12 February 2010
Titi Gantung Bahaya, tetapi masih digunakan Penduduk
Titi Gantung dan Kayu sudah tidak sesuai dnn harus diganti dengan konkrit demi keselamatan pengguna.
Peristiwa malang Jambatan Gantung yang roboh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang meragut beberapa nyawa masih lagi segar dalam ingatan kerana hanya berlaku beberapa bulan yang lalu.
Namun, penduduk tiada pilihan kerana itu sahajalah perhubungan terdekat untuk mereka ke kebun sebagai sebagai sumber rezeki mereka.
Saya telah melawat titi gantung dan titi kayu di sebuah kampung pendalaman di Redang Panjang dalam DUN Kubu Gajah bersama dengan Ketua Kampung dan penduduk di situ.
Saya juga telah memint sejumlah perutukan bagi memperbaiki titi berkenaan buat sementara keguaan mereka sehingga mendapat peruntukan untuk titi konkrit.
Sebelum itu, Saya juga berpeluang berkelah di sebuah kolam ikan dan tempat rekreasi di Kampung Kelian Tok Budi dekat Redang Panjang. Ia diusahakan oleh seorang penduduk tempatan.
Dalam memajukan sektor pelancooangan di DUN Kubu Gajah, Saya juga meninjau bebrapa projek yang boeh menarik pelancongan tempatan, seperti telaga Gergasi di Redang Panjang.
Namun apa yang diperhatikan telaga yang dibina sekitar tahun 1936 itu berada dalam keadaan berbahaya kerana tidak berpagar.
Saya berharap pihak berkenaan segera mendirikan pagar bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diinggini berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment