikya konsep tersebut adalah untuk membakar semangat perpaduan.


Turut hadir ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mohd Isa dan Ketua-Ketua UMNO Cawangan termasuk dari Selama.

Guru rakan ilmu





Dekatilah guru dan jadikanlah mereka rakan. Itu adalah pesanan ringkas saya ketika mengadakan perjumpaan dan makan tengah hari dengan guru-guru sekolah menengah kebangsaan Kubu Gajah.

Dalam kunjungan sempena hari guru, saya juga berharap dan berdoa agar sekolah tersebut mencapai keputusan cemerlang dan menjadi sekolah contoh.

Selain sekolah menengah Kubu Gajah, sebuah lagi sekolah menengah di Dun Kubu Gajah ialah Sekolah Menengah Redang panjang.

Tidak dinafikan sekolah menengah mengalami kekurangan pelajar. Justeru sebuah asrama wajar di wujudkan.

Jika tidak ibu bapa lebih berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah Redang Panjang atau sekolah menengah Datuk Haji Hussein Selama.

Perjumpaan itu adalah sebagai menggantikan majlis perasmian PIBG Sekolah Menengah Kubu Gajah yang bertembung dengan hari sidang Dun Tempoh hari.

JKKK Badan Penting





Petang semalam, selepas berkelah di Lata Panggung, Kampung Teras, Saya mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Kampung DUN Kubu Gajah, dan meminta mengemas kini pengkalan data mengenai kampng masing-masing.

Mereka hendaklah megnenal pasti bilangan keluarga miskin, Ibu tunggal dan menyediakan senarai projek yang telah dipohon, sedang dilaksanakan dan juga dalam perancangan.

Turut hadir adalah Ketua-Ketua UMNO Cawangan dalam DUN Kubu Gajah yang turut diminta menyediakan maklumat mengenai masalah kemiskinan yang harus diberikan keutamaan dan diambl tindakan segera.

Senarai bilangan Ibu tunggal juga dikehendaki untuk dipanjangkan kepada Yayasan Bina Upaya bagi mendapatkan modal pusingan dan bantuan yang sesuai untuk mereka.

Mengenai perlaksanaan projek, perjumpaan itu mahu agar setiap projek yang hendak dilaksanakan itu dirujuk terlebih dahlulu kepada JKKK untuk tujuan penyelarasan dan menggelakan sebarang pertindihan.

JKKK adalah penting jika tidak untuk apa ia ditubuhkan oleh Kerajaan. Justeru setiap Agensi Kerajaan haruslah merujuk setiap projek yang hendak dilaksanakan terutama kepada ketua-Ketua Kampung.

Perjumpaan tersebut adalah aktiviti ADUN yang diadakan dari masa ke semasa bagi melihat pernacangan, membincang dan mengenal pasti masalah yang wujud.

Ia juga bertujuan menyelaras dan memperjelaskan dasar-dasar Kerajaan supaya rakyat di peringkat akar umbi faham dan sedar akan tanggung jawab bersama.

24 June 2010

Mana bantuan Abdul Rahman?



Petang semalam, sekalipun dalam hujan, saya sekali lagi ke rumah warga emas, Haji Abdul Rahman Bin Ismail yang terlantar uzur di rumahnya di kampung Sangkut di Ijok.

Sedihnya dua kali pegawai jabatan kebajikan masyarakat (JKM) datang buat penyiasatan, tapi hingga kini belum ada apa-apa jawapan.

Dan sebelum saya sampai, ketua kampung Sangkut, Mohd Zan Bin Mohd Kassim yang turut binggung memberitahu pegawai JKM ada datang lagi. Bermakna sudah 3 kali.

Abdul Rahman, 83 tahun yang tinggal sendirian terlalu uzur dan kalau sebelum ini beliau masih mampu bangun dan berjalan, tapi tidak lagi sekarang.

Yang menjadi tanda tanya kenapa sampai tiga kali pegawai JKM datang buat penyiasatan, tapi masih tiada sebarang jawapan?

Saya akan bangkitkan pekara ini dalam mesyuarat tindakan daerah minggu depan.

Abdul Rahman yang menangis, sebak dan hiba dengan kedatangan saya adalah seorang cukup aktif dalam kegiatan kemasyarakatan sebelum uzur.

23 June 2010

Lata Panggung Pusat Pelancongan Tersohor







Adalah menjadi harapan agar Lata Panggung di Kampung Teras, Ijok suatu hari nanti menjadi tempat perkelahan yang tersohor di DUN Kubu Gajah ekoran pembinaan Jalan baru ke Ulu Selama.

Pada masa ini pembinaan jalan dari Kampung Teras melalui Kampung Mesjid, Ijok ke Ulu Mengkuang itu di peringkat menyiapkan perlaksanaan jambatan berhampiran.

Namun begitu, Lata Panggung masa kini , masih serba kekurangan dan mengharapkan peruntukan tidak kurang daripada RM 500,000 bagi menyediakan kemudahan seperti Chalet, Dewan Besar dan Bilik Persalinan serta tandas awam.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perkelahan bersama penduduk dan penyampaian sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim tenghari tadi.

Saya juga tidak menolak kemungkinan harga tanah yang akan melambung naik berikutan dengan pembinaan jalan Kampung Teras-Ulu Mengkuang tidak lama lagi.

Cerun membimbangkan




Merisaukan. Itu adalah riaksi awal saya melalui jalan Ulu Mengkuang-Teras di mana tebing jalan semakin runtuh.

Jalan ini adalah laluan pengguna dari Ijok ke Ulu Selama. Sejak pengambilan balak jalan ini semakin rosak.

Saya minta JKR segera ambil tindakan. Ramai pengguna mengadu mengenai jalan tersebut.

Saya akan bangkitkan pekara ini dalam mesyuarat tindakan yang akan datang.

Jalan Ulu Mengkuang-Teras kini menjadi tumpuan pengguna yang berulang alik dari kedua-dua kawasan.

22 June 2010

Lawat yang uzur





Buat kali kedua saya melawat, Mohamad Nawawi Bin Jusuf yang uzur di rumahnya di Kelian Gunung, Ijok.

Nawawi 53 tahun, yang beristeri dan mempunyai anak 8 bekerja menoreh getah kini terlantar di rumah adik iparnya dan baru sahaja keluar dari hospital.

Sebelum ini saya pernah melawat Nawawi di rumahnya juga di Kelian Gunung.

Kemudian saya singgah melawat ketua kampung kampung Masjid, Norazman Mokhtar yang keracunan makanan di rumahnya.

Kemudian saya ke Kampung Jerai Betina, Melawat Warga Emas, Aishah Bt. Ahmad, 70 tahun.

KEMAS kempen 1 Malaysia




KEMAS adalah agensi Kerajaan yang membantu mambangunkan masyarakat luarbandar.

KEMAS bukan agensi propaganda semata-mata, tetapi menjadi mata dan telinga kerajaan.

Saya berkata demikian ketika merasmikan seminar 1 Malaysia peringkat Dun Kubu Gajah anjuran KEMAS di Kampung Masjid, Ijok petang semalam.

Program turun padang anjuran KEMAS harus disambut baik oleh masyarakat.

Selaku Adun, saya turut menyentuh program menaikkan taraf pekan Ijok.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir telah mengarahkan sebuah agensi Kerajaan agar segera malaksanakan pembinaan rumah-rumah kedai di pekan Ijok.

Ia bertujuan meningkatkan lagi ekonomi dan menarik lebih ramai orang datang melabur di Ijok khususnya dan Dun Kubu Gajah pada keseluruhannya.

Agensi berkenaan telahpun mengenal pasti tapak untuk pembinaan rumah-rumah kedai tersebut.

21 June 2010

Elak fitnah jika ingin maju





Rakyat diminta elakan diri terjebak dan terpengaruh fitnah jika ingin mahu terus maju.

Agensi Kerajaan mengadakan program bukan untuk propaganda, tetapi menyampai dan memberikan penjelasan dasar-dasar kerajaan.

Saya berkata demikian ketika berucap menutup program sepakat komuniti Bistari peringkat daerah Larut Matang dan Selama di Sungai Bayor malam tadi.

Sebaliknya rakyat disarankan mengutamakan perpaduan untuk hidup dalam aman sentosa.

Jika rakyat faham dasar-dasar kerajaan mereka tidak akan mudah termakan hasutan kumpulan yang tidak bertanggung jawab.

Isu penarikan subsidi umpamanya diperbesar-besarkan oleh kalangan yang berpentingkan politik untuk menjatuhkan kerajaan.

Program dua hari itu anjuran jabatan penerangan daerah membabitkan lebih 30 Jabatan Kerajaan.

Pada Majlis penutup itu kumpulan klasik Adun Terong telah menghiburkan lebih seribu orang termasuk penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Suhaimi Shamsuddin yang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor.