Template by:
Free Blog Templates

1 February 2010

Aktiviti Mingguan








Saya mempengerusikan mesyuaat jawatankuasa UMNO Bahagian Larut dan mengambil beberapa pendekatan untuk mempaastikan program bersama ahli dan rakyat di peringkat umbi sentiasa dijalankan dalam berbagai bentuk.

Ia membabitkan semua sayapPergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Biro-Biro yang ditubuhkan juga akan bergerak terutama yang melibatkan keahlian dan pendaftaran.

Pemuda sendiri akan mengadakan satu program bersama cawangan pada 13 Februari ini. Bahagian juga akan memperhebatkan program kerohaniah untuk Ahli-ahli Jawatankuaa Bahagian semua peringkat, selain menyediakan guru agama untuk mengadakan kelas fardu In atau ulang kaji.

Saya sendiri akan meweujudkan sebuah Pusat berasaskan aktiviti keagamaan. Tapak telahpun dikenalkan pasti dan masih di peringkat perbincangkan untuk dilaksanakan.

Program bersama rakyat akan diteruskan yang melibatkan kesemua DUN di Parlimen Larut. Ia termasuk aktiviti gotong royong dan khidmat masyarakat.

Selepas mesyuarat, Saya bersama beberapa orang Jawatankuaa menziarah keluarga Allahyarhamah, Halimah binti Mat Sani, 67 tahun yang telah pulang ke rahmatullah di rumahnya di Kampung Sungai Jernih. Allahyarham adalah kakak kepada Mohamed Mat Sani, seoang Ahli UMNO Cawangan di situ.

Saya juga melawat Ibu Tunggal, Yah binti Ahmad, 81 tahun yang sedang uzur di rumahnya di Sungai Jernih. Beliau cukup aktif dalam kerja kemasyarakatan di kampungnya.

Beliau amat terharu diatas kunjungan Saya dan rakan-rakan Jawatankuasa Bahagian lain.

0 comments: