25 February 2010
FAMA Jangan Hanya Lihat Sebelah Mata
FAMA jangan hanya melihat sebelah mata untuk memajukan hasil Orang Kampung. Saya berharap ternakan Udang Galah di Mukim Ijok yang kebanyakan diusahakan oleh kalangan Masyarakat miskin turut diberikan perhatian oleh agensi berkenaan.
Pada masa ini terdapat 120 buah kolam undang galah di Mukim Ijok dan diantara yang terbesar diusahakan di Perak, tetapi tidak mendapat perhatian daripada FAMA.
Saya berbangga dengan semangat pengusaha-pengusaha udang galah di Sungai Jerniah dan Keliang Gunung serta sekitarnya, tetapi ia masih belum cukup tanpa sokongan agensi-agensi lain.
Justeru Saya berharap, Program Pembangunan Wilayah Koridor Utara akan melihat usaha memajukan lagi produk Masyarakat Kampung yang begitu banyak.
Produk mereka ini tidak akan ke mana-mana tanpa modal yang cukup selain prasarana yang sesuai dan mencukupi.
Hari ini, Saya telah dijemput menyampaikan dividen kepada pengusaha-pengusaha udang galah di Sungai Jernih. Saya turut melepaskan kira-kira 5,000 ekor benih udang galah di kolam seorang pengusaha yang menanggung kerugian akibat bannya pecah.
Bersama penduduk dan tetamu yang lain Saya turut berkelah makan tengahari dengan hidangan udang galah yang ditangkap pada sebelah pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kita bantu FAMA utk dptkan tapak Pasar Tani, Bazar Rakyat & K-Shoppe nya kerana itu adalah sebahagian drpd saluran pemasaran FAMA & FAMA menghadapi kesulitan utk mendpt & mengaturkan nya.yg adapun nak dsaman YDP Majlis Tempatan..maklumlah standard(piawai)peniaga kecil melayu manala sama standard dgn standard(piawai) GIANT & TESCO.bukan melayu tak mahu & tak boleh berusaha namun let it b on a level playing field.memperihalkan budaya & tamaddun melayu yg baru berusia 50+ tahun against 5,000 yrs old civilisation.KUDOS 2 my DUN KUBU GAJAH..let us work 2gether!
Insyallah boleh diusahakan cuma kita perlu mencari jalan penyelesaian serta perbincangan dgn pihak FAMA. Bila Terminal Makanan Negara siap beroperasi, maka kemungkinan besar apa yang diharapkan akan tercapai.
YBM DATO,
MENGAPA COURSE UNTUK INSPECTOR PENGADIL SEMASA CUTI PANJANG 27-28 FEB. BUKANKAH 26 FEB TU CUTI UMUM SELURUH NEGARA. LAGI SATU DATO TENGOK TAK PROGRAM SEMINAR? TAK PERNAH JADI DALAM SEJARAH FAM PROGRAM SEPERTI INI.
SAYA PERCAYA SEMUA WARGA PENGADIL ERHARAP YANG DATO BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN YANG SEWAJARNYA.
YBM DATO' KENA LA TENGOK-TENGOK JABATAN PENGADIL TU.
DUIT REFEREE PUN MASIH BELUM BAYAR LAGI NI
terima kasih atas semua pandangan. insyallah semuanya dalam perhatian saya.
Hadoihaiii baru nak buat seminar ke? Bukan kah musim 2010 ni dah start Januari lepas. Sepatutnya dan lazimnya, seminar patut dan harus diadakan sebelum liga bermula?
Post a Comment